Archive for January, 2006

.:: No Mercy ::.

Sunday, January 29th, 2006

Alhamdulillah aku selamat sampai KB kul 6 pagi tadi.. Tapi kalau korang nak tahu, mcm2 benda aku pikir dlm kepala aku ni… Erm.. Ok, it’s story time!!! :-p

Baik jer aku langkah kuar dari EP kul 6.30, aku pun tunggu laa teksi kat tepi jalan. Dkt setengah jam tunggu, bayang teksi pun tak der. Ada satu teksi tu pulak tak nak pegi ke Mlk Sentral. So dengan hampanya aku pun naiklaa bas Wira sebab dah tak der choice. Time tu pun dah kul 7, bas aku lak kul 8. So, dlm masa tu aku dok keje tgk watch aku jer, dok berkira2 agak2 sempat tak sampai mlk sentral sblm kul 7.30 sebab aku plan nak mkn dulu. Masa dlm bas tu, makin lama makin sesak. Yang drebar bas pulak bawak bas mcm bwk keta F1. Boleh tak dia pegi corner baring masa nak masuk simpang?? So, sebab corner baring tu laa ada satu besi kat tempat letak barang tu cam nak terjatuh & nak terkena kat passenger. Minah ni pun bgtau ler kat konduktor bas, dgn harapan tolong laa alihkan sket besi tu. Bukan niat aper pun. Korang tau dak mamat tu cakap aper?? Dia cakap "Ada org tak puas hati laa, Gut (drebar). Nak wat camana? Ni bukan bas kitorang!! Kalau nak dok selesa, naik teksi laa!!" Kurang ajar dak? Then siap perli2 & maki2.. Aku rasa tujuan minah tu bgtau bukannya nak condemn, tapi nak mintak tolong at least alihkan laa balik besi tu. Serius tak der akal!! X-( Masa dkt2 area Tesco, nak jadi cerita besi tu jatuh. Nasib baik Allah nak selamatkan aku lagi, bayangkan besi tu jatuh sket lagi nak kena kepala aku. Dia jatuh kat kerusi sebelah aku yg ada beg aku. Erm… Aku bersyukur gila2.. Kalau tak, tak sampailaa ke KB nampak gayanya. Aku sampai kat Mlk Sentral kul 7.50 lepas bas tu dok buang masa pegi isi minyak etc. Sabar jer laa… Memang serius aku tak der rezeki nak makan, pas2 sampai aku terus naik bas Budaya & makan jer bun aku beli kat JJ kelmarin.

So, settle pasal Bas Wira. Masa atas bas Budaya pulak, bas aku dua kali berenti rehat. Satu kat Segamat, satu lagi kat area Kerteh. Aku turun bas masa kat Segamat jer, tapi kat Kerteh tak. So, masa kat Kerteh aku stay jer dlm bas. Lepas dlm setengah jam, bas pun gerak balik. 2nd driver cakaplaa kat drebar tu, yg ada sorang lagi tak naik. Korang tau dia balas aper? "Dah dia tak nak naik, biar dia laa…" selamber badak dia jer buat assumption sendiri.. Serius aku tergamam. Naper hari ni aku jumpa org takder hati perut jer ek… Cuba bayangkan kalau org yg dia tinggal tu pakcik/makcik tua, aper perasaan dia bila nak balik jauh2 tapi tgk kena tinggal buta camtu jer??? Seriyes aku bengang gila!!! Kalau bas mlk-kl ker buleh laa berkira kan. Ni Mlk-KB dohhh!!! Bodoh aar… Pastu cuba pk pasal beg2 & brg2 dia yg ada atas bas tu camana? Sakit hati tak? Kita tak tau yg ntah2 org yg tak sempat naik tu pegi toilet ker, semayang ker.. Yg drebar pun tak nak inform nak berenti berapa lama.. Memang dasar &*^^%$%^^^*& aarrr!!!! X-(

