Aku melangkah keluar, selepas abah memberhentikan kereta di pagar tepi sekolah. Kelihatan warga Badlishah dan Tengku Malik sibuk bergerak ke destinasi masing-masing. Tapi biasalah, pagi-pagi cam ni wajah mandom dan selenga menjadi tatapan. Hehehe… Aku menaiki tangga blok untuk ke kelasku, 5Sc2 di tingkat 2. Semasa melalui kelas 5Sc1, Shafrah dan Aliana tersenyum padaku.
“Hai,” tegurku sambil tersenyum.
“Hai,” balas mereka. Aku terus melangkah ke dalam kelas. Macam-macam karenah boleh dilihat. Ada yang tidur, ada yang bersembang sambil gelak-gelak, ada jugak yang sibuk buat homework yang tak siap. Hehehe… Normal lah tu. Aku meletakkan beg di kerusi. Tempatku nun jauh di belakang kelas. Huwarrghh!! Tak aci betul sebab ikut namelist! Tapi tak pa, janji dok tepi tingkap dan dapat ushar orang lalu-lalang kat bawah. Hehehe…
Aku melihat jam di tangan – 7.30. Kejap lagi loceng bunyilah tu. Tapi tiba-tiba suara Pak Joe bergema.
“Assalaamualaikum & selamat sejahtera. Kepada semua guru dan pelajar, anda semua dikehendaki bergerak ke Dewan Samsudin untuk perhimpunan mingguan sekarang. Ulang suara..”
“Suara,” balas beberapa orang pelajar lelaki. Terdengar pula gelak-tawa bersahutan. Nakal betul budak-budak ni. Hehehe… Aku terus melangkah ke luar kelas untuk beratur dan kemudian berjalan ke dewan. Semasa berjalan, Emylia mendekatiku.
“Wan, semalam aku tengok video klip Eminem. Comey gila habaq hang!!” luah Emylia dengan excited.
“Ya kaa??!” kataku sambil tersenyum. Well, biasalaa Emylia.. Tak habis-habis dengan Eminem dia. Sebaik tiba di dewan, semua pelajar beratur mengikut jantina & kelas masing-masing. Aku mengambil tempat di belakang Bib. Suasana di dewan agak hingar-bingar apabila hampir semua pelajar bersembang. Guru-guru yang duduk di atas pentas jugak tidak ketinggalan. Hehehe…
“Wan, lawa laa baju cikgu Abby,” ujar Bib.
“Tu la,” kataku bersetuju sambil melihat cikgu Abby di atas pentas. Suasana di dewan menjadi sunyi-sepi sebaik sahaja pengetua & penolong-penolong kanan menaiki pentas.
“Syhh….” bisik beberapa orang pelajar. Pengawas di sisi pentas memulakan ucapan. Maka bermulalah perhimpunan pada hari Ahad itu selama lebih 40 minit.
Sebaik sahaja tamat perhimpunan, warga 5Sc2 pulang ke kelas sambil menunggu kelas BM bermula. Sam, Alex, Muthu & kroni-kroninya mula membunyikan gelak-ketawa. Ada-ada jaa lawak depa ni. Hehehe…
“Wan, boleh pinjam liquid?” tanya Tang yang berada di depanku.
“Ambiklah,” ujarku sambil menghulurkannya liquid paper. Beberapa saat kemudian, dia memulangkannya kembali.
“Thank you,” ucap Tang sambil tersenyum.
“Ok,” balasku. Cikgu Rohani yang berkaca mata biru masuk ke dalam kelas. Seraya itu Hajar mengarah kami semua bangun.
“Selamat sejahtera, cikgu,” ucapnya.
“Selamat sejahtera, cikgu,” ikut yang lain.
“Selamat sejahtera semua,” balas cikgu Rohani. Maka bermulalah kelas BM pada hari itu….sehinggalah sampai ke satu adegan.
“Gunalen, jawab soalan seterusnya,” arah cikgu. Gunalen bangun dari kerusi. Agak lama dia terdiam.
“Aik, Guna? Awat senyap?” tanya cikgu.
“Saya tak tau jawapan, cikgu,” jawab Gunalen yang masih berdiri dengan jujur.
“Laaa…. Ni Guna yang tak guna ni,” seloroh cikgu. Ketawa berderai. Gunalen tersengih malu. Sam lah yang gelak paling kuat. Hehehe… Itulah kelas BM… Kemudian tiba pula kelas Sejarah Pak Joe.
“Azwani, baca muka surat 84,” arah Pak Joe. Azwani mula membaca perenggan demi perenggan. 2 minit kemudian, dia selesai.
“Uish lajunya! Macam kereta api,” seloroh Pak Joe sambil tersengih. Kelas ketawa. Azwani cuma tersenyum. Aku tergelak.
Jam menunjukkan pukul 10 lebih. Loceng rehat berbunyi. Aku mengeluarkan bekal roti & botol air. Seperti biasa, roti kaya menjadi pilihan. Hehehe… Kebanyakan pelajar keluar dari kelas. Ada yang ke kantin, ada yang melilau. Hehehe… Aku seperti hari-hari sebelumnya, lebih suka melantak di mejaku. Selepas habis makan, Azwani dan Aza menghampiriku.
