Archive for July, 2005

Tomorrow is my Judgement Day! 8-}

Saturday, July 30th, 2005

Hohohoho… A’kum & Hello semuaaa… Tetiba hari ni degupan jantungku semakin pantas, langkah kakiku semakin terketar-ketar, senyumanku semakin tawar dan tanganku semakin menggigil… Huwargghhhh!!! Aku takut sehhhh… Esok supervisor aku, Mr. Sek datang pukul 10 8-}. Aku risau kalau2 dia tak puas hati ngan keja aku kat sini.. Gagagaggaga… Korang tolong2laa doakan untuk aku. Mintak2 aku relax jer present kat dia esok. Aminnnn… ;-)

Ermm… Skrang aku nak mulakan sesi renungan bersama..heheheh.. :-p MInggu lepas masa on the way pi kerja, aku nampak ada sorang pakcik tu happy jer lap keta dia sambil nyanyi2. Nampak pakcik tu bukan org kaya, tapi happy jer ngan hidup dia. So, aku terfikir apa sebenarnya yang kita kejar dalam hidup kita?

Aku pernah terbaca dalam satu emel, pasal sorang fisherman ngan businessman. Maybe korang pun pernah dapat emel ni. ;-) Yang fisherman tu dok kat kampung, selalu turun ke laut & balik lewat petang. Dia balik petang sebab malam tu nak spend masa ngan famili dia. Berbeza ngan businessman ni pulak, dia sanggup keja dari pagi sampai malam semata-mata nak kejar duit. Dia punya falsafah, dia nak cari duit puas2 dulu sampailaa umur dia 50 baru nak retired. Then, masa tu baru dia nak spend masa ngan famili dia. So, fisherman tadi cakap kat dia, bukanker tu yang dia tgh buat skrang? ;-) Maknanya dalam cerita ni menunjukkan yang semua manusia kat dunia ni ada satu jer matlamat, nak kecapi kebahagian dalam hidup tapi dengan cara yg berbeza. Macam fisherman tu tadi, dia dah mula awal2 utk dapat kebahagiaan tu walaupun dia miskin. Yang businessman tu punya prinsip lain pulak, dia nak kejar kemewahan dulu barulaa kebahagiaan. So, renung2kan laa kita skrang ni dalam kelompok yg mana satu… Apapun, kena ingat gak dlm mencari kebahagiaan kat dunia ni, kena jugak pk pasal kebahagiaan kita di akhirat nanti.. :-)

Oklaa, that’s all for today. Wish me luck for tomorrow! Bye!! Ciowsss…

Frequently Asked Questions (FAQ)

Sunday, July 24th, 2005

Frequently Asked Question (FAQ)

1. Naper sem ni aku tak nampak batang hidung ko ek kat kampus?    Cammana nak nampak… Aku praktikal ler sem ni.. ;-)

2. Naper ko ni nampak cam sombong jer?? Dah tu jalan tak tengok org!Isk…sebab ko tak kenal aku, aku pun tak kenal ko. So tu yg ko nampak aku sombong. Pasal aku jalan tak tgk org tu, dah memang style aku cam tu. Takkan nak ushar rapat setiap org yg lalu kott…. :-p

3. Ko ni sebenar asal mana aar?                                                    Hohohoho… Aku pun konpius sebenarnya sbb mak aku org kelantan, ayah aku org pahang. Aku lahir kat penang, tapi dibesarkan kat kedah. So, senang cakap aku org kedah laa kot ;-) muahahahha…

4. Naper aku tak pernah nampak pakwe ko kat kampus aar? Cam tipu jer ko ni ada pakwe..                                                                                      Iskk… Dah pakwe aku bukan student @ kerabat MMU pun, cammana nak nampak seehhh.. Ish ish ish…

5. Dah tu, pakwe ko tu stadi mana? Ker dah keja??                              Wallaaa.. Dia dah keja seh kat Rawang.. Dulu dia stadi UTM. Puas hati?? :-p

6. Naper ko suka dok kat EP (Emerald Park) ek?                                          Suka hati aku ler nak dok mana pun. Janji tak kaco CGPA ko, okeh? =))

7. Dulu aku nampak ko aktif gak ngan program kat kampus, tapi skrang naper jarang ek? Ko ni ader krisis aper2 ker?                                          Sibuk jer ko nak tahu. Cammana aku nak aktif, pointer aku pun tak stabil. Bukan tak terlibat langsung, tolong sket2 tu ader laa jugak. ;-) kira ok what?? yak yak!!

