.:: Hijrah ::.
September 8th, 2006 by wsdiyana
p/s: Click here!
p/s: Click here!
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Pulau Pandan jauh ke tengah
Gunung Daik bercabang tiga
Hancur badan dikandung tanah
Budi yang baik dikenang juga
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Pisang emas dibawa belayar
Masak sebiji di atas peti
Hutang emas boleh dibayar
Hutang budi dibawa mati
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Tuai padi antara masak
Besok jangan layu-layuan
Intai kami antara nampak
Esok jangan rindu-rinduan
Rasa sayang hey
Rasa sayang sayang hey
Hey lihat nona jauh
Rasa sayang sayang hey
Kalau ada sumur di ladang
Boleh saya menumpang mandi
Kalau ada umur yang panjang
Boleh kita berjumpa lagi…
********************************************************
p/s: Goodbye!
Aku melangkah keluar, selepas abah memberhentikan kereta di pagar tepi sekolah. Kelihatan warga Badlishah dan Tengku Malik sibuk bergerak ke destinasi masing-masing. Tapi biasalah, pagi-pagi cam ni wajah mandom dan selenga menjadi tatapan. Hehehe… Aku menaiki tangga blok untuk ke kelasku, 5Sc2 di tingkat 2. Semasa melalui kelas 5Sc1, Shafrah dan Aliana tersenyum padaku.
“Hai,” tegurku sambil tersenyum.
“Hai,” balas mereka. Aku terus melangkah ke dalam kelas. Macam-macam karenah boleh dilihat. Ada yang tidur, ada yang bersembang sambil gelak-gelak, ada jugak yang sibuk buat homework yang tak siap. Hehehe… Normal lah tu. Aku meletakkan beg di kerusi. Tempatku nun jauh di belakang kelas. Huwarrghh!! Tak aci betul sebab ikut namelist! Tapi tak pa, janji dok tepi tingkap dan dapat ushar orang lalu-lalang kat bawah. Hehehe…
Aku melihat jam di tangan – 7.30. Kejap lagi loceng bunyilah tu. Tapi tiba-tiba suara Pak Joe bergema.
“Assalaamualaikum & selamat sejahtera. Kepada semua guru dan pelajar, anda semua dikehendaki bergerak ke Dewan Samsudin untuk perhimpunan mingguan sekarang. Ulang suara..”
“Suara,” balas beberapa orang pelajar lelaki. Terdengar pula gelak-tawa bersahutan. Nakal betul budak-budak ni. Hehehe… Aku terus melangkah ke luar kelas untuk beratur dan kemudian berjalan ke dewan. Semasa berjalan, Emylia mendekatiku.
“Wan, semalam aku tengok video klip Eminem. Comey gila habaq hang!!” luah Emylia dengan excited.
“Ya kaa??!” kataku sambil tersenyum. Well, biasalaa Emylia.. Tak habis-habis dengan Eminem dia. Sebaik tiba di dewan, semua pelajar beratur mengikut jantina & kelas masing-masing. Aku mengambil tempat di belakang Bib. Suasana di dewan agak hingar-bingar apabila hampir semua pelajar bersembang. Guru-guru yang duduk di atas pentas jugak tidak ketinggalan. Hehehe…
“Wan, lawa laa baju cikgu Abby,” ujar Bib.
“Tu la,” kataku bersetuju sambil melihat cikgu Abby di atas pentas. Suasana di dewan menjadi sunyi-sepi sebaik sahaja pengetua & penolong-penolong kanan menaiki pentas.
“Syhh….” bisik beberapa orang pelajar. Pengawas di sisi pentas memulakan ucapan. Maka bermulalah perhimpunan pada hari Ahad itu selama lebih 40 minit.
Sebaik sahaja tamat perhimpunan, warga 5Sc2 pulang ke kelas sambil menunggu kelas BM bermula. Sam, Alex, Muthu & kroni-kroninya mula membunyikan gelak-ketawa. Ada-ada jaa lawak depa ni. Hehehe…
“Wan, boleh pinjam liquid?” tanya Tang yang berada di depanku.
