Archive for November, 2005

Aku, Hang Tuah, Kampung Jawa, Jonker dan Zathura.. :-p

Monday, November 28th, 2005

A’kum & Hi…

Hehhehe…Lupa nak stori pasal benda best ni. :-p Actually hari Jumaat lepas, aku telah bercadang nak teman Kak Su pegi Bank Rakyat kat area Hang Tuah. So lepas plan2 Kak Su decide nak dtg umah aku format laptop dulu baru pegi bank. Sblm tu aku ada tanya Yan kalo2 dia nak join skali. So, dia pun agree laa & kitorang pun mulakan ler journey kitorang ni pada pukul 2… ;-) Sebelum memulakan perjalanan, Yan pegi buat alignment dulu kat workshop dkt petronas. Aku & Kak Su pulak telah mengambil kesempatan membeli vcd & dvd..heheheh… Belum apa2 lagi dah shopping.. =))

First terminal kitorang is Jonker Walk. Kenapa Jonker? Sebab perut aku belum diisi dengan zat2 karbohidrat, maka aku pun bg cadangan kat Yan utk makan kat Jonker. Sebab satu lagi nak kenalkan Kak Su ngan kedai makan Baba Nyonya kat situ..heheheh… So, makanan utk hari itu ialah Baba Chicken Laksa. Memang sedap & kuah dia perghhh…. Ada uummphh laa! :-p First time gak aku sgt bersemangat utk makan mi yg berbentuk kuah ni. Kalau sebelum ni, memang agak payahlaa nak tgk aku mkn benda2 cam ni (kalau korang perasan ler… :-p) Then lepas makan2 tu kitorang bertiga jalan2 kat kedai2 jual baju kat situ. Mula2 tgk cheongsam, pastuh tgk blouse, beg dan mcm2 lagi laa. Actually saja cuci2 mata jer & survey harga. Maybe leh ler beli next time.. ;-)

Pastu, kitorang pun bergerak pulak ke area jln Hang Tuah. Selepas beberapa kali Yan mengaplikasi ajaran parking time blajar driving dulu, maka beliau pun berjaya laa meloloskan keretanya..heheheh… Selepas beberapa ketika, Kak Su pun pergi ke bank tapi malangnya tak dpt information yg dia nak. Then, plan pulak nak pegi BCB. So kitorang pun berjalan ler ke BCB. Setibanya di pintu BCB, terpampang ler tanda ‘Close’ kat situ. Aduhai…tak der rezeki. Belek2 jam rupanya dah kul 4.15. Patutlaa tutup… Apapun, kitorang decide utk meneruskan journey kitorang.. ;-)

Next terminal kitorang selepas mencungkil niat di hati Yan yg rupa-rupanya nak beli jubah, so Kak Su pun bg laa cadangan ke Kampung Jawa..hehehhe… Lepas byk kali cari parking, akhirnya jumpa jugak walau dah hujung2 jalan. =)) Maka kitorang pun pegilaa survey2 jubah yg Yan nak. Akhirnya Yan jumpalaa satu jubah yg berkenan di hati. Tapi duit dia pulak tak cukup. So, nasib baik tuan kedai tu bg cengkeram lagi. So happynya Yan hari tu.. :-p Kak Su pulak memborong buah2 kat gerai depan kedai tu.

Lepas Kampung Jawa, kitorang pegi pulak ke MP. Plan nak tgk movie PHSM2. Nasib baik bukan Sivakasi..hahahah… =)) Lepas2 sampai MP, tgk schedule PHSM2 baru lepas & next nya kul 8 lebih. Then, baru sedar kat Schedule tu tulis Zathura. Apa lagi kitorang pun belilaa tiket Zathura kul 6. Zathura memang lawak. Tak tahan part Lisa ckp ‘He has gorgeous eyes’..hahahahhaha…. =)) Kalau korang nak tau lagi, pegiler tgk sendiri. Mula2 memang boring gak, tapi lama2 lawak & suspen sehhh… ;-)

Pas habis Zathura, kitorang singgah Mahkota Medical Centre nak semayang. Kitorang nyaris2 lost kat dlm hospital tu..hehehhe… Apapun, kul 8.15 kitorang mula bergerak balik & aku sampai umah dlm pukul 8.40. So, moral utk cerita aku hari ni ialah, berhati2 ketika plan utk kuar bandar. Tak semestinya apa yg kita plan tu takkan jadi LEBIH dari yg kita dah plan… =)) hahahaha…

Ciowssss!!!!

p/s: Jimah, tolong jgn jeles… :-p

.:: Dugaan itu INDAH ::.