8. Dulu ko duduk Kulim kan? Skrang ko dok mana ek?                                 Aku dah setahun lebih pindah ke K.Bharu. Dulu aku memang dok Kulim sejak lahir maa… Bayangkan 20 tahun aku membesar kat Kedah… Fuyyyoooo!!! =))

9. Ko ni nampak cam garang jer? Ko ada masalah ker?                      Hehehhe… Memang aku garang! Aku garang kat ko ler!! =)) Nak buat camana nak semulajadi muka aku cam ni. Japgi aku senyum kang ko kata gila pulaks..

10. Soklan last, aper plan ko lepas grad nanti? Kawen ker?? :-p     Hohohoho… Kawen tu lambat lagi.. 2/3 tahun lagi kot…hehehe.. Plan aku? Tgkler kalo aku rajin aku sambung Master, tapi kalo tak, tgk dulu rezeki kat mana.. ;-)

p/s: keh keh keh… Sekian seloka di malam ini.. \:D/

Attachment Oh Attachment Part II

Friday, July 22nd, 2005

Wallaa.. Actually tak habis lagi nak stori pasal attachment ni. Semalam aku ngantuk sgt, tak leh nak cakap byk..hehehe..so hari ni kita sambung lagi. Yeahyeah!!! :-p

Ok, semalam aku cakap pasal attachment between same genders ngan different kan? Hari ni aku nak elaborate lagi. Sebenarnya attachment kat sini bukan setakat ngan member2 & lovers jer. Kengkadang benda ni jadi gak kat ofis, tv programme, family etc. Sbg contohla, kalau kita dok selalu tgk satu2 cerita kat tv tiap2 hari/week, kalau miss skali mesti rasa lain kan? Tu maknanya kita dah attached ngan cerita tu. Kalau kat ofis lak, maybe jadi antara colleague kita. Selalu kita wat keja sama2, tapi bila sekali tak dak dah rasa lain. Tapi aku rasa attachment yg paling utuh skali is in our family.. ;-) Pusing2 camana pun kita akan balik pada family kita gak kan? So, love ur family okeh?

Selain tu (cam karangan bm laa pulaks :-p), aku nak stori gak attachment utk sebelum dan selepas couple/kawen. Jeng jeng jeng.. IMHO, masa sebelum couple/kawen, memang attraction is more powerful than attachment. Sebabnya manusia ni biasaler.. Masa sebelum dpt tak sama bila dah dapat, tul dak? :-p Masa sebelum dpt tu bukan main ler rindu laa, angau laa wuteva. Tapi lepas dah dapat semua perasaan tu makin hilang, TAPI attachment pulak yg makin powerful ;-) Sebab bila kita selalu dah bersama ngan seseorang, kita dah jadi selalu rely kat dia. Korang perasan dak, bila pk2 balik konsep attachment lepas couple/kawen ni akan jadi cam attachment between friends balik? ;-) So ni membuktikan yg friendship is stronger. Selalunya lepas kita dah couple/kawen, pasangan kita tu ler yg akan jadi kawan baik kita tul dak? Yerlaa..bukan senang sehh kalau nak kekal ke akhir hayat. Dak gitu?? :-p hikhikhik..

Tu jer laa yg dapat aku mengarut hari ni..heheheh..Aku nak makan dulu, nanti esok2 aku sambung lagi okeh? Ciowssss…. Byeeeeeeeeeeeeeeee………..!!

Attachment Oh Attachment

Friday, July 22nd, 2005

Ellooo!!! Akhirnya dapat gak ilham nak mengarut pasal attachment ni :-p hehehhe.. Tapi ni tak dak kena mengena ngan attachment emel yg kena hantar kat lecturer tu orite? 8-) Oklaa, tak payah mukadimah panjang2, jom kita terus pada isi kandungan. :-p Wallaaaaa!!!

