Archive for October, 2005

Ketabahan Mendamai Keresahan…

Sunday, October 30th, 2005

A’kum & Halluu semua…

Tengah hari tadi, aku dikejutkan dgn sms dari sorang best friend aku time skolah dulu. Dia bgtau yg mak dia kena kanser usus & ada brapa bulan lagi untuk hidup. Tersentak jugak aku. Cepatnya Allah boleh mengubah nasib seseorang itu… Mak dia masuk hospital minggu lepas, at the same time member aku ni tgh byk prob ngan life dia including friends, study & love. Kesian gak aku kat dia sebab bertubi-tubi dugaan dia kena hadapi. Tadi dia inform aku yg mak dia tak tahu pasal kanser tu.. Member aku tak sampai hati nak terus-terang sebab tak nak mak dia sedih… Aku ingat lagi satu sms dia hantar kat aku siang tadi : ‘Wan, doktor cakap mak aku kena kanser usus. Aku tak tau nak wat apa. Aku tak nak dia mati… Aku sayang kat dia… tolong aku Wan! Aku tensen sgt…’

Honestly, aku tergamam. Tapi pastuh aku reply kat dia suruh dia byk bersabar.. Bila pikir2, mungkin untuk aku atau kita semua hanya sekadar dapat nasihat dia utk tabah, cekal, jgn sedih sgt, be strong and etc. Tapi cuba kita pk kalau kita jadi dia. Bayangkan benda ni jadi kat famili kita… What should we do?? Aku rasa kalau aku dok kat Kulim, aku dah lama pegi jumpa member aku tu & peluk dia, comfort dia suruh bersabar… Kita mungkin hanya boleh tumpang bersedih.. tapi yang menanggungnya member aku & famili dia. Apapun, kita terpaksa redha sbb sbg insan biasa makhluk ciptaan Allah ni, kita hanya mampu setakat tu saja. Tapi, tak boleh putus asa. Macammana skalipun kena think positive. Persoalannya, mampukah kita harungi semua ni? Bersediakah kita? As we all know, TRUTH hurts…tapi tulah yg kita semua akan hadapi…

So, bila benda mcm ni jadi aku rasa yg kita tak patut pk pasal masalah identiti, org tak paham kita, hidup kita tak mcm org lain & yg ntah apa2 ni. Sebab byk lagi problem yg lebih besar & sakit mcm kawan aku tgh hadapi skrang. Aku rasa berita ni pun boleh jadi pedoman bukan setakat utk aku, tapi kita semua. Lupakanlah sekejap masalah jiwa yg kita ada ni. Cuba bayangkan keadaan member aku skrang ni & dengan keadaan mak dia yg masih tak tahu dia ada kanser. Think about it! Mungkin hal ni boleh jadi ubat utk semua masalah kita…

Kosong? Is it the right word? :-\

Sunday, October 30th, 2005

A’kum & Hello to all!!! Sedar tak sedar tinggal 4 hari lagi kita nak raya. Patutnya time2 cam ni semangat nak raya makin membara, malangnya aku tertanya-tanya. Kenapa tetiba jer aku terasa kosong? :-? Bukan hari ni jer, malah sebelum2 ni pun sama…Hohohoho… Bila renung2kan balik, ntah mana ler silapnya ntah. Tapi pk punya pk balik, semua dtg dari diri sendiri jugak. Kalo stori kat org lain pun pusing2 diri sendiri gak akan disalahkan tul dak?? So, sampai satu tahap tu aku sendiri dah tak kenal diri sendiri.. Wallaaa…berat jer bunyi nyer kan?? Agaknya aku gersang kot, yerlaa ada pakwe dok jauh pulak. 5 bulan tak jumpa. Kalau ada anak pun mesti dah nak merangkak dah..hahahah… Gila ker apa aku ni?? Desperate? Iyer kot… Aku desperatekan hidup aku yg aku tinggalkan 6 bulan lepas. Huwarrghhh!!! Kenapa? Kenapa? Dulu aku jarang sgt rasa regret ngan hidup aku tapi sejak akhir2 ni naper terasa nak ambik Prozac jer hah?? Treatment migrain aku secara phisically better from time to time. Tapi mentally? Aku rasa it’s getting worse. Depress? That’s the right word. Ntahler, kalau leh start balik hidup ni nak jer aku mula hidup aku kat satu tempat yg semua org tak pernah kenal aku. Perfectionist? Yeah bebeh, aku perfectionist, bukan utk diri sendiri tapi aku nak keadaan tu yg perfect. Hohoho…keterlaluankah aku?? Banyak sgt berpk? Iyerkot… sampaikan doktor aku pun nasihat aku suruh ubah cara pemikiran aku.. Contohnya, kalau ada org pintas keta kita jgn dimaki, tapi senyum jer.. Bulehkah aku berbuat demikian??? 8-} Terasa tu bukan diri aku pulak. Agaknya konflik identiti aku tak habis lagi… Setahu aku masalah indentiti kalo ikut psikologi time adolescence, between 16-21. Aku ingatkan bila dah masuk 21 ni dah kenaller diri sendiri, rupanya belum lagi… Why oh why oh why????