“Ambiklah,” ujarku sambil menghulurkannya liquid paper. Beberapa saat kemudian, dia memulangkannya kembali.
“Thank you,” ucap Tang sambil tersenyum.
“Ok,” balasku. Cikgu Rohani yang berkaca mata biru masuk ke dalam kelas. Seraya itu Hajar mengarah kami semua bangun.
“Selamat sejahtera, cikgu,” ucapnya.
“Selamat sejahtera, cikgu,” ikut yang lain.
“Selamat sejahtera semua,” balas cikgu Rohani. Maka bermulalah kelas BM pada hari itu….sehinggalah sampai ke satu adegan.
“Gunalen, jawab soalan seterusnya,” arah cikgu. Gunalen bangun dari kerusi. Agak lama dia terdiam.
“Aik, Guna? Awat senyap?” tanya cikgu.
“Saya tak tau jawapan, cikgu,” jawab Gunalen yang masih berdiri dengan jujur.
“Laaa…. Ni Guna yang tak guna ni,” seloroh cikgu. Ketawa berderai. Gunalen tersengih malu. Sam lah yang gelak paling kuat. Hehehe… Itulah kelas BM… Kemudian tiba pula kelas Sejarah Pak Joe.
“Azwani, baca muka surat 84,” arah Pak Joe. Azwani mula membaca perenggan demi perenggan. 2 minit kemudian, dia selesai.
“Uish lajunya! Macam kereta api,” seloroh Pak Joe sambil tersengih. Kelas ketawa. Azwani cuma tersenyum. Aku tergelak.
Jam menunjukkan pukul 10 lebih. Loceng rehat berbunyi. Aku mengeluarkan bekal roti & botol air. Seperti biasa, roti kaya menjadi pilihan. Hehehe… Kebanyakan pelajar keluar dari kelas. Ada yang ke kantin, ada yang melilau. Hehehe… Aku seperti hari-hari sebelumnya, lebih suka melantak di mejaku. Selepas habis makan, Azwani dan Aza menghampiriku.
“Wan, jom discussion,” ajak Azwani, mengajakku masuk ke stor belakang kelas.
“All rite!” kataku lantas menutup bekas makanan. Aku bingkas ke stor. Farhana kemudiannya menyusul.
“Wah, wah… Nak discuss apa hari ni?” tanya Farhana dengan agak excited. Dia duduk di kerusi berhadapan denganku. 4 buah kerusi membentukkan satu bulatan.
“Bincang pasal hampa laa!” usikku. Azwani dan Aza tergelak.
“Apa pulak pasal kami?!” balas Farhana. Giliran aku pulak yang tergelak. Seronok menyakat Farhana. Hehehe… Diskusi tentang hal ehwan semasa dimulakan. Tak sampai 10 minit, tiba-tiba Azwani bersuara.
“Hampa tak rasa semacam ka?” tanya Azwani penuh tanda tanya.
“Apa?” tanya Farhana kehairanan.
“Panas semacam laa!” kata Azwani mula mengibaskan bajunya.
“Tu la! Rasa macam dalam oven,” kata Aza pula. Memang aku pun terasa berbahang semacam. Matahari dah mula naik. Sah-sah laa panas kat dalam stor kecik ni.
“Jom laa keluaq. Kang rentung pulak!” ajakku lantas membuka pintu dan keluar. Azwani, Aza dan Farhana menurut. Keempat-empat kami menarik nafas lega. Kalau setengah jam lagi cam tu, sah-sah sesak nafas. Hehehe.. Loceng berbunyi. Kelas Add Math pulak bermula.
Cikgu Non Lebai meminta warga 5Sc2 menghantar buku latihan. Dalam kesibukan menghantar buku, Emylia meminta maaf kepada cikgu kerana tertinggal bukunya di rumah.