Hari tu Aida pernah cita kat aku yg ada student pompuan ni ada kes gak kat bas Budaya. Kesnya, kat bus station masa tu dia nak turun jap tapi inform laa kawan dia. Yang kawan dia ni pulak jenis blur, sampai bas dah gerak last2 baru dia bgtau kat drebar. Drebar tu buat derk jer.. So, yang minah ni terkejut laa tgk bas dah gerak & nasib baik member2 dia yg tolong hantar ke bus stand tolong kejar bas tu. Bila dah dkt bas tu, diorang suruh laa bas tu berenti tapi bas tu buat tak tau jer. Sampai dekat2 Alor Gajah baru dpt naik. Tu pun sampai minah tu ketuk2 pintu bas & nangis2.. Bukannya dia sengaja laa… Ermm.. Naperlaa drebar2 bas ni kejam sgt?? Silap2 haribulan kalau diorang terus wat cam ni, tak pasal laa org report. Time tu nanti barulaa tergadah, salahkan org tu, salahkan org ni.. :-/ Dah fitrah manusia kot..

p/s: Aku terfikir naper org Malaysia makin lama makin tak prihatin? Ini ker attitude the true Malaysians? Depan foreigner pijak semut tak mati, tapi sesama sendiri guna konsep ‘Ko hal ko, aku hal aku’.. Why?

Chasing Liberty vs First Daughter

Friday, January 27th, 2006

A’kum & Hallu…

Korang dah tgk cite Chasing Liberty & First Daughter? Aku sepanjang cuti ni, dok keje tgk vcd & wat report. Oleh sebab idea aku utk wat report dah kering, so aku pun mengisi kekosongan dgn menonton vcd yg dipinjam dari Kak Su…hehehe.. ;-) (Thanks Kak Su!)

FYI, selain dari menggilakan diri aku dgn menonton LOTR utk keberapa kalinya, aku jugak sgt suka dgn stori2 yg berunsurkan romantic comedy.. ;-) Kenapa? Sebab aku suka laa…! Kalau aku tak suka buat per buang masa tul dak? Oopss…sori teremo.. Kepalaku tak beberapa stabil hari ni… Harap dimaafkan.. :-)

Cubaan suara… Ok, Chasing Liberty & First Daughter ni dua2 stori pasal anak presiden US. Bila aku tgk intro dua2 cerita, ada satu persamaan iaitu kamera akan fokus pada dua2 heroin & kemudiannya fokus keluar kepada White House..hehehe.. Bezanya Mandy Moore dlm Chasing Liberty dok bilik lain & wing lain, Katie Holmes (First Daughter) bilik & wing lain.. ;-) Tema utk dua2 cerita ni sama iaitu kongkongan hidup sbg anak presiden & how to break the rules.. Simple kan? ;-)

Utk jalan cerita pulak, ada satu persamaan which is (ini spoiler..kalau tak tgk lagi & tak nak tau, jgn baca!) dua2 diorang ni jatuh cinta ngan secret agent tanpa sedar yg those guys are secret agent ayah dia.. Ermm.. Kesian kan? Bezanya pulak, utk CL keadaan ni jadi masa presiden & family pegi ke europe, FD lak masa Samantha (Katie) masuk college. Satu lagi utk cite CL, kita dah dpt tau masa awal2 cite yang Ben tu secret agent tapi dlm First Daughter, kita tak dpt agak pun yg James tu secret agent jugak… So outcome nya (seperti biasa bg perempuan yg mudah emo :-p), mestilaa Anna (Mandy) ngan Samantha bengang lepas dpt tahu cite sebenar… Huhuhuhu… Tapi apapun, korang jgn risau..cam biasa ler cite2 cam ni pelik bebenor laa kalau sad ending tul dak? ;-)

Pada aku dua2 cite ada gaya & kekuatan dia tersendiri… Apa yg aku suka pasal dua2 cite ni is music dia…Huhuhuh… sgt best & mendamaikan.. ;-) Apapun, aku rasa lebih suka cite Chasing Liberty (bukan sebab Ben tu comey :-p) sebab jalan cite dia lebih menarik kalau nak compare ngan First Daughter. Satu lagi aku rasa jln cite FD agak lembab sket berbanding CL. Besides, watching CL makes me feel like touring around europe..hahahah.. =)) Aku kan suka travel2 ni, biarlaa even dlm cite jer… :-p Anyway, tu opinion aku jer.. Kalau korang tak tgk lagi, silalah tgk & buat judgement sendiri okeh? ;-)

