Archive for August, 2005

.:: Colours of Life ::.

Friday, August 26th, 2005

I wake up in the morning

My back arches with pain

My eyes are red

But my heart is black

The blue mood surrounds

Suddenly I feel insane

Colours of life are attacking me

Colours of life can make me downed

Colours of life are testing me

Colours of life beat me to the ground

I run to the window to find the light

But rain is falling with no mercy

Till the sun feels so shy to bright

I guess the birds too, refuse to sing

Colours of life are painting me

Colours of life can make me fall

Colours of life are knocking me

Colours of life are cruel to all

I leave the window and go to the kitchen

Suddenly the bolt and thunderstorm were striken

The gloomy mood surrounds myself

My favourite glass falls down from the shelf

Green with envy and red with anger

I scream so loud till knife cuts my finger

Tears are coming through my face

I guess this is one colours of life race

Colours of life are laughing at me

Colours of life are playing with me

Colours of life are driving me mad

Colours of life are not over yet!

-Safra-

I’m a busy beee… Yay! :-p

Saturday, August 20th, 2005

Halluu all!! Hari ni tak leh cakap byk sebab aku bz..hehhe.. Japgi pas zohor nak pegi Machang, cousin aku nak bertunang.

Apapun, aku stori aar sket pasal dinner malam tadi. Aku pegi ngan ayah aku, tapi kami dok meja lain2. Menu semalam was Chinese sytle. So, biasaler mula2 makan lauk-pauk like sweet sour chicken, siakap, bla bla bla last2 baru makan nasi goreng :-p. Then desert makan peanut cream soup & pancake. Tugas aku semalam tolong tolak kek bday masa wat surprise utk pengarah..heheh… So, aku nak wish Selamat Bersara & Selamat Hari Lahir utk En. Sulaiman Bin Abdul Rashid. Semoga Allah sentiasa merahmati beliau… ;-)

Oklaa, that’s all for today. Ciowsss!!! ;-)

.:: U n T i T L e D ::.

Friday, August 19th, 2005

A’kum & halluuu!!! Ok aar, oleh sebab aku terima komplen yg mengatakan aku ni nampak cam tak hepi jer training ni, hari ni i’ll try to balance things up so takder laa nampak cam aku ni asyik tak puas hati jer kan.. ;-) hehehhe…

Maybe aku tensen & emosi sket 2 3 minggu ni, tu ler yg main lepas cakap jer..hohoho…bukan aper, masalah ni kalo datang tanpa diundang, main suka-suki dia jer :-p. Apapun, okler aku mengaku aku salah sebab emo sgt. Tapi sajaler nak inform, perasaan aku ni mewakili trainee2 lain kat ofis aku gak sebab kitorang semua budak IT. So, bila geng2 kitorang ni berjumpa & luah apa yg terbuku ni tuler yg jadi emo tak tentu pasal. Aku pun sedar yg actually aku yg salah sebab aku sendiri yg buat keputusan utk training kat sini. Apapun, memang patut aku tanggung semua ni tul dak? So once again aku mintak maaf okeh? ;-)

Hari ni aku nak cakap benda2 baik jer kat ofis aku..hehhehe..Maklumler, malam ni aku ada dinner persaraan pengarah MARA Negeri Kelantan kat Hotel Perdana. So, aku nak wujudkan semangat & aura yg baik2 jer hari ni..hahahaha =)) Oklaa, apa yg best training kat MARA Kelantan ni ialah pengalaman yg aku dpt. At least, I learnt something about the working environment yang aku rasa tak sama ngan tempat lain. Dok kat sini tak derlaa rasa terkongkong sgt. Sebab apa aku cakap cam tu? Contohnya, kitorang ada masa utk pegi breakfast @ minum pagi, maybe kat ofis lain tak camtu. Pastu ada lagi lunch hour, kengkadang ada majlis dpt makan free..heheheh… Satu lagi leh kata tiap2 hari ahad ada bacaan yasin & pastu ada jamuan gak.. So memang serius leh save bajet kat sini. Memang tak luak aar duit aku kat sini..hehhehe.. Kebetulan gak aku dok kat umah kan, so lagiler leh save.

