Archive for June, 2006

World Cup vs Wimbledon

Thursday, June 29th, 2006

                           vs

*********************************************

                vs

p/s: Ihiks… Dua2 aku suka… =D lalalala…

Erk…

Monday, June 26th, 2006

Kali ni aku still nak cakap pasal isu2 kawen :-p. Yg pasti bukan pasal benda2 mengarut & tak dak isi, tapi harapnya dpt dijadikan pedoman..

Dlm paper utusan kelmarin dulu, aku baca laa satu cerita kat segmen sembang2 Keluarga dlm Mega, pasal cek tendang jadi hantaran kawen… Hohoho…seriyes ngeri dong. So aku setakat leh ringkaskan jer laa cerita dia..(buat bacaan org yg tak baca paper kelmarin dulu :-p)

Kesahnya sepasang pengantin Mastura & Azlan yg selamat dikahwinkan & majlis kenduri diorang kiranya gempak gak laa dlm sejarah family pengantin perempuan. Masa kenduri tu memang tak derlaa cacat celanya & org ramai pun memang impressed. Pulak tu hantaran semua grand2 & byk brg imported. Duit hantaran lak bg dlm bentuk cek, RM 10,000. So dipendekkan cerita kenduri tu settle laa & pengantin pun dah pi honeymoon. Dlm masa diorang pegi honeymoon, ayah pengantin pompuan pegilaa bank nak cash in cek rm10000 tu. Rupa-rupanya cek tu cek tendang! Akaun pemberi tu kosong, tak dak satu sen pun! Erm…malangnya nasib… So, mestilaa family belah pompuan mengamuk sakan.. Pengantin yg tgh honeymoon pun kena paksa balik. Bila dah balik rumah, kena halau laa pulak dari rumah…huhuhuhu…tragis tragis… Sblm kena halau tu, pengantin baru nak terus-terang yg memang cek tu kosong sebabnya pihak laki tak mampu lg nak sediakan duit rm10000 tu. So, pengantin laki cakap dia akan usahakan jugak cari duit tu.. Erm…

So, pengajaran cerita ni ialah kalau tak mampu, terus-terang jer cakap tak mampu. Tak payah nak cover2 ngan hantaran yg grand, majlis gah bagai nak ghak tapi sebenarnya habuk pun tak der. IMHO, kalau setakat nak berlagak majlis grand2 tapi sebenarnya tak mampu, better lagi majlis yg sederhana & kecik2 jer.. Biarlah org nak mengata pun janji majlis tu berkat tul dak? Tapi bukan nak menuduh saper2, maybe dua2 pihak kena compromise jugak. Pihak laki rasanya kena bgtau awal2 kat pihak pompuan kata tak mampu, tak payah selindung sebab hal kawen ni hal seriyes. Mungkin gak pihak laki tak cerita benda betul sebab pihak pompuan letak harapan & hantaran tinggi kot.. Maybe diorang ingat sebabkan Azlan tu keja pegawai so tak der masalah laa letak rm10000. Huhuh… Anyway, harap2 cerita ni dpt dijadikan pedoman… ;-)

p/s: Sediakan payung sebelum hujan… Sediakan duit sebelum hantaran.. ahaks.. =D

Losing identity because of marriage?

Monday, June 19th, 2006

Erm… Smlm aku tgk Oprah yg wat discussion pasal losing identity because of marriage. Diorang jemput Kristin Armstrong, ex-wife Lance Armstrong (pelumba basikal). Kristin & Lance kahwin agak lama jugak & diorang ada 3 org anak. Tapi, tak der angin tak der ribut tetiba diorang divorce. So, dlm Oprah smlm Kristin cerita kenapa dia bercerai & rupa-rupanya punca dia bercerai sebab dia rasa dia hilang identiti dia sendiri lepas dia kahwin tanpa dia sedari. Dari luahan Kristin, dia cakap disebabkan dia terlalu nak jadi seorang isteri & ibu yang perfect utk family dia, jadi dia tak kesah kalau dia sacrifice. Tapi lama-lama baru dia sedar yg ada something missing dlm life dia. Dia dah hilang identiti sebenar dia.

Aku tak tahu nak komen cammana sebab aku tak kawen lg, tapi bila smlm aku dgr cerita Kristin & guests yg lain, terasa kecut perut lak pasal kawen ni. :-p (tak apa2 lg dah kecut perut..ahhaha..) Semua org mesti ada angan2 mcm fairytale kan? Kawen & hidup bahagia selama-lamanya? Tapi rasanya keadaan tu tak wujud pun dlm realiti. Pada aku la, marriage bukan pasal komitmen semata-mata, tapi pasal camana nak belajar selesaikan masalah. Kekadang kita rasa satu2 masalah tu remeh, tak payah pk tapi sebenarnya bila kita simpan lama2 akan jadi isu & masalah besar sebenarnya. Contoh yg Oprah bg smlm pasal isteri suka sgt bela anjing, tapi laki tak suka. Sampai satu tahap tu, laki tu gila2 nyer cemburu kat anjing diorang sampai dia paksa isteri dia kena wat sex ngan dia pagi2 sblm isteri dia look after anjing diorang. So, senang cerita diorang divorce. Erm… :-|