Oklaa, tu jer utk hari ni.. Jap gi nak merewang ke JJ ngan Kak Su sebelum berangkat ke KB malam esok… huhuhuh… Till then, daaaa!!! ;-)

Rasional tak? :-/

Wednesday, January 25th, 2006

Hari ni saja jer nak luahkan pendapat lepas2 teringat satu isu yang dibangkitkan masa atas bas dgn Diq hari tu. Dalam tengah melalut tu, tiba-tiba terstori pasal ‘Kepercayaan yang Hilang’ dan ‘Perubahan Personaliti’.. ;-) Kenapa hilang? Kenapa berubah? Well well… Kalau ikut teori aku, bila kepercayaan sudah hilang, maka personaliti pun berubah lah.. Tul dak? Hehehhe… :-p It’s that simple?

Aku? Erm… Aku mengaku aku pernah ubah personaliti aku… Mula2 masa sekolah dulu2, yerlaa zaman kecik2… Bila kita cuba nak fitkan diri dlm satu2 group tu, kita mulaler ubah diri kita ni dengan harapan diterima dlm group tu… Gaya cakap berubah, penampilan berubah, byk lagilah kiranya! :-p Tapi bila kita makin dewasa, rasanya tak wajar kalau kita nak ikut balik cara budak2 kecik tu.. Tak seswaii!! Walla umur pun dah 20-an, takkan tak der identiti sendiri lagi kot?? ;-) Teringat dialog antara aku & diq hari tu:

"Diq, anda kesah ker saya pakai cam ni?" ujarku yang ketika itu memakai blouse & jeans.

"Tak. Selamber laa," jawab Diq.

Kalau nak ikut penampilan, rasanya kitorang tak kawan kot sampai bila2.. Tul dak Diq? Tul dak CheE-Kye? ;-) So, actually friendship tak bermaksud kita perlu berubah untuk wujudkan ukhuwwah.. Friendship yang sejati tak kira taraf, penampilan, personaliti etc. Dlm erti kata lain, kita perlu jadi diri kita sendiri laa.. Tak payah ubah2 personaliti ni, buang karan jer.. :-p Korang sanggup ker beli baju ala2 hiphop semata2 group tu berpakaian cam tu? Zaman sekolah boley laa wat cam tu, tapi kalau time umur cam skrang ni, aku rasa pelik laa jugak kan.. Huhuhuh… What to do? It’s their choices… :-|

p/s: Ur comments? :-D

As You Travel Through Life….

Sunday, January 22nd, 2006

As You Travel Through Life….
By Author Unknown

As you travel through life there are always those times
When decisions just have to be made,
When the choices are hard, and solutions seem scarce,
And the rain seems to soak your parade.

There are some situations where all you can do
Is simply let go and move on,
Gather your courage and choose a direction
That carries you toward a new dawn.

So pack up your troubles and take a step forward -
The process of change can be tough,
But think about all the excitement ahead

There might be adventures you never imagined
Just waiting around the next bend,
And wishes and dreams just about to come true
In ways you can’t yet comprehend!

Perhaps you’ll find friendships that spring from new things
As you challenge your status quo,
And learn there are so many options in life,

Perhaps you’ll go places you never expected
And see things that you’ve never seen,
Or travel to fabulous, faraway worlds
And wonderful spots in between!

Perhaps you’ll find warmth and affection and caring
And somebody special who’s there
To help you stay cantered and listen with interest
To stories and feelings you share.

Perhaps you’ll find comfort in knowing your friends
Are supportive of all that you do,
And believe that whatever decisions you make,
They’ll be the right choices for you.

So keep putting one foot in front of the other,
And taking your life day by day…
There’s a brighter tomorrow that’s just down the road -
Don’t look back! You’re not going that way!

p/s: Credits to Words of Wisdom 4 U! ;-)

.:: Sweet & Sour ::.