Cakap pasal makan, makan kat sini memang serius senang. Aku tiap2 hari penin dok pk nak makan kat mana sebab byk sgt pilihan. :-p Kat atas ofis ada cafe, bawah pun ada dekat 3 @ 4 buah kedai makan. Then kalau rasa nak makan fast food, jln dlm 5 @ 6 minit ada A&W, Mc D & Pizza Hut. So, bersyukur jugak ler aku sebab location ofis aku ni kat tgh bandar. Time lunch hour tu leh curi2 masa pi shopping kat The Store & Guardian lg..hehehe.. =))

Lagi yg best pasal dok kat sini sebab staff2 friendly. Aku pun malas nak kesah pasal kata2 belakang tu sebab aku rasa mana2 tempat pun sama jugak kan.. Dah jadi lumrah hidup, tapi kalau ada yg nak mengumpat pasal org tu kita dgr jer laa.. Jgn kita lak yg pegi bawak mulut, nanti org chop batu api lak.. ;-) So, berkawan kawan jugak, tapi kena hati2 jgn sampai termakan diri sehhh… :-p

Maybe skrang aku tak rasa ’sayang’ lagi kat ofis aku, tapi maybe bila dah habis training nanti baru aku rasa kot. Alaa..cam skrang aaar. Tak pernah2 aku rindu kat MMU tetiba skrang aku rindu gilaa =(( huwaaarrghhhh!!!! Rindu nak pegi kelas!! Rindu kat lecturer!! Rindu kat lab!!! Rindu kat semua aarr!! [emo lagik!] :-p

Okler, that’s all for now. Nanti aku sambung lagi next time.. Byee!!! Ciowsss…

Aku SANGAT bengang!!!! X-((

Monday, August 15th, 2005

Hohohohoho…wut a disastrous week!! X-( Utk pengetahuan korang, aku sejak minggu lepas sangat2laa down & depress & stress gilaaa. Nak tau pasal apa? Pasal mulut2 org yang hanya pandai bercakap tapi tak paham situasi kat ofis aku. Ntah aar, aku rasa selama ni aku sabar jer sbb yerlaa kan tak berani nak bersuara sebab aku ni training jer. Tapi kalau asyik dok dgr org mengata kat belakang rasa sakit gak laa jiwa aku nih. Aku memang start dari dulu tak berkenan ngan perangai org Melayu kita yg suka main cakap belakang ni, tapi depan kita konon baik nak mampos. Pasal apa aku marah? Sapa tak marah kalau kita elok2 dok wat keja kita, tapi tiba2 org komplen aku ni asyik terikat jer ngan satu department, dah tu tak bergaul ngan org lain. Aku tak paham betullah ngan perangai org ni. Dah laa mintak tolong kita wat sistem, pulak aku wat sorang2 lak tu. Semua beban aku yg tanggung, tapi nak kita get along ngan department lain pulak. Iskk, payahnya nak terang kat dorang semua ni. Senang cakap, diorang ni tahu mengata tapi tak paham org IT cam aku nih. Aku buat kesimpulan mentaliti diorang ni tak sampai ke tahap pemikiran cam aku..hahahahah.. 8-)

Diorang ni memang tak paham, ingat senang2 ker aku leh wat sistem sorang2 & dlm masa yg sama nak wat keja2 kerani??? Gila ker apa?? Aku tak kesah kalau ramai2 wat satu sistem, ni aku sorang jer sehhhh. Masalahnya diorang tak paham, yerlaa biasaler kita wat sistem concentrate jer laa ngan keja kita, mana ada masa nak pi lepak2 tolong2 susun fail cam kerani nih. Serba salah aar aku cam ni. Agaknya diorang ingat aku usung laptop tiap2 hari setakat nak bergaya jaa kot. Dah laa tak bagi kemudahan kat aku. Komputer sebijik pun tak mampu nak bagi. Pastuh mintak benda gempak2, bajet senang aar wat sistem nih. Tak sedar yg aku wat ni free of charge, tak mintak 5 6 ribu pun. Agaknya diorang ingat aku goyang kaki saja2 buat mengadap laptop kot. Cam *(%(&^&* jer!! X-(( Aku ingatkan keja ngan company Melayu ni nak tolong org kita sendiri aar, tapi balik2 kita yang kena mengata balik. Bodoh dakk?? Kalau cam nilaa gayanya, tak teringin dah aku keja ngan org Melayu. Biarlaa org cakap aku tak kenang budi pun. Dah korang byk sgt mengata. Perangai cam nilaa yg wat org kita ketinggalan kat belakang. Cakap sedapler, tapi cuba buat sendiri sistem. Mau terkebil2 korang!! X-(