Rindu? Yeah bebeh!! Aku rindu kat hidup aku zaman dulu2. Aku memang SANGAT attached ngan masa silam aku. Tolong jgn pertikaikan… Rindu kat zaman budak2 aku dulu, rindu kat rumah lama, rindu kat member2 skool, rindu kat crush2 zaman jahiliyah dulu…ahakss.. :-p boleh tak??? Sebabkan rindu itulah aku circular dlm lingkaran hidup yg sama… Rindu kat geng2 aku dari sekolah sampailaa skrang ni.. Susahnya nak move on bila hidup kita ni terlalu attached ngan kisah silam… Takut? Memang aku takut. Takutkan masa depan. Keterlaluankah aku berangan benda2 yg sedih?? Sakit…memang aku sakit. Aku rasa penyakit aku ni satu jer yg leh sembuhkan. BERCUTI…LONG VACATION…. apa lagi kengkawan?? Jom kita bercuti!!! =)) Cuti-cuti Malaysiaaaaa!!!!!!!!!

.:: Uniknya Ramadhan Bersama Cheekye ::.

Thursday, October 27th, 2005

Uniknya Ramadhan Bersama Cheekye

"Hello girls!!! I’m home!!!" jerit Jimah sebaik membuka pintu. Dia tersengih keriangan. Kedua-dua tangannya memegang plastic bag.

"Hallu!!!" balas Wan, Aida, Yan, Diq, Zurin dan Wanie yang sibuk di dapur. Resepi untuk malam ini - Biskut Mama Carie.

"Korang, tengokler aku beli apa ni!?" ujar Jimah sambil membelek beg-beg plastiknya. Dia tersenyum sorang-sorang.

"Wan, awak pergilah jap. Kot merajuk pulak budak tu," bisik Wanie. Wan terpinga-pinga. Seperti dirasuk, dia ke ruang tamu dan duduk di sebelah Jimah.

"Awak beli apa, Jimah?" soalnya mesra - untuk mengambil hati semata-mata.

"Ni, saya beli hadiah raya untuk korang semua!!" ujar Jimah yang murah hati itu dengan girang.

"Hadiah?!!" semua di dapur terpinga-pinga. Seperti pelesit, Aida, Wanie, Diq dan Zurin bergegas ke ruang tamu. Tiba-tiba sahaja dapur menjadi sunyi. Hanya kedengaran bunyi mesin pemutar memukul telur.

"Sampai hati korang tinggalkan daku seorang di sini…" keluh Yan dengan muka blurnya. Dia terus memecahkan kulit telur dan menuangnya ke dalam adunan. Bagi beliau, tiada apa yang berlaku. Hehehhe…

"Kechik…. Nak hadiah…" kata Aida menggoda. Dia mengukir senyuman penuh maknanya itu.

"Tak bley. It’s mine! All mine!!!" pekik Jimah dengan nada chipmunknya.

"Booo… Jimah kedekut siot!" ujar Diq yang kepanasan. Peluh wanitanya menitis.