“Wan, jom discussion,” ajak Azwani, mengajakku masuk ke stor belakang kelas.
“All rite!” kataku lantas menutup bekas makanan. Aku bingkas ke stor. Farhana kemudiannya menyusul.
“Wah, wah… Nak discuss apa hari ni?” tanya Farhana dengan agak excited. Dia duduk di kerusi berhadapan denganku. 4 buah kerusi membentukkan satu bulatan.
“Bincang pasal hampa laa!” usikku. Azwani dan Aza tergelak.
“Apa pulak pasal kami?!” balas Farhana. Giliran aku pulak yang tergelak. Seronok menyakat Farhana. Hehehe… Diskusi tentang hal ehwan semasa dimulakan. Tak sampai 10 minit, tiba-tiba Azwani bersuara.
“Hampa tak rasa semacam ka?” tanya Azwani penuh tanda tanya.
“Apa?” tanya Farhana kehairanan.
“Panas semacam laa!” kata Azwani mula mengibaskan bajunya.
“Tu la! Rasa macam dalam oven,” kata Aza pula. Memang aku pun terasa berbahang semacam. Matahari dah mula naik. Sah-sah laa panas kat dalam stor kecik ni.
“Jom laa keluaq. Kang rentung pulak!” ajakku lantas membuka pintu dan keluar. Azwani, Aza dan Farhana menurut. Keempat-empat kami menarik nafas lega. Kalau setengah jam lagi cam tu, sah-sah sesak nafas. Hehehe.. Loceng berbunyi. Kelas Add Math pulak bermula.
Cikgu Non Lebai meminta warga 5Sc2 menghantar buku latihan. Dalam kesibukan menghantar buku, Emylia meminta maaf kepada cikgu kerana tertinggal bukunya di rumah.
“Adakah ia benar-benar tercicir? Atau lakonan semata-mata?” ujar cikgu Non Lebai penuh sastera. Kelas ketawa lagi. Adoi cikgu Non Lebai kalau bercakap paham-paham jaa laa… Hehehe…
Kemudian tiba pula kelas yang menjadi igauan ngeri warga 5Sc2. Kelas Kimia cikgu Tan Ley Chan, guru tingkatan 5Sc2. Hohoho… Hari ini, kami semua dikehendaki ke makmal. Maka terpaksalah kami bergegas ke sana. Aku duduk semeja bersama Bib, Mohanes, Syazana & Hidayah. Agak terseksa menunggu 1 jam 10 minit untuk kelas Kimia tamat. Huhuhu…
Selepas tamat kelas Kimia, kami melangkah pulang ke kelas semula. Kali ini kelas English pulak menyusul. Teacher Zuriati mula mengajar sambil menceritakan sedikit sebanyak pengalamannya.
“The lifestyle in campus is very different than in school. Even friends in university will never be the same like your schoolmates,” ujar teacher sambil tersenyum. Aku memandang rakan-rakanku. Mereka juga kelihatan sedang berfikir.
Akhirnya loceng terakhir berbunyi. Jam menunjukkan pukul 1.15. Aku mengemas barang-barangku dan memasukkan buku-buku ke dalam beg. Aku menggalas beg dan membetulkan tudungku.
“Wan, tak stayback hari ni?” tanya Aza yang berdiri tidak jauh dariku.
“Tak. Esok kot. Aza stay?” soalku.
“Ha ah, stay,” jawab Aza.
“Owh, tak pa. Esok insyaAllah Wan stayback jugak,” kataku tersenyum.
“Elok la! Boleh kita pi makan nasi ayam suri esok!” celah Azwani. Aku tergelak. Nasi ayam suri depan sekolah memang sedap…
“All rite!! See-ya tomorrow!” ujarku sebelum keluar dari kelas.
“Bye!” ucap Farhana, Aza dan Azwani.
“Bye!” balasku lantas bergerak menuruni tangga blok. Sebaik tiba di bawah, aku meletakkan beg di atas rak sementara menunggu abah. Hazira yang baru turun dari tangga turut menunggu ayahnya bersamaku.
“Wan, tak mau tengok katalog Avon?” tanya Hazira. Aku tergelak kecil.
“Ada offer ka la ni?” soalku.
“Ada,” kata Hazira sambil tersenyum.
“Esoklah kami tengok. Hampa bawak tau!” ujarku.
“Ok,” balas Hazira. Kemudian aku terlihat kereta abah menghampiri. Aku terus menggalas beg.
“Oklah, ayah kami dah sampai. Bye!” kataku sebelum bergerak ke kereta.
“Ok, bye!” ujar Hazira.
Aku keluar melepasi pagar tepi sekolah dan masuk ke dalam perut kereta. Tamatlah sudah satu hari di Badlishah….
-Hak Cipta Terpelihara : Safra’s Properties -
p/s: Sori kalo ada yg kecik hati nama tak disebut etc. Cerita ni hanya utk mengubat kerinduan pd Badlishah… 5Sc2 rocks!!! Proud to be ex-Badlishan!!! =D Yeah yeah!!!