Archive for February, 2006

All about 4! :-p

Monday, February 27th, 2006

4 jobs I have in life:
1) student MMU yg berhemah.. :-p
2) x-student Badlishah & Convent yg bertatasusila =))
3) anak sulung yg berdedikasi.. (dedikasi laa sgt… :-p)
4) penganalisis berjaya..muahahha…

4 movies I can watch over & over:
1) LOTR trilogy
2) Notting Hill
3) Down With Love
4) Baik Punya Cilok

4 TV shows I love to watch:
1) The X-Files (4ever & ever!!!)
2) Casa Impian..ihiks… :-p
3) CSI
4) apa2 yg best kat channel Disc. Travel & Living, National Geographic & Disc. Channel

4 places I’ve been on vacation:
1) Batu Ferringhi, Penang
2) Cameron Highland
3) Beijing
4) Hatyai

4 of my favourite food:
1) pizza….yeah yeah!!
2) garlic bread…nyumnyum… :-p
3) my mom’s cooking! ;-)
4) fried chicken (KFC? SFC? semua aku blasah!! :-p)

4 websites I visit daily:
1) Yahoo! Mail
2) Mail.com

3) Friendster

4) Utusan M’sia

* tambah MMU satu lagik! ;-)


4 victims to do this tag:
1) sakura jugak kot..hahaha..

2) jimah jua…lalalalal…

3) yan…(kalau anda membaca entry ini :-p)

4) zurin tak nak wat ker? ;-)

Perluker puitis?

Sunday, February 26th, 2006

Skrang ni tgh kecoh bab kredibiliti lagu Gemilang yg menang AJL baru-baru ni. Ada org cakap lagu Gemilang tak layak sebab lirik dia tak capai standard yg sepatutnya atau kata simplenya tak bermutu. Sebab lirik lagu tu tak cukup puitis. Minggu lepas Loloq luah perasaan yg dia rasa Gemilang tak layak menang & pertikai whether istilah ‘lagu terbaik’ tu based on melodi semata2 atau lirik pun considered skali. Kalau korang nak baca lebih lanjut apa yg Loloq cakap, klik sini.

Hari ni pulak Asmin Mudin, penulis lirik lagu Gemilang pulak bersuara. Tapi dari artikel yg aku baca, tak der unsur2 bertikam lidah secara serius kat sini. Asmin Mudin cakap ‘Lirik bukan sekadar estetika atau mainan bahasa tapi lebih dari itu’. Aku rasa aku paham apa yg AM nak sampaikan. IMHO lah, AM bukanlah org 100% seni dan kerja dlm bidang seni pun bukan utk seni semata-mata. Berbanding ngan Loloq, kita boleh agak yg Loloq maybe devote hidup dia utk martabatkan seni. Kalau tak, takkan dia boleh collobrate ngan M.Nasir tul dak? ;-) So, sebab tu ada percanggahan pendapat.

Kalau ikut pendapat aku, nak buat lirik lagu tak perlu terlalu puitis sebab mentaliti manusia ni berbeza-beza. Maybe ada org leh cepat tangkap maksud satu2 lagu tu, maybe ada org tak leh paham langsung. So aku rasa lagu yg baik tak bermaksud lirik kena puitis, janji mesej yg nak disampaikan tu dapat kat listener & paling penting TELUS. So puitis atau tak terpulang kat masing-masing. Maybe ada penulis lirik yg tak reti nak wat lirik yg berbunga2 sgt, maybe ada yg reti. Salah satu lagu yg Loloq pernah tulis was Tak Nak Jadi Soh Chai - XPDC. Kalau korang baca lirik dia, adakah lirik tu considered puitis? Tapi oklah, maybe lagu cam tu diorang tak berani pertandingkan utk AJL kan sebab mesti kecoh tahap dewa punya. :-p No offense okeh? ;-) Byk jugak lirik2 yg Loloq tulis aku suka especially lagu2 fames M.Nasir cam Andalusia, Keroncong Untuk Ana, Ada etc.