"Apaler ko Jimah," condemn Zurin pula.

"Ko nak bagi ker tak nak Jimah?" ugut Wanie penuh kekerasan. Ada gaya jadi agen FBI siot…

"Huhuhu… takutnya! Takutnya!" pura-pura Jimah.

"Eh, cepatlah!" gertak Zurin yang tidak sabar.

"Ok, ok. Relax arr… Ni, aku beli kat korang sorang satu… Tadaaaa!!!" Jimah buat surprise intro. Dia membuka sebuah kotak berisi balang-balang kecil.

"Waaaaa….." semua di situ terpegun. Mata masing-masing bersinar gemerlapan.

"The very the cumil!!!" ujar Diq.

"Korang ambiklah sorang satu. Aku bagi ikhlas," kata Jimah.

"Thanks, Jimah!!" ucap mereka sambil memilih balang cute itu masing-masing.

"At last ada gak benda leh aku simpan kerongsang aku," ujar Wan dengan seronoknya.

"It’s very practical you know," promote Jimah.

"Wells, wells…" celah Wanie dengan wajah setujunya.

Zurin bersandar di sofa dan menekan butang di remote control. TV di hadapannya terpasang. Suara Wan Kamaruddin dari NTV7 kedengaran.

Hari ini adalah satu sejarah bagi kebanyakan warga kota di negara kita. Ini berikutan peristiwa kehabisan tiket bagi semua jenis pengangkutan utama sempena musim perayaan ini. Pelik, tapi itulah realitinya! Apa dah jadi dengan kehabisan tiket-tiket ini? Adakah terdapat penyangak tiket yang memanipulasi keadaan ini untuk kepentingan mereka? Jika benar, apa kejadahnya yang telah berlaku??! Kita ke Puduraya untuk keterangan lanjut..

Semua termangu di depan TV, ibarat ada gam melekat mereka di situ. Sunyi dan suram menyelubungi keadaan. Selepas beberapa ketika…

"Korang….." ujar Diq perlahan. Semua mata tertumpu ke arah Diq. "Kita ada 3 minggu lagi nak raya….tapi…." suara Diq makin perlahan.

"Tiket dah habis…." celah Aida, sayu. Sepi.

"That means…." kata Jimah yang tak sanggup mengukir kata-kata seterusnya.

"Kita tak dapat balik kampung…." sambung Zurin, kaget. Masing-masing melihat sesama sendiri.

"HUWARRRGHHHHHHHH!!!!!!!!!!!" jerit mereka sekuat hati. Apartment mereka malam itu seperti dilanda tsunami. Mereka sama-sama berpelukan. Tiba-tiba kedengaran bunyi gelas pecah dari dapur. Suasana kembali sepi. Mereka bergegas ke dapur. Kelihatan Yan sedang berguling-guling di tepi mesin pemutarnya. Dia tidak dapat menerima keadaan.

"Yan! Yan!" semua menjadi cemas. Wan dan Wanie cuba menenangkan Yan.

"Yan, sabar Yan…" pujuk Aida.

"Korang…." ujar Yan, sebak. Suaranya tersekat-sekat. Matanya berkaca. Dia duduk bersila selepas ditarik oleh Wanie.

"Kitorang paham, Yan. Kitorang pun cam awak jugak tak beli tiket. Menyesal tak beli awal…." ujar Wan sambil memegang bahu Yan.

"Bukan…" kata Yan.

"Bukan?!" semua yang lain kehairanan.

"Biskut Mama Carie tak jadi…" ujar Yan sambil menuding ke arah dulang berisi biskut yang masih panas tersebut. Didapati semua bahagian tengah biskut-biskut itu berlubang. Arakian semua kelihatan terpegun melihat biskut-biskut terbabit. Mereka menarik nafas dalam-dalam. Wanie mula terangguk-angguk, diikuti dengan yang lain. Senyuman terukir di wajah mereka. Seraya dengan itu, gelak tawa mengisi keheningan malam. Memang benar, uniknya Ramadhan bersama Cheekye! =))

Sekian.