“Adakah ia benar-benar tercicir? Atau lakonan semata-mata?” ujar cikgu Non Lebai penuh sastera. Kelas ketawa lagi. Adoi cikgu Non Lebai kalau bercakap paham-paham jaa laa… Hehehe…
Kemudian tiba pula kelas yang menjadi igauan ngeri warga 5Sc2. Kelas Kimia cikgu Tan Ley Chan, guru tingkatan 5Sc2. Hohoho… Hari ini, kami semua dikehendaki ke makmal. Maka terpaksalah kami bergegas ke sana. Aku duduk semeja bersama Bib, Mohanes, Syazana & Hidayah. Agak terseksa menunggu 1 jam 10 minit untuk kelas Kimia tamat. Huhuhu…
Selepas tamat kelas Kimia, kami melangkah pulang ke kelas semula. Kali ini kelas English pulak menyusul. Teacher Zuriati mula mengajar sambil menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya.
“The lifestyle in campus is very different than in school. Even friends in university will never be the same like your schoolmates,” ujar teacher sambil tersenyum. Aku memandang rakan-rakanku. Mereka juga kelihatan sedang berfikir.
Akhirnya loceng terakhir berbunyi. Jam menunjukkan pukul 1.15. Aku mengemas barang-barangku dan memasukkan buku-buku ke dalam beg. Aku menggalas beg dan membetulkan tudungku.
“Wan, tak stayback hari ni?” tanya Aza yang berdiri tidak jauh dariku.
“Tak. Esok kot. Aza stay?” soalku.
“Ha ah, stay,” jawab Aza.
“Owh, tak pa. Esok insyaAllah Wan stayback jugak,” kataku tersenyum.
“Elok la! Boleh kita pi makan nasi ayam suri esok!” celah Azwani. Aku tergelak. Nasi ayam suri depan sekolah memang sedap…
“All rite!! See-ya tomorrow!” ujarku sebelum keluar dari kelas.
“Bye!” ucap Farhana, Aza dan Azwani.
“Bye!” balasku lantas bergerak menuruni tangga blok. Sebaik tiba di bawah, aku meletakkan beg di atas rak sementara menunggu abah. Hazira yang baru turun dari tangga turut menunggu ayahnya bersamaku.
“Wan, tak mau tengok katalog Avon?” tanya Hazira. Aku tergelak kecil.
“Ada offer ka la ni?” soalku.
“Ada,” kata Hazira sambil tersenyum.
“Esoklah kami tengok. Hampa bawak tau!” ujarku.
“Ok,” balas Hazira. Kemudian aku terlihat kereta abah menghampiri. Aku terus menggalas beg.
“Oklah, ayah kami dah sampai. Bye!” kataku sebelum bergerak ke kereta.
“Ok, bye!” ujar Hazira.
Aku keluar melepasi pagar tepi sekolah dan masuk ke dalam perut kereta. Tamatlah sudah satu hari di Badlishah….
-Hak Cipta Terpelihara : Safra’s Properties -
p/s: Sori kalo ada yg kecik hati nama tak disebut etc. Cerita ni hanya utk mengubat kerinduan pd Badlishah… 5Sc2 rocks!!! Proud to be ex-Badlishan!!! =D Yeah yeah!!!
Your view on yourself:
You are down-to-earth and people like you because you are so straightforward. You are an efficient problem solver because you will listen to both sides of an argument before making a decision that usually appeals to both parties.
The type of girlfriend/boyfriend you are looking for:
You are a true romantic. When you are in love, you will do anything and everything to keep your love true.
Your readiness to commit to a relationship:
You are ready to commit as soon as you meet the right person. And you believe you will pretty much know as soon as you might that person.
The seriousness of your love:
You are very serious about relationships and aren’t interested in wasting time with people you don’t really like. If you meet the right person, you will fall deeply and beautifully in love.