Thursday, January 19th, 2006

Aftaraftingkuyup_1

Ahakss… Trip to Sunway Lagoon hari Ahad lepas memang menyeronokkan wa cakap lu… =)) Memang best sgt sebab dapat menjerit puas-puas dan gelak gila2 sampai sakit rahangku.. =)) =)) hahahahha… Anyway, thanks to cik sakura sebab menaja accomodation kami di Shah Alam.. ;-) Walaupun hanya sekejap, tapi kenangan tetap kan terpahat di hati… Hiu…. So sweet… :-D Takkan kulupa detik2 kita menjerit menaiki flume ride akibat tertipu dengan ketenangan ride itu… hahahahha…tenang laa sgt!!! Last2 menjerit dlm gua tu terkejut sebab slides down tiba2… =)) Apapun, memang best gila.. Hilang sakit kepala aku… Walaupun kat dry park, kami tetap kebasahan & kekuyupan akibat tertipu untuk keberapa kali ntah… The very the… =)) Takkan kulupa jeritan2 seperti "Kasut baru aku!!!" mahupun "Tak nak dah…tak nak dah!!" tatkala air mula menunjukkan kekejamannya..hahahahaha… =)) Apapun, hajat untuk merentasi suspension bridge tidak kesampaian akibat hujan mula membasahi Sunway petang itu…huhuhuhu… Maka selepas membasahkan tekak, kami pun meredah hujan nan lebat menuju ke pyramid..hahahhah…. Baru nak kering baju aku, last2 bukan setakat lembap tapi kuyup dengan serta-merta.. =)) Yang bestnya, muka selamber badak jer masuk pyramid & makan kat mc-d. :-p Kalau org tersentuh kitorang mesti terkejut katak sebab basah & sejuk gilosss… =)) hahahahha… Malam tu kitorang bermalam kat umah Cik Sakura & bermulalah sesi fotografi ala2 taliban & diskusi dari hati ke hati daripada anak2 sulung (aku, wanie & diqq) …heheheh… Bak kata Diqq, "Kau hanya mengerti kalau kau menjadi aku…" ;-) Maka terbongkarlah segala kekusutan & rahsia di hati ini…hahahaha… Rupa2nya kita byk sgt persamaan wahai sakura & aurum.. :-p Semoga anak2 sulung terus berjaya membawa self-confident nya yg tinggi di masa hadapan seiring dengan sifat nostalgic yg telah sebati dlm dirinya… heheheh.. ;-) jugak jgn lupa dengan sifat obsesi yang sangat2 penting dlm aktiviti hariannya… :-p ahaks…

Keesokan harinya bermulalah pengembaraan CheeKye ke MidValley untuk menonton Baik Punya Cilok…huhuhu…Thanks so much sebab anda sanggup ke sana semata2 menemani saya menonton Baik Punya Cilok.. I’m touched.. ;-) Sebelum ke GSC, aku sekali lagi telah menularkan obsesi aku dengan membeli buku ‘The Magical Worlds of The LOTR’ di MPH..hahahahha… The very the… Jangan jeles ek… :-p Lepas habis tgk movie, bermulalah sesi perpisahan kami…huhuuhu… Yan & Jimah menghala ke PJ manakala aku, Wanie & Dyqq ke Shah Alam… Sampai kat SACC, Dyqq & aku berpisah dengan Wanie… Then, selepas Dyqq selesai membeli jubah lilacnya, kami ke seksyen 17 utk membeli tiket pulang ke Melaka… Kul 7.30, bas mula bergerak & kami tiba di Melaka kul 9.30.. Tamatlah sudah journey kitorang utk 2 hari itu…. ;-) Kalau nak tgk gambar2 kitorang, silalah rujuk di Fotopages Sakura

Semua kenangan tu memang sweet, tapi yg sournya ialah kitorang semua telah diserang satu penyakit yg sama iaitu sore throat & selsema jugak…hahhahaha… Memang sah tak dpt terima tekanan cam Aben Baik Punya Cilok.. =)) Anyway, nice hanging out with you girlss!!! Hope to have the same experience with u in the future!! ;-) Love ya all!!! ;-D

Dengan berakhirnya ekspedisi kami, maka aku telah mula mengisi masaku di Melaka ini dengan system’s implementation utk FYP aku… Hopefully, semuanya berjalan lancar sebelum aku pulang ke KB 28hb ni… May Allah’s blessings will always be with us… Amin… ;-)

p/s: Miss my family & Fifi sooooo much!! :-(

.:: Kawalan Obsesi ::.