-Safra CheEkYe-

p/s: Salam kerinduan buat rakan2 CheeKye ku sekalian!!!! Selamat Hari Raya! Maaf Zahir Batin… ;-)

Takziah buat keluarga Perdana Menteri…

Thursday, October 20th, 2005

Assalaamualaikum.. Aku mengambil kesempatan ini utk mengucapkan takziah buat keluarga Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi di atas pemergian isteri beliau yg tercinta, Datin Seri Endon Mahmood pada pukul 7.55 pagi tadi. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh allahyarhamah…

Aku tgk berita tadi, aku dpt tahu yg allahyarhamah sejak balik dari rawatan kat LA keadaan dia makin lemah. Tapi dia masih nak balik M’sia sebab plan nak sambut raya dengan family. Tapi apakan daya, Allah lebih sayangkan dia… Bak kata pepatah, kita hanya mampu merancang Tuhan yang menentukan.. Apapun, kami semua warga Malaysia berharap keluarga Allahyarhamah dapat menerima pemergian beliau dengan tenang…

Al-Fatihah..

Something’s Missing..

Tuesday, October 18th, 2005

A’kum & Hallu… Hari ni dah nak masuk 14 hari kita semua bposa. Cepatnya masa berjalan kan? Dlm 2 minggu lagi dah nak raya pulak. Sedar tak sedar aku tak beli kasut raya lagi…huwarrghhhhh!!!! Ntahler, kekadang aku rasa hidup aku tak organize kat sini. Aku pun pelik, agaknya sebab jasad aku jer kat sini tapi jiwa aku kat tempat lain. Erm…maklumlaa sebelum ni aku 20 tahun membesar kat Kulim. So, kalau aku pindah tempat lain pun jiwa aku masih kat sana… :-(

Why oh why oh why? 1st, Kulim adalah saksi aku jatuh & bangun dgn member2 aku. Aku membesar dgn persekitaran yg mana aku dah biasa dgn member2 aku dari kecik. So, bila aku dah pindah ni, aku rasa lost sebab susah nak cari member2 kat sini yg mcm member2 aku kat sana. Bukan kata aku cerewet, tapi that’s the truth buddy. Memang aku rasa attached kat sana. Honestly, aku rindu gila nak balik sana & hidup cam selalu.

Aku cakap semua ni bukan maknanya aku benci dok kat KB. Tapi memang byk sgt perbezaan antara life kat sini & Kulim. Actually, aku rasa lebih stressed dok kat sini sebabnya maybe cara hidup dah lain. Even mama aku pun cakap berbeza bkerja kat sini sebab ofismet kat sini jenis suka tikam dari belakang. Aku bukan nak kata org kat sini kolot, tapi kalau ikut observation aku, maybe sebab diorang sebelum ni tak merasa hidup dlm enviroment yang berbeza. Orang sini lebih suka hidup dlm kelompok diorang jer, so kalau kuar dari Kelantan pun still bkawan ngan kelompok diorang jugak. Sorry, aku tak bermaksud semua mcm tu tapi kebanyakan yg aku tgk. Maybe aku tak patut cakap cam tu sebab mama aku pun org Kelantan, tapi dia sendiri bgtau aku yg selama 20 tahun kerja kat Kulim, tak pernah dia ada masalah cam kat sini. Bila kita ikhlas nak bkawan & cerita semua kat diorang, diorang ingat nak berlawan. Apa ni???!! So aku conclude minda diorang still tertutup lagi. Contohnya, kalau diorang pegi melancong kat Penang dah nak gebang habis kat semua org, padahal tu baru first time pegi. So bila mama aku cakap dulu time kat Kulim selalu gak pegi Penang, org mula ingat mama nak berlawan, nak tunjuk best. Pastuh mula rasa tergugat..hahhaha..apalaa… =)) Tak guna dengki2 ni, at least belajarlaa terima kekurangan & kelebihan org lain.

