HAHAHAAHAHAHAHAHHAHAH….. Korang percaya tak??? Perjalanan aku dari KB semalam ke Melaka bumi bertuah ni ambik masa 24 jam???!! Ini betul betull….bukan cobaaannn… Sabar jer aku… 8-}
Sebelum tu, aku nak stori dulu pasal kenduri kawen Cik Laa hari tu. Alhamdulillah semua ok walaupun agak kucar-kacir… Maklumler nama pun kenduri kan.. Hari Ahad tu majlis kat umah aku, aku jadi penyambut tetamu & tukang bagi souvenir..hehehhe… Jadi penyambut tetamu sebab ganti ayahanda aku yg tak der hari tu..huhuhuh… Pengantin laki sampai dlm kul 4 cam tu & mula laa sesi bersanding, bergambar etc..hehehhe… Dipendekkan cite majlis semua langsai lewat petang. Mlm tu ader laa jugak org datang2 menjenguk pengantin baru.. :-p Best bila tgk pengantin pun sama2 turun padang basuh pinggan etc..muahahah… =)) Maka aku pun telah menjahatkan tangan aku utk menangkap gambar2 candid pengantin membuat kerja…wakakakk… Nasib ler Cik Yie dpt anak sedara cam Diyana ni… :-p Then, hari Isnin pulak kenduri sambut menantu kat Melor. Memang kucar-kacir tak leh stori sebab konvoi kitorang berpecah & ada yg tersesat sampai ke Pasir Puteh..hahahha…sungguh memalukan. Sampai Cik Laa pun sama2 turun keta dok cari keta2 yg ghaib dgn tiba2 itu.. =)) Sabar jer beta.. Anyway, semua ni kenangan tul dak? Nanti2 bila Cik Laa & Cik Yie ada anak leh ler cite kat diorang kan? hahahha… =D
Oklaa, lepas2 balik dari Melor, kul 8 tu aku pulak naik bas nak balik Mlk. So aku telah memasang angan2 utk sampai di Mlk kul 7 & dpt ler aku pegi kelas kul 9 pagi tu. Malangnya, kul 2 lebih bas aku stranded kat Kemaman… Huwaaarghhhh!!! Aku sgt tertekan. Tapi cam biasa aku cuba buat2 cool walaupun dlm hati Tuhan jer tahu. Dok brapa minit ada satu lagi bas Budaya ke Melaka berenti & bgtau leh masuk 8 org lagi. Yang aku pelik orang2 yg berserban & berkopiah awal2 terus turun bas & naik bas tu, dah tak hirau kat pompuan yg bersepah dgn anak2 ni. Sabar jer aku…
Then, ada satu lagi bas berenti tapi nak ke Muar. Adalaa 4/5 org naik bas tu. Lepas2 tu dah tak der bas ke Melaka & bas nak patah balik ke KB pun tak der. Tinggal yg ke Kuantan & KT jer. So nak tak nak kena tunggu bas ganti siang nanti.
Maka aku yg stranded ni pun menelefon ibunda aku dan inform kat dia. Seperti yg aku dah agak, suara mama telah berubah menjadi nada yg sangat tinggi & menyebabkan suara aku pun berubah mengikut rentak mama…ahhahahah… Aku mintak tolong mama cari no. tepon mak sedara sepupu aku yg dok kat Kemaman. Yang lawaknya mama sampai tahap dah tak kenal sepupu dia sendiri dek ke’panic’kannya itu. Byk kali dia tanya ‘Mak Cik Nah mana???? Mak Cik Nah manaaa???"
Maka jawab aku ‘Bukan Mak Cik Nah!!! Mak Cik Naaa… Mak Cik Naaa…".
"Mak Cik Nah mana ni along???? Mak Cik Nah mana ni????"..
"Bukan Mak Cik Nah!!! Mak Cik Naaaaaaa… Mak Cik Naa adik Mak Cik Ros… Anak Mak Su Su…"
"Hah? Hah? Owwh… yang tu.."