Sunday, January 15th, 2006

Semalam aku habis xm… Kepala ni rasa ringan jer lepas seminggu ditekan-tekan.. Tido pun makin diabaikan… Tido kul 3 pagi, bangun kul 5 pas tuh… Semuanya exam punya pasal… Aku rasa bukan aku sorang jer cam ni, tapi aku sgt yakin korang pun mesti pernah jadi cam aku kan? :-p Biasaler, last minute punya hal.. Masing2 mau tau laa…hahahaha… =))

Anyway, semalam lepas habis xm terus bermula lah plan utk mengenjoykan diri aku ni… Lepas satu, satu aku plan.. Hahhahaha… semalam aku, jimah & yan merewang ke JJ, Plaza Hang Tuah & MP.. Well well life is short, tu yg compile semua dlm satu.. =)) Tul dak?? Yo yo jerr… Kalau bab jalan2, mesti bersungguh-sungguh. Kalau bab stadi?? Erkkk… Kita bincang lain kali lah ek.. :-p Ahaks.. Semalam adalah hari shopping aku. Semalam jugak tercapai gak salah satu cita-cita aku yg telah lama aku pendam 2 tahun ni…Muahahahha… Aper dia? Aku telah membeli ketiga-tiga vcd LOTR Special Extended Edition: Fellowship of The Ring, The Two Towers & Return of The King.. Fanatik tak aku?? Aper nak buat, aku dah addicted.. Addicted dgn Middle Earth yg tak pernah wujud… Hahahhaha… So, kalau wanie dengan kawalan emosinya, aku pulak dengan Kawalan Obsesi. =)) Yak! Yak!

Hari ni lak adalah hari gumbira CheEkYe.. Aku, jimah, diq, yan, zurin & aida telah mengisi masa lapang kami ke Umbai & ‘Taj Mahal’.. =)) (org2 tertentu jer tahu kat mana taj mahal mlk ni) hahahahahahha…. Di sana bermulalah sesi fotografi kami sehingga pukul 1 pagi.. The very the best… Kalaulah wanie ada bersama, maka lengkaplah sudah fellowship of the CheEkYe… ;-) Apapun wanie, esok andai ada jodoh kita berjumpa di Shah Alam hendaknya.. Semoga Sunway Lagoon mahupun Times Square memberi sinar kebahagiaan buat kita…muahahahha… Kalian jgn jeles yer… :-p

~Peace~

Selamat Hari Raya Aidiladha!! ;-)

Tuesday, January 10th, 2006

Assalaamualaikum…

Aku mengambil kesempatan ni utk ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua muslimin & muslimat… Semoga hari raya kali ini dapat mengajar kita erti pengorbanan yang sebenar…

Aku?

Utk kali kedua, aku beraya kat Melaka tercinta ni bersama nota2 serta buku2 kesayangan aku… Huwaarrghhhh!!!! Dulu masa Alpha, aku beraya haji sambil menyiapkan prop utk drama English dulu…hehehhe… So, hopefully aku sambut raya haji tahun depan bersama keluarga tercinta di KB…

Tatkala kalian merasa rendang, lemang atau tapai, aku di sini hanya melantak roti gardenia sahaja…hehehehhe… Ptg tadi baru makan nasi lemak ayam grg jual kat bwh ep ni.. :-p Apapun, yg pasti di mana saja kita beraya, semuanya terletak di hati kita.. Chewwwahhh… =))

Again, Selamat Hari Raya Aidiladha!! ;-)

p/s: Terkenang arwah datukku yg dijemput pulang ke rahmatullah pada hari raya haji kedua 2 tahun lepas… Semoga rohnya dicucuri rahmat.. Al-Fatihah…

.:: Sedutan Dialog Safra-Sakura ::.