Sebelum ni aku dah stori pasal attraction. Selalunya bila dah ada attraction, jadiler pulak attachment. Macam attraction gak, attachment antara sama gender ngan lain2 genders ni tak serupa. ;-) Oklaa, aku start utk yang sama gender dulu ek? :-p

IMHO, attachment between same gender ni lebih pada rasa perlunya kita utk bergantung kat seseorang. Mungkin perkataan ‘rindu’ tak sesuai kat sini, tapi ‘perlu’ lebih tepat. Korang perasan dak bila member2 kita berjauhan ngan kita, kita cam ada perasaan kosong jer. Tu maknanya kita ‘perlu’kan member2 kita utk isi masa lapang ker, wuteva lah. :-p Sebab tu ler adanya quote yg katakan kita tak sedar pentingnya seseorang tu sampailer kita kehilangan dia… ;-) So, kesimpulannya sayangilah rakan2 anda.. Yeehaaa!! :-p

Utk yg different genders lak, ‘rindu’ & ‘perlu’ sama2 penting utk balanced relationship. Selalunya kalau kita dah attracted kat seseorang, secara tak langsung ada satu bond yang melibatkan jiwa ikatkan kita. Kengkadang kalau tak nampak muka satu hari, nampak kereta @ bas yg dia selalu naik pun dah tak per, tul dak? =)) (cam kenal jer ngan org yg selalu bilang bas zaman dulu2..hahahah) Maknanya, kita bukan setakat attached ngan diri org tu, tapi ngan DUNIA org tu skali ;-) memang giler betul power attachment between different genders ni..hahaha.. Maka, berhati-hatiler jgn sampai melampau sgt angau tu. Silap2 tersangkut ngan laki/bf org pulak. :-p Sbb selalunya kalau kita dah suka kat sorang tu, kita dah tak nampak dah yg lain kat sekeliling kita. Memangler cinta tu buta, tapi jgn butakan hati kita skali okeh? ;-) apapun, don’t forget to be ur own self..

Well, tu jer laa celoteh aku utk mlm ni.. Aku pun dah mengantuk tahap gaban ni. Nanti rajin aku sambung lagi. ;-) Ciowsssss….

Syukran syukran!!!! \:D/

Tuesday, July 19th, 2005

A’kum & hallluuuuu!!!!

Yeeeehaaaaa!!!! Aku rasa eppy gila hari ni!!! Semalam aku baru jer emel Mr Sek bgtau problem aku keja kat sini, pasal sistem yg aku buat just guna Access jer, facilities tak der bla bla bla.. Tapi alhamdulillah dia tak komen apa2, just dia balas cam ni jer [siap copy paste tak tahannnn =)) ]:

"hi, actually you can perform more than one job but make sure you can document it. develop a file system can consider as a project for you to present in the presentation. to develop a file system you have to start for m the beginning like you have learnt in software enginerring " process to develop a computerized system". all this you can apply into real world. bisides developing a system you also can ask for other job but make sure you have something to present during presentation. thank you"

muahahahhahaha… \:D/ nasib baik aku tgh pakai baju kurung ni, kalau tak dah lama aku menari cam cheerleader :-p

Oklaa, satu lagi benda wat aku eppy hari ni sbb dapat reunite balik ngan Azi & Kak Ha masa lunch tadi. Aku, Yana, Bahri & Azhar keluar makan ngan diorang kat restoran dpn Hotel Ansar tadi. Cam reunion laa pulaks..heheh.. Azi skrang dah start training kat PKINK, tak jauh sgt dari MARA so tu yg lunch skali. Kak Ha lak dtg ofis hari ni sbb wat report, umah dia tak der pc. So terubat rindu…huhuhu.. Aku ada tangkap gambar time makan tadi, so nanti aku upload kat album. ;-)

Well, that’s all for now. To aida, bila aku dpt ilham pasal nak cakap pasal attachment aku inform hang nooo.. :-p hehehe..buat masa ni, tahaannnnnnnnn!! =))

Ciowsss…. ! !    !           !            !

Melancholic :-|

Sunday, July 17th, 2005

.:: You Must Love Me - Madonna ::.

Where do we go from here?
This isn’t where we intended to be
We had it all, you believed in me
I believed in you

Certainties disappear
What do we do for our dream to survive?
How do we keep all our passions alive,
As we used to do?