Baru2 ni KB disyhtihar sbg Bandaraya Islam, tapi aku tgk KB masih kotor lagi ngan sampah-sarap. So, terpk gak aku wajarkah dengan label Bandaraya Islam tu? Aku dgr desas-desus yg lepas ni diorang nak saman perempuan yg tak pakai tudung. Ya Allah, setahu aku dlm agama Islam sendiri tak paksa org pakai tudung ker tidak. Semua ni kena ikut kerelaan, tul dak? Kalau pakai tudung sebab terpaksa pun tak guna gak kan? Kot ya pun nak buat ikut ajaran Islam secara menyeluruh, tolonglaa kukuhkan yg basic dulu. Politik? Aku tak suka cakap pasal politik. Sebab politik bukan bidang aku & aku pun tak berminat ngan politik ni. ;-)

Satu yang aku bangga ngan KB ni sebab majoriti kat sini org Melayu & bisnes dah jadi satu culture kat sini. Tapi bisnes kat sini hanya setakat leh rolling balik duit yg dapat. Contohnya kat kampung aku ada byk kedai runcit tapi sampai skrang tak der pulak kedai tu jadi makin besar ker etc. Maybe pemikiran org kita jenis mudah terima jer hakikat yg kita dpt without doing something for better living. That’s why education is very important. Sayangnya org Melayu tak nak ubah persepsi pemikiran tu. Kalau tak, dah lama bangsa kita berjaya. So, jomlaa kita ramai2 renungkan balik keadaan diri kita ni berbanding bangsa2 lain yg dah berjaya.. ;-)

FYI, aku tak berniat apa2 yg jahat pun. Cuma yg pasti aku sayang kat bangsa kita, kat negara kita. Saper tak nak tgk bangsa sendiri maju kan? :-) Buat member2 seperjuanganku kat Kulim, I miss u so much & harap2 friendship kita kekal sampai bila2… Aku rasa lepas aku grad nanti cam nak cari keja area2 sana..hehehhe.. So, doa2kan laa utk aku dpt keja kat sana nanti. Aku nak balik ke bentuk asal.. hahahaha =))

Ok, that’s all for now. Ciowsss…. ;-)

7 Things….

Saturday, October 15th, 2005

7 things to do before I die

1. Taubat jugak!!
2. Pegi Umrah/Haji
3. Travel satu dunia
4. Publish novel sendiri
5. Ada empayar sendiri (Safra The Great!) heheheh
6. Ada kereta BMW Mini Cooper

7. Ada company sendiri

7 Things I could do ;)

1. Mengadap pc sehari suntuk esp. main games & internet
2. Stadi non-stop esp. time exam week..hahahah..
3. Tgk tv 6 jam tanpa henti
4. Tgk album & gambar2 lama sambil tersenyum @ tergelak sorang2
5. Buat tawaf kat shopping centre even dah 10 kali pusing kat situ :-p
6. Makan garlic bread tanpa perasaan
7. Sedih & happy dlm satu masa

7 things that attract me to the opposite sex

1. Boleh terima aku seada-adanya
2. Responsible
3. Honest
4. Gentleman
5. Caring
6. Has unique identity
7. Senyuman yg manis..muahahah..

7 things I say most often

1. wallaaaa!!!
2. a aa aaa aaaa….
3. boleh tak???
4. yer ker??
5. uhuk2..
6. marah laa ni!! X-(
7. hohohoho…

7 celebrity crushes

1. Marc Anthony
2. Hugh Grant
3. Colin Firth
4. David Duchovny
5. Anuar Zain
6. Rupert Everett
7. Takashi Sorimachi

7 people I want to do this

1. sapa2 yg rajin…
2. sapa2 yg prihatin…
3. sapa2 yg tak der keja…
4. sapa2 yg tgh boring…
5. sapa2 yg rasa nak wat…
6. sapa2 yg suka wat survey…
7. sapa2 yg terbaca benda ni… :-p

p/s: Thanks Miss Sakura for this survey! ;-)

.:: H a S A d ::.

Friday, October 14th, 2005

A’kum & Hello semua!! Hari ni aku nak stori pasal masalah yang melibatkan hati & jiwa yang tak bersih.. Tak lain tak bukan pasal hasad dengki, satu perasaan yang sebenarnya boleh membunuh akal seseorang tu. Sori, hari ni aku serius sket sebab hal ni dah melibatkan mama aku. So, kalau something tu berkaitan ngan family aku, then something IS seriously wrong somewhere!