Monday, November 28th, 2005

A’kum & Hello semua…

Hidup ini penuh dengan dugaan… Tapi sebenarnya dugaan itu menandakan Allah sedang memberi perhatian kepada kita tatkala kita ditimpa badai. Dan kita sebagai hambaNya perlulah bersabar & menerima setiap ujian yg diberi dengan penuh ketabahan & kecekalan. Mungkin Dia mahu kita sentiasa bersedia untuk sebarang kemungkinan dlm kehidupan ini. Sebenarnya, dugaan itu sangat indah walaupun sakit untuk dihadapi. Indah yg aku maksudkan ialah indah dari segi peningkatan ketahanan kita dlm menghadapi rintangan & cabaran, indah dari segi pembersihan rohani & indah dari segi memupuk sifat bersabar & tawakal. Huhuhu… Macam jawab dlm paper SPM Pendidikan Islam jer.. :-p

Tujuan aku menceritakan semua ini ialah untuk menyedapkan hati aku & orang2 lain yg sedang ditimpa dugaan & ujian dariNya :-p Mungkin dlm konteks kehidupan aku skrang ni, aku ditimpa ujian2 yg berupa teknikal & fizikal. Ini kerana barang2 teknikal aku seperti lampu, printer, ATM card & yg terkini LAPTOP sedang menguji tahap kesabaran aku. Memang aku tercalar, tapi…mungkin masa mereka utk meragam telah tiba setelah 3 tahun lebih mereka berkhidmat kepadaku. Erm…kalau ikut teori Systems Reliability, setiap mesin atau mechanism ada jangka hayatnya yg tersendiri. Mungkin di masa hadapan, aku perlu membuat pengiraan tentang jangka hayat utk setiap barang yg akan aku beli supaya aku dpt bersedia utk apa jua kemungkinan ;-) Mengapa aku sgt skema hari ni? Kerana aku heartless…. :-|

Sekian, terima kasih…

p/s: Aku di Sigma Lab… 1.22 pm…

Bila Malang Lagi…

Thursday, November 24th, 2005

A’kum & Hallu…

Aku tak boleh taip banyak2 sebab keyboard laptop aku lak problem..Gagagaga… 8-} For example, kalau tekan ‘r’ tetiba dia kuar Run. Kalau tekan ‘e’ kuar My Computer. Ibarat cam key Ctrl atau Window tu sentiasa ditekan/enable. So, kesimpulannya esok Kak Su nak tolong format laptop aku ni…Huhuhu… Buat masa ni ok lagi leh type, tapi 10 minit tadi tak leh.. So, aku terpaksa gunakan masa yg ada skrang ni…hehehhe…

Ok, that’s all… Doakanlaa kesejahteraan aku dunia & akhirat… =)) Huwarrghhhh!!!!!!!!!!! =((

p/s: Rasa nak mandi bunga jer…

Bila Malang Berbau… (Part II)

Monday, November 21st, 2005

A’kum & Hello semuaaa!!!

Untuk pengetahuan korang, ini adalah kesinambungan daripada Bila Malang Berbau…. 8-}

Hohohohoho…. Sedihnya diriku ini… Ingat tak pasal printer & stadi lamp aku tu? Selepas dekat 1 week aku hantar printer aku kat Microscan, pagi tadi aku pegilaa tanya khabar printer aku tu. Diorang cakap diorang dah servis & rasa masih leh diselamatkan. Just diorang tak test print jer lagik. So, aku tanya bila leh aku ambik printer aku tu? Diorang cakap try call kul 3 nanti. So kul 3 tadi aku call laa balik. Last2 diorang cakap yg diorang dah try test print tapi still camtu. Conclusionnya, printer head rosak & mestilaa aku kena beli printer baru…HUWARRRGHHHHH!!!!!! =(( Di saat aku tengah keserabutan ni laa dia buat hal. So, bab printer sampai sini dulu.