[Bridge:]

Deep in my heart I’m concealing
Things that I’m longing to say
Scared to confess what I’m feeling
Frightened you’ll slip away

[Chorus:]

You must love me
You must love me

Why are you at my side?
How can I be any use to you now?
Give me a chance and I’ll let you see how
Nothing has changed

[bridge]
[chorus]

You must love me

Roles of attraction :-)

Friday, July 15th, 2005

Halluuuu!!!

Hari ni aku cuti…fuhhh…rasa lega sket pas 5 hari keja. Sedar tak sedar dah sebulan lebih aku training..hehehhe…rasa cam tak sabar jer nak habis :-p Hari rabu lepas, member praktikal aku Kak Ha dari Kolej Islam habis training. Rasa jeles lak kat dia..hehehe..At the same time, Azi dari UNIMAS pun dah nak transfer ke PKINK training kat sana start ahad ni. Erm…kesunyian ler aku nampaknya. Tinggaller 3 org lagi budak training kat MARA Negeri Kelantan ni..huhuhu..

OKlaa, aku malas nak cakap bab2 keja hari ni. So hari ni aku nak cakap pasal roles of attraction..ehem ehem.. :-p Aku pun tak tau naper aku rasa nak sangat cakap pasal topic ni, maybe keadaan hormon aku minggu ni lain sket kot..hahahaha.. =))

Attraction? Perkataan ni selalu jer kita dengar, tapi pernah dak kita terpk dari segi fizikal cammana rupa bentuk attraction ni? ;-) Dari awal minggu ni lagi aku dok pk dan aku rasa attraction ni lain orang lain pandangannya tul dak? IMHO, attraction plays its own role to attach 2 or more persons in some sort of relationship. So, bila ada attraction, ada ler attachment pulak :-) Skrang ni, jom kita pk attraction yang mana dikatakan dapat wujudkan attachment. Ooopss, sebelum tu lupa aku bak bgtau, attraction ni bukan between 2 different genders jer but same genders too. :-p

Firstly, kita cakap between same genders atau senang cakap, friends laa. Konteks hari ni tak dak yg inverse relationship okeh? ;-) aku malas nak cakap pasal fungsi songsang, gubahan or wutsoeva. 8-) Ok, start. Selalunya, sebelum 2 or more persons jadi friends ni kita akan try cari persamaan yang boleh wat kita berkawan tul dak? Kalau korang sedar ler, persamaan kat sini is the attraction itself. Jeng jeng jeng.. Nampak dak gambaran tu? Pada pendapat aku, attraction between 2 different genders ngan same genders ni lain gayanya..hehehe.. Kalau between friends, jarang sangat kalau kita berkira sgt hal fizikal atau paras rupa sbb kita percaya pada everlasting friendship yang depends on personality right?

Tapi yang peliknya, when it comes to attraction between 2 genders, dah jadi lain :-p. Bohonglaa kalau korang tak setuju. Selalunya kalau nak develop special relationship, fizikal mesti ada nyer dlm list korang ;-) Tapi biasalaa tu, we are all humans. Cepat tertarik pada sesuatu yg kita nampak. Tapi jgn salah paham, fizikal kat sini bukan setakat kecantikan atau ke’handsome’man seseorang, tapi penampilan pun masuk skali. Dari sumber2 yang boleh dipercayai, lelaki ngan pompuan punya taste of attraction ni berbeza. Aku tak tau ler nak percaya atau tak, ada lelaki @ pompuan yang suka tgk fizikal dulu baru personaliti. Ada gak yang tgk personaliti dulu baru fizikal. Pada aku, ni semua hak masing2. As long as ur belief works well to ur relationship dah cukup bagus. ;-) So, maybe korang tertanya-tanya lak aku punya prinsip kan? :-p Senang cakap, aku percaya kat dua2 sbb both physical & personality saling berkait. Bukannya apa, kalau betullah ada jodoh sampai ke akhir hayat, takkan bila muka dah masing2 berkedut nak bercerai-berai sebab dah tak cantik kot.. Masa tu ler kita terfikir yang personaliti masing2 yg bawak relationship kita sampai ke akhir hayat. Mungkin gak masa mula2 kita tak tertarik ngan seseorang sbb tak cantik, tapi lama2 kita nampak dia cantik sebab personaliti dia memang cantik dari dulu tul dak? So, renung2kan lah ok? ;-)

Ok, tu jer utk hari ni. Maybe next topic aku nak cakap pasal attachment pulak kot..hahahha… :-p Orite, ciowsssss….