Kenapa ngan mama aku? Cerita dia cam ni. Semalam time aku tgh dok tgk tv mama aku pun balik dari keja kul 5 lebih. Dok satu minit abah aku lak balik. So, kitorang gather laa kat family area tempat aku dok tgk tv tu. Then, tetiba mama terbukak cerita pasal masalah dia kat ofis. Dia cakap dia cam dah tak tahan ngan perangai 2 org member seofis dia ni. Senang2 aku kategorikan sorang nama A sorang B. Diorang berdua ni memang kamceng gak ngan mama aku sejak mama aku keja kat sini. Actually, maybe mama aku tak sedar yg dua org ni buat2 baik jer depan dia, belakang wallahualam lah.

Actually, baru2 ni baru mama aku sedar perangai diorang ni yg sebetul-betulnya. Kesnya, diorang berdua ni nak pegi shopping time keja. Pastuh diorang bohong kat mama aku pegi tempat lain. Actually, mama aku tak kesah pun kalau diorang nak pegi shopping tak ajak dia pun, sebab yerlaa kan time keja. Nak jadi cerita, terpecah cerita sebab ada batu api kat ofis tu. Sorilaa, nama terpaksa dirahsiakan. :-p Tapi kelmarin si batu api tu dah kena brainwash ngan sorang lagi staff..heheheh..

Ok, balik pada cerita tadi. Lepas2 mama aku dpt tau, saper tak terasa hati kan?? Kita baik ngan dia, dia tikam belakang pulak. So, start situ mama aku dah tak jadi serapat dulu ngan diorang. Sebenarnya mama aku bukan jenis yg suka sembang2 ntah hapa, mengutuk org kaa etc. Tapi geng2 ni memang suka mengutuk, ibarat kata diorang jer laa yg hebat kat dunia ni. Then, kalau tak suka kat sorang tu memang kutuk habis2an. So pada diorang kalau yang A tak suka, B pun kena tak suka. Maknanya diorang nak mama aku pun cam tu. Boleh dakk??? Masalahnya, mama aku ni suka berkawan ngan semua org. Agaknya yang buat diorang 2 ni bengang sebab mama berkawan ngan musuh ketat diorang sorang ni. Satu lagi, dari apa yg mama aku cerita perangai A ni, dia jenis tak leh tgk org lebih sket dari dia. So, kalau dia tgk org ni pakai lebih sket mula dia gelabah. Isk isk isk…manusia manusia..

Disebabkan mama aku ni jenis yang still nak berbaik ngan geng2 ni, mama aku & staff sorang lg pegilaa beli hadiah utk A sebab A ni nak pegi umrah minggu depan. Tapi yang geramnya si batu api tadi tu pegi pecah cerita. Then, start dari kul 3 sampai habis office hour si A ni tak dtg ofis. So, surelaa mama aku terasa hati. Mentang2 laa si A ni kaya, sampai tak nak terima hadiah yang mama beli. Erm, ntahlaa, betulker kaya?? :-p. Patutnya dah nak pegi umrah kena ler bermaaf-maafan ngan semua org kat ofis. Tapi yg peliknya dia langsung buat tak tahu jer. So, rasanya cam dia pegi umrah ni nak menunjuk jer, wallahualam. Aku doakan dia dpt petunjuk & hidayah dari Allah kat sana nanti..

Skrang ni, mama aku dah wat keputusan nak wat hal dia sorang2 jer. Minggu depan disebabkan A tak der, so B skrang dah gelabah. Maklumlaa tempat bergantung tak der..hehehhe.. Aku jadi geram bukan aper, sebab mama jarang menangis tetiba semalam dia menangis. Nasib baik mama still kuat semangat lagi. ;-) May Allah gives u strength..