Sunday, January 8th, 2006

Yahoo Messenger - 2.00 am

Wanie: awak..
Beta: yer saya
Beta: tgh nak email gambar saya
Beta:
Beta: sudah dihantar!
Wanie: rindu gile ngan korang
Beta:
Beta: saya jugak
Beta: sgt rindu kat zaman dulu
Beta: uhuk2
Beta: saya lagilaa rindu, byk sgt teringat
Beta: tahun ni dah final year kat sini
Beta:
Beta: pas ni ntah bila lak leh jumpa
Wanie: yea yea
Wanie:
Wanie: sudah diterma
Wanie: eh diterima
Wanie:
Wanie: sgt kan..
Wanie: uhuk2 dh tua dah kita..
Wanie: bukan awak jek
Wanie: sy pun
Wanie:
Wanie: tuh laa..
Beta: huhuhuhuh
Wanie: hopefully our friendship sampai bila2 eh..
Wanie: awk jgn lupakan sy tau..
Wanie:
Beta: times had passed very fast
Beta: insyaAllah
Beta: saya kalau bab2 kawan ni memang saya ingat sampai mati
Beta: sampai skrang saya leh ingat nama2 klasmet saya masa darjah 1 dulu sampai skrang
Beta: pulak kita kan kawan rapat, lagilaa saya ingat
Beta:
Beta: don’t worry
Beta: you’ll always be in my heart…
Beta: & mind…
Wanie: 你好可愛耶!
Wanie: owwh..so sweet..
Beta: 一定要幸福喔!
Beta: heheheh
Beta: dah tgk gambar saya?
Wanie: sedang2
Beta:
Beta: ihikss
Wanie: hehe..kejap je dh nak grad kan..
Wanie: nnt awk convo sy wajib dtg
Wanie:
Wanie: best lah..tumpang graduation member..
Beta: hehehhe
Beta: thank u bebeh
Beta: tgh risau gak ni
Beta: semangat jer tangkap gambar kat sigma
Beta: jgn wat tak grad dah
Beta: malu sehhhh
Beta:
Wanie: hehehe
Wanie: nnt jgn lupa wat girls party sblm grad tuh
Wanie:
Wanie:
Wanie: aishh..insyaAllah
Wanie: yakin bulehss!!!
Wanie:
Beta: tu ler
Beta: tgh plan gak
Beta: kot2 kita leh melaram pegi hotel ker
Wanie: hahah..
Wanie: nnt tahun 2007 awk gi graduation sy lak
Wanie: arghh..cepatnye masa jalan..
Beta: insyaAllah bebeh!
Beta: tu ler
Beta: the very the
Wanie: hahaha buleh2..
Wanie:
Wanie: the very the..
Wanie: hahaha..
Beta: hahahhaha
Beta: teringat lagi masa mula2 kita kenal
Beta: paling saya nak tergelak masa mula2 kenal jimah
Beta:
Wanie: ish..dh lama tak merepek makan kerepek ngan korang..
Wanie: tau tak..sy duk sini mcm sume bende citer ngan dinding
Wanie:
Beta: tu ler
Beta: teringat masa ngan jimah mula2 dulu
Beta: dia kan register lambat
Wanie: hahaha
Wanie: tuh laa..
Wanie: bagus betul2
Wanie: masing bangga diri tuh tak hingat
Wanie: berlagak best lah
Wanie: heheh ape kes ngan gmah
Wanie: haa then2
Beta: so saya bukak2 pintu bilik hostel tgk dia tercegat
Beta: kami sama2 terkujat
Wanie:
Beta: then saya tanya rumet ker?
Beta: dia jawab ha ah
Beta: tapi ayat yang paling saya tak leh lupa ialah
Beta: "Awak…sori laa, boleh saya duk kat katil bawah, awak kat atas?"
Beta: muka dia innocent gilaaaaaaaaaa
Beta:
Beta: saya pun tak sampai hati nak jawab ‘tak nak’
Wanie:
Wanie: hahahaha
Wanie: lawok2..
Wanie: sy ngan diqq plak
Wanie: kenal memula masa tepi kedai rsu
Wanie: diqq sesat jln..
Beta: owhhh
Beta: hahahhaha
Beta: lagi2?
Wanie: then masa tuh sy jalan2 ngan akak2 lain..
Wanie: dia tanya jalan
Wanie: sy dlm hati…kerek gak minah nih..
Wanie: rupanya..dia pun kata sy kerek
Wanie: hahaha last2
Wanie: amik ko
Beta: hahahahahhh
Beta: lawak dohhhhhhhhhhhhhh
Beta: 呵…哈哈哈!(倒頭大笑)
Wanie:
Beta: saya lak masa mula2 kenal diq masa dlm lif
Beta: saya & jimah masuk lif
Beta: then, diq tanya
Beta: ‘awak pakai issey miyake ker?’
Beta: jimah pun cakap yer
Beta: saya pun blur time tu
Wanie: tp..tak sangka kita dipertemukan..
Wanie: hahaha dh laa
Wanie: masa memula kenal korang..
Wanie: igtkan budak2 mana laa abg azwan angkut nih
Wanie:
Beta: kuar2 life siap kutuk kata ‘apa kes akak tu tanya perfume tu’
Wanie: hahahah
Wanie: tuh aa
Wanie: perkenalan kita mula dengan kutuk mengutuk..
Beta: tu ler pasal
Wanie: and at last..kita dh tau the true colurs masing2
Beta: ha ah
Wanie:
Beta: biasaler org cakap dari lawan jadi kawan
Beta: tul dak?
Beta: hihihih
Wanie: at least..kita tak hipokrit masa memula kenal..
Wanie: we are what we are