Orang kat ofis aku ni bukak mata pada trainee yang rajin wat keja2 kerani, baik ngan staff2, sembang2 lepak sama2. Diorang tak nampak kita yg buat keja di balik tabir nih. Kita wat sistem ni utk kemudahan diorang gak, tapi yerlaa selagi tak nampak kita ulang-alik bawak fail, tolong fotostat, stapler borang2 semua jgn harap nak dapat pujian. Saperlaa aku kan, bakal graduan ijazah IT dari Multimedia University jerr… :-)

So, kul 10 tadi aku ada appointment ngan doktor aku kat hospital pakar perdana pasal treatment migrain aku. Aku stori kat dia pasal problem aku kat ofis & dia bagi aku MC satu minggu walaupun aku tak mintak. Dia pun terkejut bila aku cerita MARA tak dak kemudahan utk trainee IT cam aku nih. Harap nama jer gempak. Ituler org kata indah khabar dari rupa… ;-) ikutkan hati nak jer aku tukar tempat lain, tapi aku ni dah sampai separuh jalan. Nak tak nak kena teruskan gak.. Huhuhuh…korang tolong2 ler doakan utk aku supaya aku still dapat bersabar stay kat sini. Serius cam tak sabar nak habis & balik Melaka…Huwarrghhh!!! Aku rindu member2 aku!!! Lamanya tak hang out sama2!! Dok sini asyik pendam perasaan jaa… :-((  I love u my friendsss!!! :-p hehehehhe…

Oklaa, aku nak rehat2 dulu..(rehat laa sgt..nak main Sims sebenarnya =)) hahahah..) Doakan aku dpt tenangkan fikiran minggu ni. Ok, ciowssss…. Muahsss!! ;-)

Antara Dua (AF2 & AF3)

Saturday, August 13th, 2005

A’kum & Hallu to all!!! Aku ada berita baik..hehehhe.. Kan sebelum ni aku cakap aku kena kayap kan? Tapi alhamdulillah aku rasa tak sebab dia tak menjalar atau sakit2 pun. Skrang dah susut tapi maybe tinggal parut skett…huhuhu.. Dulu yerlaa cam gatal2 tapi makin lama makin ok. Aku rasa maybe nak jadi kayap time tu tapi tak naik semua sebab sebelum ni pun aku memang makan ubat allergy dah dekat setahun tiap2 hari. Korang mesti tergezut kan? :-p Actually aku start dari tahun lepas kena makan 3 jenis ubat tiap-tiap hari sehh.. 1st Inderal utk migrain aku, 2nd Nootropil utk saraf and 3rd Telfast utk Allergy @ Sinus. So, aku agak2 Telfast tu yang prevent aku dari kena kayap. Alhamdulillah… :-)

Ok, minggu ni aku nak cakap pasal Akademi Fantasia.. Jeng jeng jeng… Kalau nak kira dah seminggu AF3 habis. So, oleh sebab aku tak pernah miss tgk konsert & diari AF3 utk tahun ni, aku leh buat conclusion yg AF2 lebih best dari AF3. Kepada peminat AF3, jgn marah aku sebab aku rasa ni just pandangan aku & pandangan masing2 takkan sama right? ;-) Bukannya apa, aku tak nak weblog aku ni jadi forum nak bertekak pulak nanti.. :-p

First, aku nak tegaskan kat sini aku bukannya pengutuk Mawi ataupun peminat Mawi. Aku hanya seorang penonton Akademi Fantasia & tak ada pun yang fanatik pada sapa2. Tapi apa yg leh aku cakap, harap still tak terlambat utk aku wish Congrats to all AF3 winners walaupun masih ada kedengaran suara2 yg tak puas hati.. Apa nak buat, AF ni milik peminat & semua keputusan di tangan diorang. Maybe tahun ni lebih menyebelahi Mawi & dah tu rezeki dia. Aku pun tak nak komen banyak2 sebab benda dah jadi tul dak? ;-)

Bila aku fikir2 balik, aku still rasa AF2 lebih best dari AF3. Sebabnya, AF2 lebih banyak tekankan pada ikatan persaudaraan & friendship yang kita semua dapat rasai. Walaupun dari segi kualiti ramai yang akan cakap AF3 lebih menonjol, tapi aku rasa nilai2 murni dari AF2 lebih powerful. Aku yakin yg 12 student AF2 dulu masih jadi best friends sampai skrang. Bila aku tgk diari AF3 tahun ni, asyik2 ada jer konflik & perasaan tak puas hati. Sket2 gaduh, sket2 nangis, sket2 emo. Walaupun AF2 ada gak cam tu, tapi diorang cepat2 betulkan balik keadaan. So, aku harap next season utk AF4, student2 kena contohi students AF2 yg masing2 tak pentingkan diri sendiri & tolong-menolong2 antara diorang. Dan yang penting, tak der student yg teringin nak menonjol lebih-lebih. ;-)