Oklaa, tu jer utk hari ni. So nasihat aku hari ni kita tak payahlaa nak berdengki ngan sapa2. Kalau berdengki utk kebaikan tak per, tapi kalau merosakkan jiwa & akal ni lupakan jer laa. Pada aku semua manusia sama saja, lebih & kurang tu ketentuan Allah. Maybe kita kurang dari segi cam ni, tapi dari segi lain kita lebih. So, please think outside the box. Takder faedah pun sakit2 hati dengki ngan org ni. Tul dak?? Tu ler aku pk makin kita dewasa sebenarnya kita makin jadi childish. Budak2 pun tak cam kita ni, diorang berkawan jer tak kira taraf, bangsa, agama, tapi kita? So renung-renungkanlah… Semoga cerita tadi memberi pengajaran kat kita semua… ;-) Ciowsss…

p/s: Tahniah buat ayahanda tercinta kerana di’confirm’kan menjadi Pengetua MRSM Pengkalan Chepa lepas raya ni..hehehe..Mintak2 tak der laa yg berdengki ngan dia pulak.. ;-)

Bermimpikah aku?? :-p

Thursday, October 13th, 2005

A’kum & Alohaaa!!! Alhamdulillah semalam selesai gak presentation aku. Walla, aku org first present semalam sehhh… :-p Time tu Mr Surya tak dtg lagi, so present dpn Mr Sek & Mr Ravi jer. Aku rasa smlm aku dah jadi cam kartun cakap laju gila nak kejar 10 minit ngan 22 slides.. =)) Then, lepas habis tu aku bergegas ke EP nak booking umah..heheheh.. Cari punya cari akhirnya dpt ler umah seketul, kat blok B gak.. :) aku tgk semalam osmet aku majoriti budak junior..hehehe..tak kesah ler, aku cam biasa suka wat hal sendiri jer.. ;-) Aku kan senior yg berhemah..hahahahah…

Mimpi?? Serius rasa cam mimpi.. Skrang pun rasa sleepy lagi..Hohoho… Dlm masa 2 hari ni, habis segala jenis kenderaan aku naik. Mula2 flight, pas tuh bas, komuter, bas xpres, teksi. Then barulaa sampai Mlk. Time nak balik lak, rewind jer balik..hehehheh.. Manalaa aku tak rasa cam mimpi.. =)) Ibarat hidup aku ni dlm tape recorder, pas tuh kena rewind..kekekek.. Time dlm bas lak, dgr lagu Mimpi-Daniel M’sian Idol 2. Memang kena sgt ler ngan jiwa aku time tu.. Tapi actually aku lebih suka dgr version Nita lagi.. ;-) Bergetar gitu…

Cakap pasal bergetar ni, teringat pasal versi Negaraku yg jadi isu baru2 ni. Ada yg cakap versi lama lebih bergetar & wat org bersemangat.. Aku tak kesah pun, tapi ada hari tu aku try nyanyi lagu Negaraku versi lama. Memang serius bulu roma aku meremang seehhh…  Agaknya aku dah lama tak nyanyi kot…heheheh… Apapun, tak kesahlaa rentak lagu moderato ker vivace ker, janji aku tetap SAYANG Malaysia yang permai ni… ;-) I’m proud to be Malaysian!!!!

Well, that’s all bebeh. Till next time… Daaaaa!!! Ciowssss…

Thank U to All!!! ;-)

Monday, October 10th, 2005

Assalaamualaikum & Hello semuaa!! Firstly, aku nak ucapkan thank u banyak2 pada member2 aku yg wish happy 21st bday, tak kiralaa awal ataupun tepat..hehehhe.. Aku sgt2 terharu, maklumlaa bila berjauhan cam ni mulaler rasa emo sket..heheheh.. :-p Bila dah masuk umur 21 ni, rasa cam tak percaya pun ada gak. Yerlaa, rasa cam budak2 jer lagi..ahakss!! =)) Apapun, thanks kat member2 yg menerima aku join The 21st-year-old Club…ahhahaha…