So, apa yg nak diceritakan kat sini is kita kena paham betul2 bakal suami/isteri kita sebelum kawen. Satu lg, jgn cuba berselindung atau menipu sebab kalau kita asyik tipu dgn alasan nak cover & tak nak lukakan hati org yg kita sayang, lama2 jadi lagi parah. Maybe kat area Asia ni kes divorce tak laa setinggi kat Western countries. Sebab aku rasa org Asia ni ada pegangan agama atau prinsip yg kuat nak banding ngan Westerners. Tapi sblm jadi apa2, baik kita bersedia & berhati-hati.. tul dak? ;-)

p/s: Nak tau penjelasan pasal perkahwinan & peranan suami/isteri dari segi agama lak.. Can anybody help me? =D

.:: Thank You ::.

Wednesday, June 14th, 2006

Thank U. Allah. Thank U. mama abah. Thank U. family. Thank U. Taufiq. Thank U. CheE-KyE. Thank U. MMU. Thank U. Melaka. Thank U. FIST. Thank U. lecturers. Thank U. tutors. Thank U. lab instructors. Thank U. EP. Thank U. SFC. Thank U. JJ. Thank U. MP. Thank U. Melaka Raya. Thank U. Hang Tuah Mall. Thank U. Gloria Jeans. Thank U. Coffee Bean. Thank U. Starbucks. Thank U. RSI. Thank U. RSU. Thank U. Hj. Azman TomYam. Thank U. kedai Misbun (bukan nama sebenar :-p). Thank U. Subaidah. Thank U. food court. Thank U. old food court. Thank U. exam hall. Thank U. main hall. Thank U. src room. Thank U. CLC. Thank U. Finance. Thank U. ERU. Thank U. Admission. Thank U. FOSSEE. Thank U. Mak Cik Shima. Thank U. BCB. Thank U. STAD. Thank U. Din’s Cafe. Thank U. Mosque Square. Thank U. Masjid Al-Irsyad. Thank U. labs. Thank U. kedai air buah. Thank U. makcik kabut. Thank U. mak usu. Thank U. hostel. Thank U. CITS. Thank U. housemate. Thank U. groupmates. Thank U. classmates. Thank U. LOTR. Thank U. Elizabethtown. Thank U. Wimbledon. Thank U. Melaka Sentral. Thank U. Tesco. Thank U. A Famosa. Thank U. Kota St. John. Thank U. Portuguese Settlement. Thank U. Taman Buaya. Thank U. Zoo Melaka. Thank U. Umbai. Thank U. Umbai Baru. Thank U. Serkam. Thank U. Jasin. Thank U. Jonker Street. Thank U. Hotel Orkid. Thank U. Hotel Accordian. Thank U. City Bayview. Thank U. Equatorial. Thank U. Seri Malaysia. Thank U. Riviera. Thank U. Klebang. Thank U. Pantai Kundur. Thank U. Mama Chop Papa Grill. Thank U. Malim. Thank U. Kenangan Semalam. Thank U. Mahkota Medical Centre. Thank U. Pantai Hospital. Thank U. Hotel Emperor. Thank U. McDonald. Thank U. KFC. Thank U. Pizza Hut. Thank U. Shakey’s Pizza. Thank U. Nando’s. Thank U. GSC. Thank U. Body Shop. Thank U. Reject Shop. Thank U. FOS. Thank U. Bum City. Thank U. Deli France. Thank U. BBU. Thank U. BBI. Thank U. Bunga Raya. Thank U. UA. Thank U. Melawis. Thank U. Time Millennium. Thank U. Windmill. Thank U. Wolkswagon. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. semuaaaaa!!!! =D

p/s: Thanks for all sweet memories throughout these 4 years in MMU Melaka.. You’ll always be in my heart… ;-) Cheers!! ~Peace~

.:: Officially Graduated ::.

Tuesday, June 13th, 2006

Alhamdulillah….

Result dah kuar…

I’m officially graduated!!!!!!

YAHOOOOOOOOOO!!!!!!!!

Wat member2 seperjuangan, kita berjumpa time konvokesyen nanti!!!!

Thank u FIST!!! Thank u MMU!!! Thank u Melaka!!! Thank u semuaaa!!!! =D

Kenduri…

Tuesday, June 6th, 2006

Skrang ni musim kenduri… Tak kiralah kenduri kawen ker, kesyukuran ker, bertunang ker, arwah ker, janji skrang musim kenduri. Sebabnya skrang cuti sekolah. So, kat umah aku ni dah brapa hari dapur tak berasap…muahahah… :-p Apapun, tetiba aku rasa suka lak attend kenduri sejak akhir2 ni. Dulu aku tak cam ni… Agak2 naper ek?? :-p

p/s: Tahniah wat cousin aku, Wan Naim (bukan nama penuh :-p) dgn Rosmanisah yg bertunang kelmarin kat KT… Aku rasa tu ler rombongan bertunang plg besar yg aku join, 18 buah kereta berarak ke t’ganu from seremban, pahang & kb.. :-| wallaaa!!