Pendapat aku lagi, lagu Gemilang composed by Aubrey Suwito tu boleh kira dah sampai tahap international level. Aku rasa kalau Jac nyanyi dlm version English pun, tak malu nak bagi dengar kat org luar. Bila aku dengar lagu Gemilang, aku terbayang standard lagu tu mcm A Moment Like This - Kelly Clarkson nyanyi masa menang American Idol 1. Although lirik lagu Gemilang simple & straight forward, aku rasa lagu Gemilang tu boleh bagi inspirasi & motivasi kat org. So, personal opinion aku ialah lagu tu berjaya dlm nak sampaikan mesej dia. ;-)

Well, tu pendapat aku jer semata-mata & tak menyebelahi mana-mana pihak pun. Sebab kalau aku terus gaduh pun bukan dpt apa2 jugak..hehehhe.. :-p So, kata2 terakhir aku buat penulis2 lirik kat M’sia ni, teruskan lah perjuangan dengan cara yg tersendiri.. ;-) ~Peace~

p/s: Tak semua benda yg kita rasa betul tu betul… (puitiskah aku? =)) hahahah..wutever :-p)

.:: Dera ::.

Thursday, February 23rd, 2006

Assalaamualaikum & hello all…

Aku tak tahu naper aku rasa terpanggil nak cakap pasal isu dera nih. Lepas aku baca Utusan M’sia hari ni, tetiba jer hati aku cam membuak2 nak luahkan opinion & perasaan.

Aku ingat time kecik2 dulu masa darjah 2 kot, time tu laa first time aku dgr perkataan ‘dera’. Aku tanya kat parents aku dera tu aper? Then lepas parents aku explain yg dera ni contohnya cam cucuk putung rokok kat badan, lekapkan iron yg panas tu, rotan sampai lebam etc., aku rasa tersentak sebab aku rasa perbuatan tu gila2 kejam sgttt… Dan aku tak sangka ada manusia kat dunia ni yg sanggup buat mcm tu. Pulak mangsa deranya selalu budak2. So zaman tu jugak ada kempen anti-dera & wujudlaa lagu yg fames gila pasal dera (yg artis ramai2 nyanyi tu kalau korang ingat lg) time tu. Actually aku pernah skali bila dgr lagu tu & tgk video klip kat tv, aku menangis. Maybe sebab time tu aku baru umur 8 tahun so rasa cam takut gilaa kat benda2 kejam cam tu. Selalu gak aku tukar channel lain kalau tv tayang video klip tu sebab aku rasa tak sampai hati & takut sgt.

Itu cite 13 tahun lepas. Lagu & video klip tu pun skrang dah tak der. Walaupun dah lebih satu dekad, isu dera ni memang takkan habis & tak kenal waktu pun. Aku tak tahu naper rasa simpati aku ni kengkadang leh buat aku tak tenteram utk satu hari.. Maybe sebab prob anxiety aku. Ok takperlah, abaikan. Aku selalu pk naper manusia perlu dera org? I mean org yg kena tu org yg lemah & tak mampu nak lawan balik. For example, mak bapak dera anak, laki dera bini etc. Aku selalu gak pk aper sebenarnya yg diorang pk masa diorang sedang mendera tu? Takder ker rasa takut kat Tuhan ker, tak der langsung ker rasa simpati, tak der ker perasaan bersalah langsung? Fikirkan jer laa masa aku umur 8 tahun dulu pun boleh terfikir benda2 cam ni, takkan org dewasa tak leh pk kot??? Sebab tu aku rasa tak salah kalau aku cakap yg manusia bila makin dewasa makin tak rasional sebenarnya.

Stress? Tekanan? Normallah tu kalau hidup ada tekanan. Actually tekanan tu laa yg menggerakkan hidup kita ni. Tapi jgnlaa jadikan tekanan tu satu alasan nak mendera org lain. Kalau yer pun tak tahan ngan perangai anak2 tu, jgn laa senang2 nak libas ngan tali pinggang ker etc. Aku rasa budak2 ni jadi nakal yg kadang2 melampau sebab dia nak attention. Actually byk lagi cara2 nak ajar diorang dari guna benda2 berbentuk fizikal nih. Selalunya kalau cara fizikal tak jadi, gunalaa pulak cara psikologi. Aku rasa cara psikologi lebih mujarab dari fizikal. Kalau kita dok keje guna pendekatan fizikal ni, budak2 akan ingat apa yg makbapak diorang buat sampai laa diorang besar nanti. Tgk ler kalo tak caya.. Then time tu bila diorang dah kawen & ada anak, tak mustahil diorang wat cam tu jugak kat anak2 diorang. Sebab dia pk benda tu tak salah sebab mak bapak dia pun wat cam tu jugak dulu. Benda ni cam kes buli laa jugak kalau korang perasan. So, PATIENCE is the key of happiness…

