.:: Wimbledon Review ::.
Friday, May 26th, 2006
Aku baru tengok cerita ni kelmarin. Masa aku beli vcd cerita ni, aku tak letak harapan yg tinggi sebabnya bila tgk cover depan vcd ni cam menunjukkan cerita ni ibarat satu kisah yg seriyes pasal tenis. Disebabkan aku ada pengalaman belajar tenis time gamma dulu, so adalaa sket2 terdorong perasaan minat nak tgk cerita ni..hahahha… =D Actually, kalo korang nak tau dah lama gila aku nak beli vcd cerita ni. Tapi asyik2 pk byk kali and last2 tak beli jugak. So, kelmarin memang aku nekad nak beli selepas beberapa bulan asyik cancel jer.. :-p
Masa starting cerita ni, aku cam tersentak sket. Sebabnya intro dia cachy & cumel..hihihi… Jadi bermulalah journey aku utk dibuai perasaan dlm cerita ni…hahaha… Walaupun aku tak pernah minat Paul Bettany & Kirsten Dunst sebelum ni, tapi aku rasa aku dah jatuh cinta ngan acting diorang especially Paul Bettany dlm cerita ni.
Ok, cerita ni mengisahkan tentang 2 org tennis player yg sama2 bertanding utk Wimbledon Tournament kat London. Peter Colt (Paul Bettany) ni leh dikatanan berada di ambang kejatuhan dan tunggu masa jer utk bersara dari tennis. Ranking dia #119 dan dpt join Wimbledon pun sebab wild card. Dlm masa tu, dia berkenalan ngan Lizzie Bradbury (Kirsten Dunst) yg rankingnya #2 dunia. Peter dah decide Wimbledon yg dia join kali ni adalah yg last utk dia sblm dia retired & ekceli dia tak letakkan apa2 harapan pun dlm tournament tu. Tapi sejak dia berkenalan ngan Lizzie, semangat dia jadi berkobar2 dan menang each game sampailah ker final. However, unfortunately Lizzie punya fate tak sebaik Peter sebab dia terkandas masa semi-final. So, Lizzie cam menyalahkan Peter sebab dia rasa relationship diorang yg m’buatkan tumpuan dia lari. Well…biasalaa pompuan.. :-p hahhahah…
Ok, ok. Apa yg aku suka pasal cerita ni ialah unsur2 komedi dia..hehehe… Pada aku, watak Peter ni sorang yg sgt witty walaupun dia sorang yg cepat melatah. Aku seriyes tak expect yg cerita ni sebenarnya enjoyable & charming. So, bak kata pepatah, don’t judge a vcd by its cover.. =)) hahahah… Dan aku rasa tak rugi aku beli vcd ni..yaaaa…
Satu lg yg aku suka ialah watak2 sampingan (picisan :-p) cam ayah Peter (Bernard Hill - King Theoden dlm LOTR), mak Peter, adik dia etc. Diorang semua sebenarnya membawak peranan yg besar dlm cerita ni. Next, aku suka gila time Peter bermonolog sorang2…hahahha…. Aku rasa sgt realistik sebab aku rasa leh paham dengan org yg berpkran bercelaru ni camana.. kuang kuang kuang… :-p
Ending cerita ni? Tekalah sendiri… :-p rasanya semua org tau yg cerita2 cam ni mestilaa happy ending.
Yang bestnya pasal cerita ni ialah kita dpt rasa cam tgk satu match yg real, sampai tahap nak melompat seronok pun ada bila Peter dpt satu2 point tu…hahahah… Nasib baik aku tak tgk kat cinema, kalo tak sah2 aku sorang excited bangkit dari kerusi sebab seronok.. =)) hahahha….
Anyway, aku rate cerita ni 8/10… =D
p/s: Cerita ini telah membangkitkan balik angan-angan aku yg tak berkesudahan…hahahha… :-p
***********************************************************************************************p/s: Kenangku di dalam doamu….
Things Work Out