Skrang, bab stadi lamp..Hahahhahaha…memang memalukan =)) Kan hari tu stadi lamp baru aku tu tak menyala? So, aku pegilaa Tesco balik kononnya nak refund. Tiba2 diorang test dia buat MENYALA laa pulak!! Hahhahah… Apa semua ni?? Tak pasal jer aku rasa nak pitam. Then akak tu cakap maybe plug kat umah aku yg prob. So tak perlaa…Malu? Memang malu yg nak terguling-guling. Balik dari Tesco, aku mulaa laa plan nak beli extension baru. Sampai2 umah try laa lampu yg telah memain-mainkan perasaanku itu dgn extension lama. Jeng jeng jeng!! Dia memang menyala.. So, aku sgt heartless ketika itu. Dlm hatiku berbisiklaa.."Kenapa engkau memainkan perasaanku wahai lampuku??" 8-| Tapi tak perlah, aku kena bersyukur sebab dia menyala jugak… Ok, settle bab lampu.

Skrang bab ATM card…yg ni baru tengah hari tadi punya kes. Semalam kat Mlk Central, sajer laa try nak withdraw duit. 2 kali try dia cakap Card Reader failure & Hardware Failure. So, Jimah cakap kat aku try padam kat chip dia tu sebab dulu dia pun cam tu gak, tapi lepas padam dia ok balik. So balik umah aku trylaa padam sampai bersih chip tu..(bersih ker?? :-p) Maka hari ni dengan penuh harapan aku pegilaa ATM machine kat PS, dua2 mesin tak nak layan. Grrr grrrr….. So, aku pun pegilaa bgtau kat bank & akhirnya aku diberi sehelai borang utk apply card baru..Gagagaga… Dipendekkan cerita, dlm masa seminggu baru leh activate kad aku tu…. Erm..nampak gayanya aku kenalaa belajar balik guna buku bank cam mula2 masuk MMU dulu wat sementara waktu ni…hohohoho… 8-}

Last but not least…Huwarrghhhh!!!! Cik abgku pulak tak jadi turun sini sabtu lepas sebab kena demam campak… Wut a life!!! =((   Bertubi-tubi jer dugaan menimpa aku yg lemah ni… Kenapa ek ‘benda2′ penting dlm hidup aku rosak jer ek?? Hehehhehe… Tapi apa yg pasti, cik abgku bukan printer head & tak perlu ditukarganti.. hahahah =)) Hopefully dia kat kampung CEPATlaa sembuh hendaknya…. Amin….

Oklaa, that’s all for today. Sgt menarik kan cerita aku hari ni? Hehehhe… Till next time… Daaaaa!!!!! ;-)

Takziah buat Emylia & family…

Friday, November 18th, 2005

A’kum & Hello semua…

Aku ambil kesempatan ni nak ucapkan takziah buat Emylia & family atas pemergian ibu tercinta pada pukul 3 lebih pagi tadi… Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya… Amin…

Untuk pengetahuan korang, Emylia laa member yg aku pernah stori mengatakan mak dia kena kanser usus tu. Walaupun doktor predict leh hidup 3 bulan jer lagi tapi nampaknya Allah lebih sayangkan dia… Itulah bila benda nak jadi tetap akan jadi dengan ketentuan Tuhan… Siapa sangka dlm masa sebulan semua benda berubah sekelip mata.. So pada aku benda ni memang byk sgt leh bagi pengajaran kat kita semua…Bayangkan laa hari ni Emylia pulak final exam, cammana dia kena hadapi berita mak dia meninggal ni pulak… Renung2kan lah kalau semua ni jadi kat kita…

So, aku harap kita semua dapat sedekahkan Al-Fatihah & Yassin banyak2 utk mak Emylia. Hopefully dia & famili tabah menjalani ujian Allah yg sgt getir ni.. Oklaa, tu jer utk hari ni.. Al-Fatihah…

Bila Malang Berbau…. 8-}

Tuesday, November 15th, 2005

A’kum & hallu semuaaa….