Kat Utusan tadi, kes pasal budak Sindrom Down meninggal & polis syak kes dera. Sebab lepas doktor check condition budak tu, dia rasa budak tu kena dera & bukannya terjatuh cam yg parents dia report. Betul ker tak wallahualam. Apa yg pasti, realitinya budak tu dah tak der. Sedey kan? :-| Kalau korang nak baca, clik kat sini atau sini.

p/s: Sedang belajar jadi org yg penyabar…

.:: Big Mud Puddles and Sunny Yellow Dandelions ::.

Tuesday, February 21st, 2006

Big Mud Puddles and
Sunny Yellow Dandelions

By Author Unknown

When I look at a patch of dandelions, I see a bunch of weeds that are going to take over my yard.
My kids see flowers for Mom and blowing white fluff you can wish on.

When I look at an old drunk and he smiles at me, I see a smelly, dirty person who probably wants money and I look away.
My kids see someone smiling at them and they smile back.

When I hear music I love, I know I can’t carry a tune and don’t have much rhythm so I sit self-consciously and listen.
My kids feel the beat and move to it. They sing out the words. If they don’t know them, they make up their own.

When I feel wind on my face, I brace myself against it. I feel it messing up my hair and pulling me back when I walk.
My kids close their eyes, spread their arms and fly with it, until they fall to the ground laughing.

When I pray, I say thee and thou and grant me this, give me that.
My kids say, "Hi God! Thanks for my toys and my friends. Please keep the bad dreams away tonight. Sorry, I don’t want to go to Heaven yet. I would miss my Mommy and Daddy."

When I see a mud puddle I step around it. I see muddy shoes and dirty carpets.
My kids sit in it. They see dams to build, rivers to cross, and worms to play with.

I wonder if we are given kids to teach or to learn from?
Enjoy the little things in life, for one day you may look back and realize they were the big things.
I wish you Big Mud Puddles and Sunny Yellow Dandelions!!!

- Credits to Wow4U!

p/s: Naper manusia bila makin dewasa makin tak rasional sebenarnya? ;-) Patutlaa org cakap makin tua makin menjadi… Hahahhah… (saper makan cili dia terasa pedas) ;-) ~~Peace~~

.:: Drug Addict ::.

Saturday, February 18th, 2006

Mlm ni aku nak sembang2 pasal drug addict. Aku rasa drug addict ni ada byk maksudnya…terpulanglaa cammana assumption masing2..hahhah.. =)) (hanya org2 tertentu yg akan paham).. Actually, aku mengaku aku pun drug addict, cuma aku tak derlaa jenis cucuk2 badan ataupun mengambil dadah secara haram dari mat2 gian dsb. Anyway mlm ni aku nak sentuh pasal both drug addict yg secara haram & halal (apa laaa bahasa aku mlm ni.. :-|)