So, lepas2 cakap ngan mama aku check handset. Bateri tinggal satu bar jer..Huwaarghhhh…. Sangat mengerikan. So, aku tersangat2 berhati2 dlm menggunakan resource yg ada smlm. Dok brapa minit, mama bgtau yg Cik Naa tak dpt tolong sebab dia ada kat KT. Huhuhuhu… maka aku pun dah mcm tawakal jer nak dok dlm bas yg tersadai tuh. Tapi seriyesss aku tak tahan dgn nyamuk & panas etc. Disebabkan aku ni sorang yg gigih & bersungguh-sungguh, aku mintak lak mama tolong contact Ayah Wi (abg abah aku) kat Kuantan. Dok jap mama bgtau yg susah Ayah Wi nak dtg sebab jauh kan. Then tiba2 Cik Naa msg aku bgtau yg husband dia, Cik Faei ada kat Kemaman & nak tolong ambik aku & hantar ke Kuantan… So alhamdulillah dlm kul 4 lebih cam tu dia sampai & aku bwk skali sorang budak pompuan yg aku baru kenal atas bas, Nurul. Maka bermulaa lah journey aku ke Kuantan yg dah 10 tahun aku tak jejak. 8-} huhuhhu… Dlm keta tu, tetiba ayahanda aku msg tanya apa citer..huwarrghhh… Nampaknya propaganda aku telah tiba dgn tangkas ke London.. :-p hahahahha… Hebat jugak aku rupanya.. =)) So lepas msg2 ngan abah, aku dpt idea nak contact cousin aku belah abah, Kak Neni yg dok kat Kuantan. Once again aku telah menyebabkan mama tak tido satu malam dok try contact rumah Pak Awe kat Lipis - mintak no tepon Kak Neni. Once again jugak aku berjaya menyebabkan org Lipis pulak gempar dgr berita aku. Kuang kuang kuangg… Dipendekkan cite, Cik Faei turunkan aku kat stesen bas Kuantan. Duduk dlm 20 minit, Kak Neni sampai dengan husband dia. Wah wah wah… bila dipikirkan balik, collaboration antara sedara belah mama & sedara belah abah telah berjaya menyelamatkan aku dari bermalam di atas bas yg terkandas tu..hohohoho… Secara tak langsung, propaganda aku berjaya menggegarkan negeri Kelantan, Terengganu, Pahang & jugak London… =)) Percaya tak?? :-p Percayalah…
So, aku & Nurul pun berehatlaa kat umah Kak Neni. Kul 11 cam tu, diorang hantar aku ke bus station nak beli tiket bas. Bas ke Mlk paling awal ada utk time tu kul 2.30 jer. So, nak tak nak beli laa jugak. Hati aku agak terguris sebab tak der yg lebih awal dari tu & aku dpt tau dari Ajleaa journey Kuantan-Melaka 6 jam dohh…huwaarrghhh… sabar jer laa… So, confirmlaa nanti sampai kul 8 mlm jawabnya.. 8-} Untuk menenangkan perasaan, Kak Neni bwk aku pegi makan tepi pantai kat Telok Gelora. Nampaknya hajat aku nak tgk pantai brapa bulan ni termakbul jugak.. Agaknya tuler hikmah dia.. Ihikss… :-p Then Abg Mat bawak jalan2 sampai Teluk Chempedak. Tetiba hati aku yg gundah gulana menjadi neutral balik lepas dpt tgk pantai.. =D kuang kuang kuang… Then, dlm kul 1.30 aku lepak kat bus station sblm naik bas kul 2.30 tu. So, kul 2.30 aku & Nurul naik bas. Tapi…….
Baru jer dlm 10 minit bertolak, bas mula menunjukkan ragamnya.. Aku pun tetiba terasa fobia & trauma bila dgr enjin bas cam nyawa2 ikan jer. Terasa cam tak sanggup dah aku nak hadapi situation cam ni dah… =(( Tapi nasib baik bukan enjin yg mati, tapi aircond yg rosak. So terpaksalaa kitorang berespirasi kat dlm bas tu sampai ke Mlk. At last, aku tiba di Melaka bumi bertuah ni dkt kul 8 mlm tadi. So, genaplaa 24 jam perjalanan suka duka aku ni…
Aku pk semua ni ada hikmah, maybe Allah nak bagi aku rasa gak cammana perasaan org yg terkandas. Dan kalau bukan sebab terkandas, aku rasa sampai sudah pun aku tak kenal rumah Kak Neni lagi..hehehhe…& tak kenal Teluk Chempedak jugak.. =)) So, apapun aku bersyukur sebab still selamat & kuat semangat.. yeah yeah!!!!
Pengalaman itu mendewasakan… chewwahhh… :-p
~~Peace~~
p/s: Mungkin anda sudah paham yg saya bukan sorang yg suka dok statik tanpa apa2 usaha..ahaks.. :-p