Erk…
Kali ni aku still nak cakap pasal isu2 kawen :-p. Yg pasti bukan pasal benda2 mengarut & tak dak isi, tapi harapnya dpt dijadikan pedoman..
Dlm paper utusan kelmarin dulu, aku baca laa satu cerita kat segmen sembang2 Keluarga dlm Mega, pasal cek tendang jadi hantaran kawen… Hohoho…seriyes ngeri dong. So aku setakat leh ringkaskan jer laa cerita dia..(buat bacaan org yg tak baca paper kelmarin dulu :-p)
Kesahnya sepasang pengantin Mastura & Azlan yg selamat dikahwinkan & majlis kenduri diorang kiranya gempak gak laa dlm sejarah family pengantin perempuan. Masa kenduri tu memang tak derlaa cacat celanya & org ramai pun memang impressed. Pulak tu hantaran semua grand2 & byk brg imported. Duit hantaran lak bg dlm bentuk cek, RM 10,000. So dipendekkan cerita kenduri tu settle laa & pengantin pun dah pi honeymoon. Dlm masa diorang pegi honeymoon, ayah pengantin pompuan pegilaa bank nak cash in cek rm10000 tu. Rupa-rupanya cek tu cek tendang! Akaun pemberi tu kosong, tak dak satu sen pun! Erm…malangnya nasib… So, mestilaa family belah pompuan mengamuk sakan.. Pengantin yg tgh honeymoon pun kena paksa balik. Bila dah balik rumah, kena halau laa pulak dari rumah…huhuhuhu…tragis tragis… Sblm kena halau tu, pengantin baru nak terus-terang yg memang cek tu kosong sebabnya pihak laki tak mampu lg nak sediakan duit rm10000 tu. So, pengantin laki cakap dia akan usahakan jugak cari duit tu.. Erm…
So, pengajaran cerita ni ialah kalau tak mampu, terus-terang jer cakap tak mampu. Tak payah nak cover2 ngan hantaran yg grand, majlis gah bagai nak ghak tapi sebenarnya habuk pun tak der. IMHO, kalau setakat nak berlagak majlis grand2 tapi sebenarnya tak mampu, better lagi majlis yg sederhana & kecik2 jer.. Biarlah org nak mengata pun janji majlis tu berkat tul dak? Tapi bukan nak menuduh saper2, maybe dua2 pihak kena compromise jugak. Pihak laki rasanya kena bgtau awal2 kat pihak pompuan kata tak mampu, tak payah selindung sebab hal kawen ni hal seriyes. Mungkin gak pihak laki tak cerita benda betul sebab pihak pompuan letak harapan & hantaran tinggi kot.. Maybe diorang ingat sebabkan Azlan tu keja pegawai so tak der masalah laa letak rm10000. Huhuh… Anyway, harap2 cerita ni dpt dijadikan pedoman…
p/s: Sediakan payung sebelum hujan… Sediakan duit sebelum hantaran.. ahaks.. =D
June 25th, 2006 at 10:38 am
banyak wooo..kes bagi cek tendang sekarang…macam mane laa perempuan tak makin demand…hehehe
June 26th, 2006 at 11:07 am
ahaks…well well… =p memang kena demand kot.. hendak seribu daya, tak nak seribu dalih kan?? =D
June 29th, 2006 at 11:27 pm
nak demand pun agak2la, kita kenala sedar diri sikit…kalau bagus n layak sgt nak demand byk2 kalau kita tu standard pegawai ker atas lagi ker…takperla…ni duit nak demand lebih, masak pun tak reti da…buta malu kaum jer( ada terjadi kat sekitar aku )
July 1st, 2006 at 7:51 am
farida –> hohoho… siapakah yg demand tinggi hang cakap tu? nak tau gak..heheh.. :-p tu ler, kalau demand lebih org cakap mcm2, tapi kalo tak demand kata kita ni buat2 rendah diri lak..erm cammana tu..
July 2nd, 2006 at 12:25 am
curious nampak? tp kalau aku bagitau spa yang demand tu, hang tak kenal la…adala di sekitar aku, i mean my neighbourhoodla… (jgn ada yang diantara mereka terbaca sudahla)….anak pompuan dia tu mcm bagus sgt, aku kenal la…kenal sgt2…tp depan mak pak, bukan main berlakonla..pijak semut pun tak mati…belakang kalu, amboi hai berkepit dgn jantan sana sini…aku bukan nak mengata tp realiti aku nampak depan mata kepala saksi aku ni ha….belajar pun takat pmr jer tu pun aku dengar2 tak pas lepas 2 kali ambik lagi….nak jadi cerita, satu hari tu si bapak ni dah tahu tembelang si anak…ha, apalagi…kalutla cari bakal2 suami cepat2…senang sikitla…tp dah tahu anak tu perangai ngalahkan setan…di demandnya kat si bakal suami tu sampai kira tak termampu la…nak membayarnya…yang si anak pun, tak nak dinikahkan dengan murah2, siap riak lagi..aku dengar dia kata kat mak andam jiran aku, kira dia tak mainla kalau nak kawen dengan org biasa2 ni, mau tak mau pun pegawai ker apa ker janji gaji ribu2 punya …amboi … mcm bagus sgt….aku dengar2 la…adala dlm 10k ke atas diaorg demand…..nak mampus gila ke apa…sepupu aku pun kawen baru2 ni pun baru 6 ribu, tu pun dia kastam officer …. keluarga dia tu pun bukanla senang sangat, tp diaorg terima sedanya, siap suruh pihak lelaki lagi yang tentukan…cerita pasal neighbour aku tu plak kan, akhirnya pihak lelaki pun buat keputusan utk membatalkan perkahwinan anak mereka dengan si budak pompuan ni…..yerla, pihak lelaki tu pun bukan nyer kerja tinggi (padanla ngan pompuan tu)…. manala nak mampu….last2 they all pun tahu la jugak psl perihal bdk pompuan ni(adala mulut2 jahat yang menyampai kot)…. kira terselamatla seketika…. dipendekkan cerita…aku dengar2 sampai sekarang takdak sapa yang nak kawen dengan pompuan ni…mungkin kerana dia atau bapak dia terlalu demand kan ‘harga’ atau kerana attitude pompuan tu sendiri aku pun tak taula…. wallahualam… (by the way, pompuan tu dah menghilang tak tau ke mana, mungkin sebab malu kot.)….
July 2nd, 2006 at 11:06 am
erm….tu memang kes melampau aar.. so senang cerita, pengajaran dia ialah ukurlah baju di badan sendiri jgn badan org lain..