Ok, ok. Sebelum tu aku nak stori dulu yg kelmarin, rumah aku kat KB telah SANGAT HAMPIR dipecah masuk. Time tu tengah hari buta, masa nenek aku kuar kejap dari rumah. So masa dia balik tu dia dengar cam ada org sedang melakukan kerja2 pertukangan kat tepi umah aku. So, nenek aku pun pegi laa jenguk & kelihatan ada sorang mamat ni sedang bersungguh-sungguh nak bukak sliding door rumah aku. Nenek aku pun tanya ‘Hey, tgh watpo tu??’. Mamat tu dengan selambernya jawab yg dia polis. Nenek saya pun balas balik, polis apanya nak pecah masuk rumah org. Then, mamat tu senyap & dengan relaxnya keluar ke pagar rumah. Time tu nenek saya tak tau nak mintak tolong kat siapa, so dia kuar rumah & at that time adalaa satu moto ni lalu. Dia mintaklaa tolong kat mamat moto tu. Rupa-rupanya mamat tu adalah member si yg pecah rumah tu & sedang lalu-lalang utk mengambil rakannyaa… Wut da ****!! Oklaa, utk pendekkan cerita family aku dah report polis & telah menggantikan padlock2 yg telah jahanam dek si **** itu. Skrang ni, aku sedang meng’convince’kan parents aku utk memasang alarm kat umah. Yerlaa, masuk ni dah 3/4 kali dah org nak pecah masuk, tapi tak dan jer nak masuk. Nak tunggu sampai bila kan??? Rumah aku ni, kat sebelah bilik aku tu semak & mcm hutan. So kalau siang2 hari pun org tak nampak nak pecah masuk pun. Skrang ni parents aku nak bgtau tuan tanah kat sebelah umah nak mintak izin tebas & terangkan kawasan tu. Mak sedara sepupu aku ada stori yg kelmarin tu dia perasan ada sorang ni dok keje lalu-lalang jer kat depan umah aku. Tapi dressing smart aar, pakai kemeja biru & ibarat student U lah dressing dia! Tapi rupa2nya pencuri!! X-( Memang cam sial aar.. Tapi kalo korang nak tau, kes pecah2 rumah ni cam dah biasa kat kg aku. Yg memecah rumah ni selalunya drug addicts laaa.. Nak curi jer anything yg rasa leh buat duit, leh dpt supply. Kg aku ni sangat advanced dlm kes2 hitam & confirm bwh pengawasan polis. Dah kena blacklist dah pun!!! Sampai satu tahap polis pun dah tak leh wat aper… Huhuhhu…sedey kan? :-/

Oklaa settle bab tu. Tu contoh drug addict yg memang sampah masyarakat laa. Skrang nak stori pasal drug addict secara simboliknya pulak :-p. Aku sure ada yg memahami apa yg nak aku coretkan.. Ahaks!!! =)) Aku ada satu confession, aku drug addict. Tapi drug yg aku ambik bukanlah ganja, morfin dan sewaktu dgnnya. Drug yg aku ambik berbentuk tablet dan berwarna-warni, dan pentingnya dibekalkan oleh Hospital Pakar Perdana Kota Bharu secara sah. Sejak September 2004 dulu, hidup aku di’ceria’kan dengan warna-warna ubatan & perlu diambil setiap hari. Antara ubat2 yg telah meng’complete’kan hidup aku ialah Inderal, Telfast, Nootropil & Cipram. Selama setahun lebih menghambakan diri pada ubat2 ni, akhirnya aku telah bebas (bukan sepenuhnya) dari mengambilnya setiap hari. Baru2 ni masa appointment, doktor cakap aku skrang hanya makan bila perlu jer. So apapun aku bersyukur sebab tak payah dah mengadap ubat2 ku setiap hari seperti biasa. ;-) Cuma…. kengkadang aku pernah rasa tak yakin bila aku dah start tak makan ubat tiap2 hari. Maybe attachment aku ngan ubat dah sangat serasi.. :-| Aku juga pernah rasa tak leh hidup tanpa ubat. Hohohoho… Ntah apa2 jer.. So that’s why aku cakap yg aku ni drug addict. Ada paham? Apapun, skrang aku sedang membiasakan diri utk hidup tanpa rely pada ubat. Tapi minggu ni aku kena sore throat yg agak teruk, so aku rasa perlukah aku bertemu doktor & meminta UBAT atau terus jer makan stepsils yg sudah 2 peket aku habiskan itu. Ada cadangan? ;-) Susah betul bila dah ada rekod drug addict ni…Huhuhuhu… Kan dah tak keruan… :-((