Your views on education
Education is very important in life. You want to study hard and learn as much as you can.
The right job for you:
You’re a practical person and will choose a secure job with a steady income. Knowing what you like to do is important. Find a regular job doing just that and you’ll be set for life.
How do you view success:
You are afraid of failure and scared to have a go at the career you would like to have in case you don’t succeed. Don’t give up when you haven’t yet even started! Be courageous.
What are you most afraid of:
You are concerned about your image and the way others see you. This means that you try very hard to be accepted by other people. It’s time for you to believe in who you are, not what you wear.
Who is your true self:
You are mature, reasonable, honest and give good advice. People ask for your comments on all sorts of different issues. Sometimes you might find yourself in a dilemma when trapped with a problem, which your heart rather than your head needs to solve.
- Credits to Quizbox -
p/s: Terima kasih sahabat for the link!
(u know who u are.. :-p) Mari kita sama2 tarik nafas panjang2 & lepas, pejam mata lama2 & bukak mata. Selamat datang ke dunia baru!! (kata2 yg takkan kulupa sampai bila2..) =D
Bila tgk tok wan tidur lena, Diyana rasa sayu. Banyak teringat cerita2 lama. Dulu tok wan sihat, boleh berjalan elok. Masa Diyana kecik2 dulu, tok wan bawak Diyana pegi kedai beli keropok. Bila orang tanya siapa budak ni, tok wan cakap cicit sulung tok wan. Tiap kali balik Kelantan, memang duduk rumah tok wan. Masa tu rumah Diyana tak buat lagi. Diyana ingat lagi, selalu bangun pagi2, mesti riuh rumah tok wan. Tapi sejak masing2 dah ada hal sendiri, keadaan dah tak macam dulu. Rumah tok wan sunyi, walaupun rumah tu luas. Tok wan duduk sorang2 sejak arwah tok meninggal. Kadang-kadang tok wan pergi Kulim. Masa abah mama pergi kerja, tok wan jaga Diyana & Fatin. Diyana ingat lagi ikut tok wan beli ikan kat lori ikan. Walaupun tok wan tak kenal orang2 kat taman tu, tok wan peramah. Semua bangsa tok wan tegur. Ramai suka kat tok wan.
Tapi 4 bulan lepas, tok wan jatuh kat bilik air. Banyak kali pulak tu. Sejak tu, tok wan terlantar. Masa Diyana dapat tahu cerita tok wan, Diyana kat Melaka. Mama telefon mintak Diyana balik. Diyana terkejut & sedih sangat. Rasa kelam dunia ni. Baru berapa minggu sebelum tu masa kenduri Cik Laa, Diyana tangkap gambar dengan tok wan. Tok wan sihat lagi masa tu. Masa kenduri tu boleh gelak2 & bergurau2 dengan family abah dari Pahang. Sebab tu Diyana rasa sedih sangat bila terfikir keadaan tok wan lepas kes jatuh tu. Jadi Diyana nekad balik jugak nak jenguk keadaan tok wan walaupun minggu tu minggu mid term test. Dalam masa tu kenangan dengan tok wan datang bertalu2. Diyana terkenang masa Diyana pimpin tangan tok wan tiap kali lepas terawih kat surau. Diyana terkenang tolong tok wan bungkuskan tapai masa dekat raya. Diyana terkenang dan terus terkenang… Diyana pernah terfikir nak ajak tok wan tinggal dengan Diyana bila Diyana kahwin nanti. Tapi Diyana tahu, tok wan mesti tak nak tinggalkan rumah tok wan.