Hari ni genapler 4 hari aku kat Melaka terchenta ni…huhuhuhu… Arakian sebaik sahaja beta melangkah ke bumi MMU, maka tak putus-putus hendaknya dugaan & ujian menimpa beta… 8-} Bermula dari printer sehinggalah ke lampu studi beta. Begini alkisahnyaaaa…. :-p

Printer S100SP aku ni dah nak masuk 4 tahun aku guna. Tapi sebelum ni memang tak pernah ada problem pun, cuma kengkadang ink jer laa yg problem. So masa training kat KB dulu, aku jarang laa guna printer aku. Agaknya tu laa yg start ada problem. Problem dia bila print kaler dia ok tapi kalau hitam jadi belang2. So, aku pk maybe sebab cartridge ja. So bila dah balik melaka ni aku dengan girangnya belilaa cartridge hitam baru…dengan harapan nak print notes la. Skali tukar2 pun still cam tu gak. Maka aku pun mula laa nak serabut. Then, aku trylaa cuci head printer tu… Mcm2 cara dah aku cuba dari cuci ngan cotton bud, tisu sampailaa ngan air suam. Tapi still cam tu jugak… Then aku trylaa pulak tiup kat lubang atas cartridge tu..manalaa tau kot2 ink tu yg prob. Lepas2 tiup tu memang padanlaa muka aku sebab tak alas kat atas seluar aku, maka tanpa ragu2 lagi ink tu tumpahlaa atas seluar tido baru aku…Huwaarrrghhhh!!!! Kenapa laa aku cerdik sgt ni?? Dan seperti pelesit aku teruslaa rendam seluar aku tu ngan dynamo..hehehhe… Alhamdulillah lepas 1 jam rendam tgk dah tanggal, tinggal sket jer tu pun tak nampak… So, aku rasa sgt terhutang budi dgn dynamo.. HIDUP DYNAMO!!!! =)) =)) =)) Yeah yeah!!! Ok sambung balik. :-p So aku plan nak beli head baru, tapi dua2 kedai komputer tak encourage aku beli sebab mahal satu & better aku beli jer printer baru…Huhuhuhu…tapi aku sgt sayang kat printer aku yg telah berkhidmat ngan aku 3 tahun lebih ni. Bila tanya member2 lain, banyak S100SP diorang rosak tak sampai setahun guna tapi aku ni kira hebat aar…hehehhe…Chewwaahhh…(puji diri sendiri :-p) Maka akhirnya selepas beberapa hari berfikir, aku pun menghantar printerku utk dirawat kat Microscan bawah ni..hehehhe… Hopefully dpt laa printer aku jln balik… Amin…

Tadi pasal printer. Skrang pasal stadi lamp. Semalam aku pegilaa tesco ngan jimah, yan, aida & kak su selepas lama tak hangout sama2. So sampai sana kitorang makan kat Kenny Rogers..hehehe…lama sehh tak makan.. :-p Tapi yang malangnya bila waitress inform muffin tak der, so diorang bg extra side dishes..hohohoho…Sebenarnya nak makan kenny rogers sebab muffin dia tapi tak der rezeki… So, tak perlaa lepas2 makan kitorang shopping kat tesco. Aku dengan seronoknya nak beli stadi lamp aku nak ganti yg lama sebab yg lama dah tak menyala. Then, test2 kat tesco mula2 tak menyala. Tapi lepas dia repair2 sket nyala. Sakit mata aku sebab dia pegi tala kat aku..hahahahah… Then balik2 umah aku pasanglaa lampu baru aku ni dengan harapan dapat menyinari bilik aku ni. Malangnya dia buat tak menyala laaa pulak!!!! Tetiba hati aku ni pulak yg menyala-nyala…AAARHGHHHHH!!!! Dugaan betullaa… So, aku plan nak pegi ke tesco balik jap gi. Kesian kat yan sebab dok ulang-alik hantar aku.. Sori sgt yan…huhuhu…

Apapun, rasa rindu aku kat member2 dah pun lega lepas dpt jumpa balik ngan jimah, yan, aida ngan kak su. Just dyq & wanie jer tak jumpa lagi…huhuhu… I miss u all…hehehhe..Oklaa, aku nak pegi makan dulu ngan jimah.  Till next time…Daaaa… ;-)

If…..