Masa last appointment hari tu, doktor cakap keadaan aku makin improve. Yer ker improve?? Cam tak caya jer.. :-p Maybe physically aku improve, tapi dari segi rohani ni tak tau nak cakap laa… Doktor Ibrahim cakap lagi condition aku tak sampai jadi Obsessive-Compulsive Disorder (OCD) yg mana pesakitnya akan sering rasa tertekan bila satu2 benda yg dia nak tak dpt. Bak kata lain everything kena perfect! So aku terpk yg actually aku rasa cam dah ada jer characteristic tu dlm hidup aku… :-| maybe sebab aku tak stori jer kat doktor… Baru2 ni aku sgt2 nak marah sebab disc 1 cite Long Vacation aku tak leh bukak. Serius aku bengang gila sampai menempiaskan segala aktiviti2 aku yg lain. Penyakit aku ialah aku suka organize benda/plan dlm hidup aku & akan jadi sangat irritated, tak tentu arah & boleh menyebabkan aku bad mood sepanjang hari ataupun minggu. Lebih teruk lagi, depression akan menyerang. Kenapa aku sedih? Sebab aku rasa incomplete.

Satu lagi penyakit aku ialah suka berfikir. Ntah apa2 jer aku fikir. Every detail is very important dlm hidup aku. Disebabkan pemikiran aku ni yg sangat aktif, sebab tu aku selalu mendapat sakit kepala & aku cepat rasa letih. Aku tak tau cammana nak bg otak aku berehat dari berfikir benda2 yg merisaukan. Semua benda adalah satu isu bagi aku. Seriyesss….. Sebab tu bila aku stori kat Diqq, perkataan yg paling sesuai ialah ’sakit’. Confirm, aku sakit sebenarnya. Aku tak sakit secara fizikal, tapi emotion. Nasib baik Taufiq seorang yg penyabar, kalau tak dah lama aku kena tinggal buta2 sebab boleh dicop gila. =)) Saya sgt bersyukurrrr!!!! :-p Apapun, selagi hayat dikandung badan saya akan terus mengharungi hidup ni dengan cara saya sendiri. Mungkin ada yg membaca blog saya ni dengan penuh rasa simpati, musykil atau sinikal, tapi itulah realitinya. Hanya org sakit yg dpt paham keadaan org sakit… Saya akan terus berjuang untuk melawan penyakit saya yg telah menular ke dlm badan saya selagi terdaya & selagi tak diiktirafkan sebagai ‘gila’. Itu janji saya pada diri sendiri… Doa2kanlah untuk saya… ;-) Saya tak nak dah jadi drug addict… Enggak bisaaa!!!! 8-}

Aku yg complicated….

Thursday, February 16th, 2006
You Are a Retrospective Soul
The most misunderstood of all the soul signs.
Sometimes you even have difficulty seeing yourself as who you are.
You are intense and desire perfection in every facet of your life.
You’re best described as extremely idealistic, hardworking, and a survivor.

Great moments of insight and sensitivity come to you easily.
But if you aren’t careful, you’ll ignore these moments and repeat past mistakes.
For you, it is difficult to seperate the past from the present.
You will suceed once you overcome the disappoinments in life.

Souls you are most compatible with: Traveler Soul and Prophet Soul

What Kind of Soul Are You?

p/s: Unstable & incomplete… :-|

OOppsss!!! :-p

Monday, February 13th, 2006

Beta: khadijahhh
Beta: tapi satu kebodohan telah berlaku
Beta: *tadi

Dyqq: saya saya saya
Dyqq: apakah kebodohan yg sdg melanda??

Beta: boleh tak saya masukkan kad jusco dlm atm machine?
Dyqq: kenpa dong..?
Beta: nasib baik dia tak telan
Beta: (laughing)
Beta: tergamam jap saya sebab dia siap tanya pin no etc

Dyqq: huhuhu
Beta: last2 saya pilih pertanyaan baki
Beta: terus kuar slip & kad
Beta: hahahhahah
Beta: tak tau ler lepas ni kalau pegi jj leh guna ker tak kad tu

Dyqq: seb baik x telan….
Dyqq: hahhahahaa
Dyqq: huhuhuh
Dyqq: sabar sunggguhhh…
Dyqq: sy g bagi kad thai kuang dkt akak JJ
Dyqq: huhu
Dyqq: konfius akak tuh..