Masa mula2 tgk keadaan tok wan terlantar, Diyana sebak sangat. Lidah Diyana kelu. Itulah pertama kali Diyana tengok tok wan menangis. Selama ni tok wan tak pernah menangis. Berbeza sangat keadaan tok wan masa sihat dengan sakit. Dalam masa singkat yang ada tu, Diyana & mama tolong mandikan & bersihkan tok wan. Pakaikan pampers, baju, kain. Masa Diyana nak balik Melaka, berat sangat hati Diyana nak tinggalkan tok wan. Sebelum nak bertolak, Diyana bisik kat tok wan Diyana sayangkan tok wan. Diyana betul2 takut sangat masa tu, Diyana hanya boleh doakan tok wan kuat semangat & sembuh. Pada Diyana, harapan tetap ada. Sepanjang perjalanan Diyana ke Melaka, Diyana menangis tak berhenti. Diyana betul2 rasa berat hati, tapi nak tak nak Diyana kena jugak balik. Dalam bas, Diyana cuba study utk test esok lusa tu. Tapi fikiran Diyana tetap melayang kat tok wan.
Bila dah kat Melaka, Diyana selalu call mama tanya khabar tok wan. Kalau ikut hati, nak jer balik KB. Tapi mama cakap tok wan makin sihat walaupun tak boleh berjalan. Diyana bersyukur. Apa yang Diyana betul2 kagum kat tok wan ialah tok wan kuat semangat. Walaupun banyak kali tok wan jatuh sebab nak bangun berjalan, tok wan tetap kuat semangat. Tok wan tak putus asa. Dan Diyana percaya sebab tok wan kuat semangatlah, tok wan sekarang dah boleh berjalan balik, walaupun tak selancar dulu. Diyana betul2 bangga kat tok wan & bersyukur. Sekarang kami bergilir2 jaga tok wan tiap2 minggu. Minggu ni tok wan dekat rumah Diyana. Walaupun Diyana tahu keadaan tok wan sekarang takkan sama dengan keadaan tok wan sihat dulu, Diyana tetap bangga dapat jadi cicit sulung tok wan. Kalau ada rezeki & panjang umur, teringin nak bagi tok wan merasa ada piut pulak… InsyaAllah…
p/s: Glad to be home…
Thank you abah for being so understanding & supportive…
Thank you mama for being so helpful…
Hanya Allah yang mampu balas jasa abah & mama…
p/s: Hatiku gumbira tidak terkata… muahahahha… =D =D
Friend In Need - Krishna Badheka
Walking in the woods,
Chased by a bear,
Two friends tried to
Climb on the tree.
One could not climb,
And he needed a hand
But friend was busy,
Saving his self and
Did not give a hand
To his needy friend.
Unable to climb,
He pretended dead,
Lying on the ground,
Staying Motionless,
Holding his breath.
Bear went around him,
Smelling him all over;
Thinking he was dead,
It moved in the woods.
The other friend thought,
The bear was whispering
Something to his friend
And he got very curious..
He asked his friend
What the Bear had said?
"Friend in need is a
Friend indeed, do not
Trust your friend,
To help save you,
From a death again.”
The friend on the ground
Replied to his friend
And walked away,
Without his friend. *********************************************************************p/s: Biasalah lumrah kehidupan… Ramai kawan semasa senang, hilang kawan semasa susah…
Jgn penting diri sendiri kalau tak nak kawan lari.. Terima kasih wat kawan2ku yg ada bersama susah & senang…
Jasa anda kan tetap kukenang… Muahs!! :-p We’ll be friends forever insyaAllah!!