Sunday, November 13th, 2005

If

If you can keep your head when all about you
Are losing theirs and blaming it on you;
If you can trust yourself when all men doubt you,
But make allowance for their doubting too;
If you can wait and not be tired by waiting,
Or being lied about, don’t deal in lies,
Or being hated, don’t give way to hating,
And yet don’t look too good, nor talk too wise:

If you can dream — and not make dreams your master;
If you can think — and not make thoughts your aim;
If you can meet with Triumph and Disaster
And treat those two imposters just the same;
If you can bear to hear the truth you’ve spoken
Twisted by knaves to make a trap for fools,
Or watch the things you gave your life to, broken,
And stoop and build ‘em up with worn-out tools;

If you can make one heap of all your winnings
And risk it on one turn of pitch-and-toss,
And lose, and start again at your beginnings
And never breathe a word about your loss;
If you can force your heart and nerve and sinew
To serve your turn long after they are gone,
And so hold on when there is nothing in you
Except the Will which says to them: "Hold on!"

If you can talk with crowds and keep your virtue,
Or walk with kings — nor lose the common touch,
If neither foes nor loving friends can hurt you,
If all men count with you, but none too much;
If you can fill the unforgiving minute
With sixty seconds’ worth of distance run —
Yours is the Earth and everything that’s in it,
And — which is more — you’ll be a Man, my son!

Written by Rudyard Kipling (1865-1936)

Finally in Malaccaaa… ;-)

Saturday, November 12th, 2005

A’kum & Halluu….

Akhirnya tiba juga aku di bumi Melaka ni… Dan akhirnya juga life aku dlm proses peneutralan…hehehhe… Apapun, time sampai tadi rasa blur jugak sebab 6 bulan aku tak dok kat sini… So rasa kembali cam decent pun ada..hahahah… =))

Oklah, aku tak nak cakap panjang. Rasa penat pun tak habis lagi… :-p Ciowssss!!!

Cahaya Aidilfitri…

Saturday, November 5th, 2005

Selamat Hari Raya Aidilfitri semua!!! \:D/

Hari ni dah masuk hari raya ketiga. Tiga hari jugak aku terperap kat rumah jadi penyambut tetamu…hehehhe… Normal ler tu time hari raya cam ni. Bz ngan cara masing2 tul dak? ;-) Hari ni jer aku dpt kuar pegi beraya, tu pun kejap jer sebab takut ada org dtg umah. Maklumler famili aku bukan style wat open house on certain day jer, tapi tiap kali hari raya memang umah kitorang terbuka sentiasa..hehehhe… Disebabkan kitorang dok kat kampung, so kenaler buat style kampung jugak. Zaman2 dulu mana ader wat open house cam skrang tul dak? ;-) Well, pilihan kat tangan masing2. Janji niat kat hati kita ni… :-D

InsyaAllah hari Khamis ni aku dah nak start berangkat ke Melaka. Tapi kitorang singgah kampung ayah aku kat Kuala Lipis dulu semalam dua. Pas tu baru pegi Melaka. Yeah yeah!!! Nervous gak aku sebab lama tinggalkan Melaka. Pulak ramai muka2 baru kat sana…Huhuhuhu… Sedar2 pulak tinggal 2 trimester lagi nak habis. Huwarrrghhhh!!! Cepatnya masa berlalu… Teringat time hari first aku register kat MMU dulu. Skema badut siottt…hahahahah… =)) Well, tu lah namanya LIFE. Mula2 decent jer, tapi lama2…muahahhahah…. Only God knows WHY and HOW… =))

OKlah, aku tak nak cakap byk2. Once again Selamat Hari Raya Aidilfitri.. Maaf Zahir Batin… Buat member2ku di Melaka, kita berjumpa di sanaaaaa!!!! ;-)

Ciowsss….

Selamat Hari Raya Aidilfitri!!! \:D/

Wednesday, November 2nd, 2005

Assalaamualaikum semua!!!

Saya mengambil kesempatan ini utk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang beragama Islam… Kalau ada salah & silap, saya menyusun 10 jari memohon kemaafan. Diharap sinar Syawal yg bakal menjelma memberi seribu satu makna buat kita semua… Amin…;-)

Once again, Selamat Hari Raya Aidilfitri! Maaf Zahir Batin…

-Safra & family…-