Aku teringat tahun lepas aku tgk konsert final AF2 kat umah sewa Jimah, semua kami kat situ menjerit bila Zahid ditabalkan jadi juara walaupun ada yg tak minat Zahid skalipun. Maknanya semua org puas hati ngan keputusan tu. Berbanding ngan tahun ni, yang fanatik Mawi jer bersorak. Aku secara personal rasa kasihan pada Mawi sebab bila dia dah jadi juara, mesti ramai yang letak harapan tinggi kat dia. So, aku harap Mawi dapat jaga attitude & perwatakan sebab kalau next time dia ada buat salah sket, banyak mulut yang aku mengata especially media. Dah lumrah, media ni cukup suka ngan gosip2 & cerita2 yg panas. Pulak tu, Mawi leh dikategorikan sbg org alim. Silap2 kalau dia kuar ngan tunang dia berdua2an pun leh jadi isu tul dak? ;-) Jadi aku just harap Mawi dapat pertahankan pendirian dia & terus belajar utk tabah & terus bertapak dlm industri hiburan kita yang aku leh kategorikan sbg kejam ni, okeh? :-)

Utk students2 AF3 lain, aku harap masing2 dapat terus mengambil peluang yang ada utk terus mendapat tempat di hati peminat2 hiburan kita ni. Jgn jadi macam sesetengah artis yg mula2 jer gempak bagai nak ghak, tapi last2 senyap sunyi. Kalau betul cam tu, maknanya betullah yg AF ni bermusim jer. So, buktikan yg kata2 tu salah okeh? To Amylea, aku harap dia dapat dicalonkan dalam list Artis Harapan dlm AIM tahun depan & menang macam Farah AF2 dulu. Terkilan gak aku dia tak dpt anugerah Persembahan Terbaik, tapi nak wat camana rezeki berpihak pada Mawi lagi. Mungkin mentaliti org kita masih tak dpt menerima bakat yang ada macam Amylea & Idayu. Hopefully, one day AF di Malaysia ni dpt jadi setanding ngan AF kat Indonesia..

Oklaa, aku dah malas nak stori banyak2 sebab tak nak berperang mulut ngan sapa2. Apapun, aku rasa agenda2 & kontroversi dalam AF3 kali ni dah berjaya kot utk certain pihak. :-p hehhhe…Opss, lupa lak! Aku harap still tak terlewat utk aku wish CONGRATULATIONS to all MMU Graduates sbb Konvokesyen baru2 ni! Good Luck & All The Best in ur future undertakings!! ;-) Ciowsss….

p/s: Semalam aku tgk tv, baru aku perasan masa mula2 Astro serbu umah Mawi buat gezutan kata dia dpt masuk AF3, aku cam nampak ada poster lambang hijau putih kat dinding umah. Erm… mungkin ada agenda lagi kot…hehehhe…No komen. :-)

Kala Kedua Kali….

Tuesday, August 9th, 2005

Kala Kedua Kali

Kala kedua kali
Tinta harapan berbeda
Mulakan sekali lagi
Demi kehendak seadanya
Sulamkan semangat baru
Selami niat di hatinya

Kala kedua kali
Rentak disusun berirama
Biar nyaring bunyinya
Tak bisa sumbang
Semoga alunan tergubah
Mengikut paduan semesta

Kala kedua kali
Jangan toleh ke belakang
Itu menggugat pemikiran
Pandang tepat di hadapan
Pastikan arah tujuan
Moga tiada yang hilang

Kala kedua kali
Pahatkan memori indah
Semaikan kasih nan murni
Singkirkan sengketa lara
Biarkan ruang di hati
Diisi dengan ketulusan

Kala kedua kali
Matikan pertama kali
Pupuk sikap toleransi
Biar celik di mata
Semoga takkan merana
Hilang duka di jiwa

Kala kedua kali
Belajar dari kesilapan
Lalu teguhkan ikatan
Baiki kelemahan adanya
Selagi termampu terdaya
Usaha! Usaha! Usaha!
Semoga tiada ketiga kali…