***Tamat***

.:: Song For My Best Friends, ChEekYe.. ::.

Sunday, January 8th, 2006

Best In Me - Blue

From the moment I met you I just knew you’d be mine
You touched my hand
And I knew that this was gonna be our time
I don’t ever wanna lose this feeling
I don’t wanna spend a moment apart

[Chorus:]
‘Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That’s why I’m by your side, and that’s why I love you

Every day that I’m here with you
I know that it feels right
And I’ve just got to be near you every day and every night
And you know that we belong together
It just had to be you and me

‘Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That’s why I’m by your side, and that’s why I love you

And you know that we belong together, It just had to be you and me

‘Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That’s why I’m by your side
‘Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That’s why I’m by your side, and that’s why I love you
‘Cos you bring out the best in me, like no-one else can do
That’s why I’m by your side, and that’s why I love you

p/s: Thanks for all beautiful & precious moments we spent together.. Aku tak tau naper aku rasa sgt sayang kat korang semua… =(( Maafkan aku sebab byk buat salah kat korang….

Perasaan itu datang lagi… =))

Friday, January 6th, 2006

Hahahhahah…. Beta sangat musykil dengan perasaan beta pada hari ini… 8-} Di awal2 pagi, perasaan beta sangat gembira kerna presentation fyp beta berjalan lancar. Sangat baik hendaknya kedua-dua panel & supervisor beta. Sangat kagum beta. :-p Maka pagi tadi juga diturunkan hujan rahmat… Beta yang daripada lapar terus terasa kekenyangan… Rasa melayang-layang jer.. Hehheheh… Alhamdulillah…

Tapi….

Tatkala petang menjelma, hati beta gunda-gulana kerana risaukan programming esemen Crypto. Maka itu juga, program tidak dapat di’run’. Maka presentation juga kelihatan seperti $h*T. Ermm…. Arakian sakit kepala beta menyerang lagi… Perasaan beta adalah seperti ditumbuk oleh tukul besi.. Huwaarrghhhhh!!!! Beta sgt kaget… :-|

Tapi….

Apa yang pasti….

Walaupun final xm sudah hampir menonjolkan diri, beta masih tak dapat hilangkan satu perasaan ini… Perasaan itu sgt unik, tulus dan lain dari yang lain… Ermmm…

Beta pun tak paham…

Kenapa perasaan itu suka hadir tatkala ada byk lagi perkara2 penting yang perlu beta settlekan….

Kenapa yaa?

Ini semua sebab beta menggatalkan diri menonton LOTR ROTK extended edition yang dicilop dari vcd yan hari tu…

Huwaaarrghhhh!!! Kan tak pasal jer aku gila balik kat relationship faramir & eowyn.. Tak pasal jugak marah aku kat Peter Jackson dtg balik sebab cut wedding scene diorang… Dan tak pasal jugak aku addicted nak cari info pasal eowyn & faramir dan juga membaca fanfiction pasal diorang…hahahahha… 8-)) Orang lain baca notes nak exam, aku pi baca fanfiction pulak… :-p

Salahkah aku? :-|

Atau salah perasaan itu??

Ermmm……

p/s: Saya sangat teringin nak pegi Emyn-Arnen kat Middle Earth… :-p Ada sesapa nak teman? Ahaks…