Down… :-(

Monday, July 11th, 2005

Assalaamualaikum & Halluu…

Thanks to Aida & Ning Ann for the comments! ;-) Ning Ann, so what did u tell to ur supervisor during his visit? Ada mengadu apa2 tak? :-p hehehe…just asking sbb Mr Sek will be coming either on this 31st July or 1st August.

Ok, rasanya tak sabar nak luahkan apa yang terbuku kat hati ni..Uhuk uhuk..

:-((

Aku tak tahu naper aku down sgt hari ni…Tapi apa yang pasti aku cam lemah semangat jer kat ofis tadi. Mula2 pegi ofis memang rasa berkobar-kobar jer nak sambung wat file-system. Tapi bila member praktikal aku Azi yang dari UNIMAS datang bagitau yg lecturer dia suruh tukar company, tetiba aku rasa lain. Aku lak yg rasa susah hati :-( Dia cakap dia report kat lecturer dia yang dia wat keja2 kerani, even dia dah setuju nak wat sistem pun lecturer dia cam tak galakkan sbb majoring dia Networking bukan IS. So, nak tak nak dia kena wat something that relates to Networking. Bila aku dengar, serius aku rasa cuak, risau, sedih, pilu, syahdu semua ada 8-(. Bila pk pulak yang Mr Sek dah nak dtg akhir bulan ni lagi aku susah hati. Aku risau kalau2 dia marah aku sbb aku yg pilih training kat sini. Tapi nak wat camana, before this I was under faculty placement but unfortunately I was never been shortlisted although masa tu dah bulan 4! Mr. Lau pun heran & marah kat lecturer yg di’assigned’ utk contact company yang aku pilih tu. Last2, aku decide cari sendiri. Ingatkan dgr MARA tu sehabis gah ler, rupa2nya indah khabar dari rupa jer.. Rasa menyesal, nak nangis pun ada. Tapi mcm biasa, nak tak nak kena go on betul tak? :-/

So, saja nak mintak suggestion from ex-trainees from MMU dulu. Is it ok for me to continue my training at this company or should I find another company? U all dulu ada tak komplen apa2 kat supervisor? Huhuhu…

Actually skrang aku tgh plan maybe lepas siapkan sistem fail & bisnes loan, aku cam nak mintak MARA assign aku ke MRSM PC atau Pasir Tumboh sebab sana ada Pen. Pegawai Sistem Maklumat. Server pun ada kat sana, so cam leh belajar pasal networking, tul dak? Apa pandangan korang? ;-)

Ok, that’s all for today. Ciowssss…. ;-)

Mangsa Dan Pemangsa

Thursday, July 7th, 2005

Hallluuuu!! Hari ni aku nak cakap pasal mangsa dan pemangsa..heheheh..cam tajuk sains form 3 ja pun :-p Well, biasalaa hidup ni ada macam2 ragam. So aku nak cuba kaitkan tajuk ni ngan life aku skrang. Jeng jeng jeng…

Ok, aku stori dari mula. Ofis aku kat level 6 bangunan MARA, level 6 ni office utk MARA Negeri Kelantan. Ada satu lagi level 7 utk ofis MARA Daerah KB. Actually terus-terang aku cakap banyak keja2 ofis ni bebudak praktikal yang buat, so secara tak langsung staff2 byk bergantung kat trainee ni utk wat keja. Masalahnya skrang staff tak cukup kat level 7 kesnya adaler sorang staff ni cam makan gaji buta jer, keja pun cam tak ikhlas. Selama ni trainee yang banyak cover keja dia. Patut dak cam tu??! Kalau ada gaji tak der laa nak merepek kat sini tul dak? 2 minggu lepas, student praktikal yg dok kat level 7 tu dah habis, jadi kena ler staff sorang tu handle. Memang ler keja byk, tak der masalah kalau sekali-sekala trainee tolong, tapi kalau dibuatnya cam kuli saper nak stay kat situ kan? Kita pun ada projek sendiri nak wat yang ada kena-mengena ngan course kita, pulak IT. Yang buat geram tu bila ada trainee tolong staff tu kat level 7, staff tu cam ada tindakan refleks lak stop wat keja dia & kuar merayau2 ntah mana2. Kuar sekejap tak kesah tapi kalau dah sampai 3 4 jam apa kess??! So, skrang ni supervisor ambik tindakan tarik balik student yang kat level 7 turun level 6 balik. Secara tak langsung mestiler byk keja staff kesayangan tu kena wat..hahahah..