Minggu Yang Malang…. :-((

Thursday, August 4th, 2005

A’kum & hi semuaaa… Aku sangat tensen minggu ni, bukan pasal kerja tapi kesihatan aku yang gila2 tak stabil :-(( Yerlaa, hari ahad lepas aku kena migrain attack. 3 hari lepas lak, aku rasa gatal semacam jer kat belakang badan aku. Tgk2 ada bintik2 merah satu tompok. Serius aku gezut gila. So aku sapu ler minyak gamat kot2 dapat susut sket bintik2 tu. Manaler tahu kot kena ulat ker, serangga wuteva lah. Tapi semalam still tak der perubahan. Rasa makin gatal ada ler. So, pagi tadi aku nekad pegi klinik dkt ngan ofis aku. Doktor suspect aku kena kayap peringkat awal….Huwarghhhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!! Serius rasa nak pengsan jap!

:-(( :-(( :-(( :-((

Aku tunjukler kat Kak Ha yg kebetulan dtg ofis tadi, dia cakap tak sama lak ngan kayap yang dia pernah kena. Aku dpt tahu kayap ni byk jenis, kayap ular ler, kayap ayam ler. Tapi bila aku tanya doktor, dia gelak pulak. Dia cakap kayap sama jer semua. Konfius lak aku. Yang member praktikal aku, Yana cakap kayap ular cam menjalar, tapi kayap ayam tompok2 cam tapak kaki kucing. So, maybe aku kena kayap ayam ler kot..Huhuhuhu… Apa2pun, kalau betul aku kena kayap mintak2 tak kena cam kayap ular. Aku takut bila dgr cerita kalau kayap tu bertembung leh mati.. Mintak2 dijauhkan…Amin… Korang pun tolong2ler doakan kesihatan aku ek. Serius aku cam down gilaa… Yerlaa, byk sgt sakit nihhhhh!!! Mulut aku lak kena ulcer. Gigi aku lak dok tumbuh merata-rata sesuka hati. Masalahnya gusi dah tak der ruang, dia nak tumbuh gak. Tumbuh lak kat belakang gigi lain… Ya Allah, sabar jer laaa… Nak cabut kang, sayang lak sbb gigi kekal. Aduhhh, serba salah aar aku… 8-(

Oklaa, aku cam nak stop kat sini. Actually byk lagi nak luah ni, tapi kena stop sebab takut habis character limit nak tulis kat sini :-p hohohoho… Jap gi nak hantar mak sedara aku pegi stesen bas, dia nak pi KL ambik nenek aku kat sana sbb nenek aku bercuti kat umah mak sedara aku sorang lagi. Ok, ciowssss….

Me, Myself & Migraine 8-}

Monday, August 1st, 2005

Huhuhuhu… A’kum & Hello to all… Sori, hari ni tak leh cakap byk sebab aku sakit kepala dari semalam =((… Just aku nak inform yang semalam Mr Sek dah datang melawat aku kat ofis..hehehhe… Serius pagi semalam aku nervous gila sampai kena migraine attack!! Boleh dak wat lawak time2 org kelam-kabut?? 8-} Tapi apapun, alhamdulillah time discussion tu ok jer. Siap wat2 lawak lagi ngan Mr Sek =)) Pastuh, dia siap tanya pulak camana aku pi Beijing hari tu..hehehe.. Pasal keja lak, aku demo kat dia sistem yang aku buat & dia kata interesting..hohoho..terharunyaa aku.. Then dia harap aku dpt bawak balik report pasal sistem tu time present kat mmu nanti. Pastuh, dia tanya aku pasal facility kat sini, so aku pun terus-terang. Dia pulak cerita kat aku yg trainee kat telekom kb pun tak cukup facility & ada kena wat keja tak kena ngan IT gak. Serius aku gezut gak.. Ingatkan telekom memang totally it aar, rupanya tak. Tapi tu ler, kat mana2 pun tak dak yg 100% keja it tul dak? ;-) Nasib baik Mr Sek memahami sehh..dia cakap aku leh gak wat keja lain, janji fokus aku lebih pada keja ada kaitan ngan IT. So aku ambik kesempatan ni nak ucap thank u bebanyak kat Mr. Sek & Encik Azhar pasal discussion hari tu.

Ok, tu jer utk hari ni. Jap gi ada member2 ayah aku nak mai umah.. Ciowsss!!!!