Aku baru jer habis tgk cerita Elizabethtown tadi. Maybe aku agak lagging sebab cerita tu kuar bulan Oktober tahun lepas lg, tapi skrang baru aku tahu tentang kewujudannya..hehehhe… :-p Seriyes aku tak tau pun sblm ni, maybe sebab kurang publisiti kot kat M’sia ni. Ataupun memang aku lagging sebenarnya..
Ok, abaikan. Apa yg aku nak tulis kat sini ialah review utk Elizabethtown, directed by Cameron Crowe. Apa yang aku suka pasal cerita ni, ialah mesej yg nak disampaikan. Especially buat manusia mcm kita yang masih hidup kat muka bumi ni.
Cerita ni bermula dgn Drew Baylor, sorang executive yg kerja ngan satu company kasut sport yg besar gila, dibuang kerja sebab bg kerugian dlm 1 billion dollar kat company dia. Semuanya sebab design kasut yg dia buat tak dpt sambutan. Disebabkan dia kena berenti kerja, girlfriend dia pulak dumped dia..huhuhu…tragis tragis… Well biasalah, bila org dah susah, ramai jer wat tak endah. Then, dia pun nekad nak bunuh diri sebab rasa useless jer usaha dia 8 tahun devote hidup dia untuk syarikat kasut tu. Dlm tgh nak bunuh diri tu, kakak dia call & bgtau yg ayah diorang lak meninggal kat Elizabethtown, Kentucky. So, Drew yg anak sulung ni kenalaa responsible uruskan mayat ayah dia. Tapi dia nekad lepas dia settlekan mayat ayah dia, dia still nak bunuh diri. Masa dlm flight on the way ke Louiville, Kentucky Drew berkenalan ngan sorang stewardess, Claire yg mula2nya nampak annoying, tapi very positive thinking. Claire ni sorang yg happy-go-lucky, tapi pada aku sebenarnya character dia kompleks but realistic. Actually, dia sorang yg pretend jer dia happy dgn hidup dia dan byk berimaginasi hanya utk happykan diri dia.. ahaks… :-p Sbg contoh, dia buat2 yg dia ada bf nama Ben, yg aku rasa tak pernah wujud pun. Just nak bg sedapkan hati kot.. Ok, lepas diorang berkenalan, Claire macam nekad nak tolong Drew move on ngan hidup dia dan cara/pendekatan yg Claire bg ialah dgn bg Drew route map utk road trip so dia dpt cherish setiap moment yg ada, moment yg patutnya dia cherish sejak dari awal lagi. Pada Claire, masalah Drew tu bukannya big deal walaupun melibatkan duit bermillion dollars pun. It’s just kalau Drew betul2 nak jadi manusia yg hebat, dia kena hadapi that failure dan masih boleh senyum. So that biar org semua berfikir macammana kekuatan yg dia ada yg boleh wat dia tersenyum dlm keadaan yg mcm tu.. Itulah kehebatan sebenar..
Satu lagi yang menyedarkan Drew, ialah komuniti Elizabethtown yang friendly dan pada aku, ordinary. Just mcm normal komuniti yg lain kat kawasan2 kampung. Drew jugak baru tau pasal akar-umbi famili belah ayah dia kat Elizabethtown & berkenalan ngan family member yg tak pernah dia kenal pun, ataupun jarang gila jumpa. Walaupun cerita ni bermula dengan cerita tentang kematian, tapi cerita ni tak wat kematian tu sbg sesuatu yg maha sedih mcm cerita2 lain. Tapi dia wat kita berfikir yg tersirat di sebalik kematian tu. Sebab tu Cameron Crowe cakap dlm cerita Elizabethtown ni sebenarnya bermula dengan kematian dan diakhiri dengan kehidupan. It means that the death of Drew’s father is not the end, but the new starting journey of Drew’s life. So, cerita ni banyak bagi mesej bg org2 yg depress dgn hidup dia seperti aku kot..hahahahha.. =)) wutever.. Terus-terang aku cakap, cerita ni leh bg motivation kat kita utk teruskan hidup sebabnya byk lagi benda yg kita tak explore dlm hidup kita ni. Just kita tak sedar jer. So, rugi kalau kita bunuh diri. Ada paham? :-p
Watak lain yg aku suka dlm cerita ni mak Drew, yg anxious dgn title barunya sebagai ‘widow’ dan dia sangat bersungguh-sungguh untuk cope dengan hidup baru dia. Dia belajar macammana nak handle benda2 yg suami dia selalu buat mcm repair kereta, repair toilet, pergi bank etc. Masa speech dia kat memorial night suami dia tu memang touching dan ada part2 yg lawak gila.. :-p hehhehe…
Overall, cerita ni amat sesuai ditonton oleh org2 yg berjiwa sentimental dan dapat berfikir dgn telus & tulus. Cerita ni SANGAT memainkan perasaan dan kita kena betul2 menjiwai apa yg nak disampaikan. Kalau tak, kita leh lost mcm tu jer dlm cerita ni, atau dlm perkataaan lain ialah ‘tidur’…hehhe… :-p Anyway, aku rate cerita ni 8/10 stars.
Lagu2 dlm cerita ni pun best2 sebenarnya… Aarghh… air mata aku asyik bertakung jer part Drew luah perasaan sorang2 dlm keta, ibarat bercakap ngan ayah dia yg dah jadi abu dlm urn tu..huhuhuh….
Tips: Kalau nak paham tgk cerita ni, pastikan hati anda tenteram dan ringankan minda anda…
jgn terlalu serius, jgn terlalu lagging..
p/s: Suka part Drew call semua org tapi sorang pun tak der time tu. Bila start sorang dah call balik, time2 tu jugak baru semua org call…hahahah… =D it’s just very realistic..