Oklaa, aku tak nak merapu banyak2 mlm ni. Aku sebenarnya tgh gabra ni sbb 12hb presentation aku.. Huwarrghhh!!! Mengapa Mr. Sek begitu kejam?? =(( Huhuhu… Menyeksa aku time bulan2 posa ni… Bendanya present 10 minit jer, tapi nak menyampai kat sana tu paham2 sendiri ler… So, esok pagi aku berangkat ke Mlk. Cam besa, aku ditemani ayahanda aku selaku bodyguard aku..hehehehe.. Flight esok kul 9 pagi. Then, balik KB 12hb malam, kul 8.20.. Hohoho…berbuka posa kat KLIA laa nampaknya… Sahur lak nasib baik City Bayview sediakan.. Thanks bebeh!! ;-)

Well, that’s all. Please wish me luck okeh!! Semoga aku tak tergagap time present nanti..ehhehehe… Ciowssss!!!! ;-)

My Happy Ending ;-)

Thursday, October 6th, 2005

A’kum & Hallu semuaa… Hari ni secara rasminya aku telah bebas dari industrial training aku selama 4 bulan ni…yeah yeahh!!! \:D/ Apapun, hari ni macam2 perasaan bercampur-baur dlm hati aku ni (walla ayattt…tak tahan… :-p). Ntahler, aku happy sebab dah habis.. Tapi sedih pulak bila berpisah ngan member2 aku kat sini cam kak Aini ngan Yana..huhuhu… Even kitorang baru jer kenal, tapi rasa cam mesra pulak. :-/ Maybe sebab kitorang sebaya kot.. Apapun, yg paling aku rasa tak boleh lupa suara En. Azhar yg selalu panggil aku kalau ada masalah..ahahahahah =)) Ibarat kata, org dah chop aku secretary dia..hehehe.. Tak habis2 ngan kontroversi.. Tak per, janji semua tu dah tamat.. Skrang aku nak go on ngan hidup lama aku cam biasa..muahahahha.. I DID feel of losing myself here… Hopefully aku dpt jumpa identiti aku balik…hohohoho… 8-}

Mistaken identity? Yer kot… :-p Cam biasalaa teringat masa awal2 aku start training dulu. Time tu well well well, mestiler ramai yg ingat aku ni budak yg baik.. kalau bahasa kelantannya ‘jurus’..heheheh… Tapi cam besalaa aku ni kan pemberontak nombor satu m’sia.. :-p Mula2 maybe leh tahan, tapi kalau makin kronik saper tak tensen kan?? Time aku kuar makan ramai2 baru2 ni, barulaa aku start tunjuk diri aku sebenar. Hehhehe…yerlaa org dok ingat aku ni serius, tak leh melawak etc, tapi last baru diorang tahu tahap kebengongan aku ni…wakakakak…korang semua tertipu selama ni.. =)) Tu lah kan, pk2 balik aku ni susahnyaaaaaaaaaaaaa nak berubah.. Huwarrghhhh!!! Rasa cam payah jer nak jadi budak baik ni…  Macam2 style dah aku try, tapi tak leh gak.. I wonder why… Agaknya ego & keras kepala aku ni melampaui tahap normal kot… Erm, anyway aku harap member2 & org2 yg aku sayang dpt terima aku seada-adanya… Kan kan kan??? ;-)

Oklaa, tu jer utk hari ni. Aku tak pegi terawih mlm ni. Cam penat semacam jer… Agaknya hari ni aku byk naik turun tangga kat ofis. Pagi tadi awal2 kena bg ucapan kat ofis, pastuh bagi briefing kat staff pasal sistem fail yg aku wat, pastu jadi juruaudit & akauntan lak dok kira borang UPIM…huhuhuhu… Mentang2 aku last day, korang perah aku sampai ke titisan terakhir yerr… :-p Anyway, thank u kat MARA sebab bagi hadiah kat aku, dpt sejadah baru utk raya ni..hehehe.. Pastu En. Azhar bagi aku pen MARA… Nasib baik cun, kalo tak siap..Wakakakak =))

Oklaa, nak mandi dulu… ciowssss!!!!! Ops, one more thing. Selamat Bercuti buat warga MMU yang dah habis final xm… ;-) Cuti cuti jugak, posa jgn lupaa… Yeeehaaaa!!!