Muahahha…semalam J-Card day!! So, aku yang skrang kat Melaka ambik laa kesempatan nak shopping..ahaks… Utk korang yg tak tau aku turun sini, aku dah 4 hari kat Melaka ni sbb nak wat completion of studies letter & settlekan hal aku kat EP. Salah satu sebab lg ialah J-Card day..hehehe… So, aku & Zurin berusaha gak tak pegi JJ sampailaa 6hb semata-mata tak nak berbelanja lebih..ahaks… Akhirnya, hari yg dok tunggu2 sampai & kitorang pun pegi laa JJ kul 1 lebih. Ya Tuhan, ramainya org tak leh cakap. Kat area mbmb & kaw. perumahan pun org parking… Tapi alhamdulillah kitorang ada rezeki parking kat JJ, tu pun lepas 10 minit tunggu nyonya tu kuarkan keta dia…huhuhu…
Lepas2 parking, kitorang pun pegilaa shopping benda yg memang dah plan nak beli. Aku sblm turun mlk lg dah plan nak beli t-shirt. Adik aku lak pesan kat aku beli blouse & t-shirt kat dia. So, disebabkan malas nak pk byk & sakit2kan kepala aku ambik jer mana yg aku nampak cantik. Harga pun memang murah aar lepas less 20%, 50% & 70%. Akhirnya berjaya laa aku shopping dgn cermatnya..hahahha… Then, pegi lak tgk area cadar, tak tahan tgk harga murah & design cantik, aku pun belilaa cadar satu kat aku…ahaks… :-p
Lepas2 tu, kitorang terus kuar JJ & drive-thru McD sebab tak tahan dok JJ lama2. Poning kepala dong…huhuhu.. 8-} So, kesimpulannya kitorang telah mengharungi lautan manusia semalam dgn jayanya…hehehe.. Apa yg aku nak cakap kat sini berbelanja tu ingat2 lah.. Ukur baju di badan sendiri…
aku pun bukannya jenis yg shopping tak ingat dunia @ beli brg2 branded semata-mata nak bergaya.. So, sbb tu aku tak dak masalah kewangan kot..heheheh… Bak kata org, aku bukan pegang prinsip "Biar papa asal bergaya" sbbnya aku memang diajar parents aku kena berjimat-cermat.
Masa aku dok MMU dulu pun parents aku jarang gila kasi duit belanja kat aku, duit makan aku memang dari loan MARA aku semata-mata. So, bab bergaya2 ni letak tepi dululah kiranya. Kalau rasa ada duit lebih tu, baru laa shopping benda2 yg perlu. Barang branded lak jarang gila aku nak beli sebab family aku pun bukannya pakai brg2 branded.. Buat perabis duit jer kalo beli brg branded tapi tak reti nak jaga.. tul dak?
So, senang cerita peganglaa prinsip "Ukur baju di badan sendiri..".. Enggak gitu? =D
p/s: Kalau betul2 mampu, tak der masalah… Jgn lepas2 shopping sakan tu, sampai nak makan pun tak der duit… :-p Berjimat-cermat amalan mulia…
BE THANKFUL
By Author Unknown
Be thankful that you don’t already have everything you desire.
If you did, what would there be to look forward to?
Be thankful when you don’t know something,
for it gives you the opportunity to learn.
Be thankful for the difficult times.
During those times you grow.
Be thankful for your limitations,
because they give you opportunities for improvement.
Be thankful for each new challenge,
because it will build your strength and character.
Be thankful for your mistakes. They will teach you valuable lessons.
Be thankful when you’re tired and weary,
because it means you’ve made a difference.
It’s easy to be thankful for the good things.
A life of rich fulfillment comes to those who
are also thankful for the setbacks.
Gratitude can turn a negative into a positive.
Find a way to be thankful for your troubles,
and they can become your blessings.
Credits to : Wow4U!
Moral: Bersyukurlah dgn apa yg kita ada… Apa yg Allah kurniakan & takdirkan utk kita… Dlm masa yg sama terima kelebihan & kekurangan diri kita… Janganlah selalu bandingkan diri kita dgn org lain & jgn pula lekehkan org lain dgn diri kita jika kita jauh lebih bernasib baik… Kalau anda kaya & berduit, jgn pula melekehkan org yg miskin & serba kekurangan kerana nikmat duniawi hanya sementara.. Jgn pula berdengki dgn org yg lebih bernasib baik dari kita kerana setiap manusia ditakdirkan berbeza tahap rezekinya. Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yg kita ada…
p/s: Tak usahlah berdengki-dengki, kelak makan diri sendiri… Kalau rasa diri anda cukup bagus & org lain tak sebagus anda, tak payahlah hidup bermasyarakat, duduklaa sorang2 dgn keperasanan anda…heheheh.. :-p
Anda tahu anda ialah anak sulung bila…:
1. Anda automatically rasa ada tanggungjawab yg besar walaupun family anda kecik..
2. Anda nak jadi contoh yg baik kat adik-beradik yg lain walaupun adik anda sorang jer..
3. Anda cepat terasa bila parents anda puji adik2 anda tapi bukan anda..
4. Anda seorang pelakon yg berjaya..hehehe…
5. Keyakinan diri anda terhadap sesuatu adalah luar biasa.. :-p
6. Anda selalu terimbau dengan kenangan2 lama… (nostalgic).. :-p
7. Anda cepat naik angin
8. Anda berlagak jer kuat semangat tapi sebenarnya tidak.. =D
9. Anda rela buat salah, janji adik2 anda tak buat salah..
10.Anda cepat touching walaupun pada benda2 yg kecik.. :-p
11.Anda mahu jasa & pengorbanan anda dihargai & diingati..
12.Anda cakap anda tak mengharapkan balasan, tapi sebenarnya anda nak cuma tak nak tunjuk..hehehe..
13.Anda bersungguh2 kalau nakkan sesuatu, ataupun SANGAT bersungguh2.. :-p
14.Anda mahu orang faham keadaan anda tapi dlm masa yg sama anda tak mahu org faham perasaan anda..
15.Anda tak suka tunjuk kelemahan anda pada sesiapa pun especially kat adik2 anda..
16.Anda sangat susah nak menangis depan family anda ataupun org ramai..
17.Anda cepat meletak harapan pada sesuatu..huhuhu…
18.Mood anda selalu turun naik cam rollercoaster..ihiks.. :-p
19.Anda rasa anda mengalami mental disorder..
20.Anda suka pendam perasaan anda..
21.Sebab suka sgt pendam perasaan, sampai satu tahap anda takut anda gila.. =))
22.Anda sangat keras kepala & keras hati..
23.Tapi anda tak reti nak selindung perasaan marah..
24.Anda selalu berlakon cam tak der masalah, tapi masalah anda tersimpul2 sebenarnya..
25.Kalau marah & pendam perasaan tu bergabung, bila sampai satu tahap yg tak leh dibendung anda akan menangis dgn tiba2.. :-p
26.Anda selalu menangis bila dok sorang2…
27.Anda cepat rasa rindu kat masa lampau..
28.Anda seronok gila bila orang puji anda tapi tak nak tunjuk.. :-p
29.Anda cepat sedih & depress bila anda rasa org tak hargai benda yg anda buat..
30.Kalau adik2 anda mintak tolong, mesti anda membebel dulu tapi last2 anda tolong jugak dia..
31.Ego anda SANGAT tinggi..
32.Anda susah gila nak mengaku salah… :-p
33.Anda selalu rasa bangga ngan pencapaian diri sendiri, walaupun pd benda2 kecik seperti anda telah berjaya basuh & jemur kain pada hari tu..hhahaha..
34.Anda rasa anda patut dilayan lebih dari yg anda dpt sekarang.. :-p
35.Anda suka plan dan organize something dlm hidup anda…
36.Anda cepat bengang bila org tidak bersungguh2 mcm anda..
37.Anda rasa tergugat bila adik2 anda lebih hebat dari anda..
38.Anda rasa anda kurang kasih sayang..hahahha… =))
39.Parents anda selalu nasihat ‘jangan ikut perasaan sgt & cuba belajar bersabar’ kpd anda.. =D
40.Anda mahu pasangan hidup yg bukan anak sulung mcm anda..hahahah.. =))
~~ Hakcipta terpelihara Safra’s Property ® ~~
p/s: Sayangilah kakak & abg sulung anda..heheheh…
Kami tak minta dipuja, cukuplah sekadar dihargai..