However, biasaler hidup ni tak pernah aman kalau tak dak masalah kan? :-p Hari ni aku dapat tau yang 3 kali pegawai level 7 turun jumpa timbalan pengarah mintak aku dok atas tolong handle susun2 fail wuteva. Dia nak jumpa supervisor aku tak berani sebab memang confirm tak kasi. Agaknya dia ingat jumpa timb. pengarah leh dapat ler kot. Malang ler kat dia bila timb. pengarah marah dia sbb tak paham2 yang bebudak IT ni ada projek sendiri kena buat. So, terdiam membisu ler pihak2 terbabit…wakakakaka.. Alhamdulillah tak kena naik atas, kalau tak alamatnya tak siapler file-system aku ni. Kalau kita cerita kat diorang bukan nak paham. Diorang pk janji keja diorang settle, tak pk dah projek kita ni jalan ker tidak. So, skrang ni mangsa dah jadi pemangsa. >:-) muahahaha.. Apapun, thanks to supervisor & timb. pengarah sebab backing kitorang ni. Kalau tak susah gak, maklumler kami student praktikal jer bukan pegawai gred A pun

:-p

Bila pk2 balik, aku tak paham apa perception org kat trainee cam kitorang ni. Agak diorang ingat kita trainee so kena wat jer apa yg diorang suruh. Diorang tak sedar ker yang tgh training semua ni bakal graduan ada diploma @ degree. Silap2 haribulan yang trainee ni jadi boss tul dak? ;-) So, aku sangat2laa berharap lepas ni tolong ler ubah perception kolot tu. Memang ler skrang ni kami budak praktikal jer, tapi jgnler buli @ dera kami. Jgn sebab kami tak der gaji boleh ambik kesempatan. Tak berkat sehh… Kami tak mengharap lebih, sekadar hormat & ucapan terima kasih dah memadai. :-)

OKlaa..emosi lak aku hari ni..hohoho… :-p Oklaa, aku nak kemas barang. Esok balik K.Lipis nak ziarah mak sedara & pak sedara aku baru kuar dari hospital pas operation hari tu. Orite, ciowssss…. ;-)

PenatZZzzzz!!!!

Monday, July 4th, 2005

Akum & Hi to all!!

Walla weihh…penat seh hari ni keja kat ofis. Minggu ni aku sambung wat file system utk bahagian penganjuran pelajaran, cawangan kemahiran bla bla bla.. Pening pening.. 8-} Bukan pening aper, bila ada satu benda yang tertinggal habis semua kena modify..yak! yak! Tak per, esok mintak2 tak pressure sgt sbb maybe aku ikut technician pegi MARA Bachok check networking sana.

Erm…hari ni aku dpt member baru, student praktikal gak baru lapor diri. Nama dia Azi from UNIMAS. Course pun sama ngan aku degree IT majoring networking. Actually dia pun risau gak takut tak der keja bhg IT nak wat kat MARA Negeri Kelantan ni. Tapi apapun aku nasihat try dulu sbb dia leh try wat sistem application utk pinjaman. Memang aku x nafikan kat sini byk buat keja ofis sampai nak wat keja kita pun tak sempat. Tu ler, cakap salah tak cakap pun salah. Kalau kita cakap lecturer tak bg kita wat keje ofis nanti kata demand lebih pulak. Adoilaa.. So nak tak nak bersabar dulu. Tapi kalau dah sgt2 terdesak baru aku buat apa yg patut. Yeah yeah!!! (ignore me :-p)

Oklaa…aku rasa that’s all utk hari ni. Ciowwsss…. ;-)