Beta: hahahah
Beta: tapi tu ok lagi tau sebab org
Beta: ni mesin dohhhh
Beta: dia paham yes & no jer
Beta: kita tak tau tahap toleransi dia

Dyqq: tu lahsss
Dyqq: sekali telan sampai rosak sampai bile2 ke mesin tuh..
Dyqq: x tau gak
Dyqq: huhuhu

Beta: cuak gila saya tadi
Dyqq: kalo kene telan mmg wat malu jerr…..
Beta: konon berlagak aar pegi atm machine pagi2 buta
Beta: sblm kul 8
Beta: tu laa pasal
Beta: mintak2 kad tu leh guna lagi aar
Beta: huhuhuhu
Beta: buatnya hilang habis point mengamuk laa gamaknya

Dyqq: insya Allah
Dyqq:  jgn hilang point seyy
Dyqq: x sanggup nk mengumpulnye lg

Beta: tu laa pasal
Beta: serius saya cuakkkkkk
Beta: tekan batal dia tak layan
Beta: last2 buat2 laa masukkan pin

Dyqq: erkk..
Dyqq: tekan batal die x layan?
Dyqq: x paham bahasa punye mesin..

Beta: ha ah
Beta: siot jerrrr

Dyqq: huuhuuh
Dyqq: camner bley tertukar bcb card dgn atm card ek??
Dyqq: bcb card palk..

Beta: kaler dia kotttt
Dyqq: j card
Dyqq: huhu
Dyqq: mengong dah sy nih

Beta: saya punya j card kaler purple maroon sket
Beta: (laughing)
Beta: moron betul

Dyqq: huhuhu
Dyqq: ala2 kad bcb laaa warnanyer
Beta: kott
Beta: tak pun kan 2/3 hari lepas dok keje pegi jj jer
Beta: dah spontan bawak kuar j card

-Tamat-

Kisah ini merupakan kisah benar.. =))

p/s: Semua manusia tak dpt lari dari kesalahan…muahahah… =))

.:: Love At First Sight ::.

Thursday, February 9th, 2006

Cinta Pandang Pertama…

Gadis A : Erm… Aku kena love at first sight.

Gadis B : Huhuhuh…susahlah bila dah kena. Sure lepas ni susah buat decision.

Gadis A : Tulah pasal. Lepas ni kalau jumpa yang lain pun mesti berkenan yang tu jugak.

Gadis B : Biasalah tu.

Gadis A : Tapi kau tahu, mula-mula tu aku nampak yang kat sebelah dia (ketawa kecil).

Gadis B : Hahahhaha… Selalu cam tu ler. Nampak kawan dia dulu. Yang gelap sket tu ek? (senyum kambing)

Gadis A : (Ketawa besar). Hehheheheh… Ha ah. Aku tak perasan dia mula-mula. Dia dok kat hujung, so tak nampak laa. Then skali terpandang, eh leh tahan jugak! (senyum nakal)

Gadis B : Well, normal lah tu. So camana?

Gadis A : Dah beli dah pun.. (sambil membuka kotak menunjukkan kasut berwarna nude brown Vincci di tangannya).

-Tamat-

Hakcipta Terpelihara -Safra’s Property Ā® -

8 Tahun Lepas…

Tuesday, February 7th, 2006

8 tahun lepas…

Aku mula kenal erti celaru…

Aku mula kenal erti terharu…

Aku mula kenal erti gabra…

Aku mula kenal erti ceria…

8 tahun lepas…

Aku mula faham maksud bahagia…

Aku mula faham maksud setia…

Aku mula faham maksud redha…

Aku mula faham maksud ‘kita’…

8 tahun lepas…

Aku mula mengerti perkataan cemburu…

Aku mula mengerti perkataan ’satu’…

Aku mula mengerti perkataan tegar…

Aku mula mengerti perkataan gusar…

8 tahun lepas…

Aku mula memahami erti cekal…

Aku mula memahami erti tabah…

Aku mula memahami erti kekal…

Aku mula memahami erti berserah…

8 tahun lepas…

Aku mula belajar maksud cita-cita…

Aku mula belajar maksud impian…

Aku mula belajar maksud cinta…

Aku mula belajar maksud masa depan…

;-)

Happy 8th Friendship Anniversary buat abang… Cheers!! :-p

p/s: Sedang menongkah arus mengharungi trimester terakhir di MMU bumi bertuah..;-)