J-Card Day!! :-p

Muahahha…semalam J-Card day!! So, aku yang skrang kat Melaka ambik laa kesempatan nak shopping..ahaks… Utk korang yg tak tau aku turun sini, aku dah 4 hari kat Melaka ni sbb nak wat completion of studies letter & settlekan hal aku kat EP. Salah satu sebab lg ialah J-Card day..hehehe… So, aku & Zurin berusaha gak tak pegi JJ sampailaa 6hb semata-mata tak nak berbelanja lebih..ahaks… Akhirnya, hari yg dok tunggu2 sampai & kitorang pun pegi laa JJ kul 1 lebih. Ya Tuhan, ramainya org tak leh cakap. Kat area mbmb & kaw. perumahan pun org parking… Tapi alhamdulillah kitorang ada rezeki parking kat JJ, tu pun lepas 10 minit tunggu nyonya tu kuarkan keta dia…huhuhu…

Lepas2 parking, kitorang pun pegilaa shopping benda yg memang dah plan nak beli. Aku sblm turun mlk lg dah plan nak beli t-shirt. Adik aku lak pesan kat aku beli blouse & t-shirt kat dia. So, disebabkan malas nak pk byk & sakit2kan kepala aku ambik jer mana yg aku nampak cantik. Harga pun memang murah aar lepas less 20%, 50% & 70%. Akhirnya berjaya laa aku shopping dgn cermatnya..hahahha… Then, pegi lak tgk area cadar, tak tahan tgk harga murah & design cantik, aku pun belilaa cadar satu kat aku…ahaks… :-p

Lepas2 tu, kitorang terus kuar JJ & drive-thru McD sebab tak tahan dok JJ lama2. Poning kepala dong…huhuhu.. 8-} So, kesimpulannya kitorang telah mengharungi lautan manusia semalam dgn jayanya…hehehe.. Apa yg aku nak cakap kat sini berbelanja tu ingat2 lah.. Ukur baju di badan sendiri… ;-) aku pun bukannya jenis yg shopping tak ingat dunia @ beli brg2 branded semata-mata nak bergaya.. So, sbb tu aku tak dak masalah kewangan kot..heheheh… Bak kata org, aku bukan pegang prinsip "Biar papa asal bergaya" sbbnya aku memang diajar parents aku kena berjimat-cermat.

Masa aku dok MMU dulu pun parents aku jarang gila kasi duit belanja kat aku, duit makan aku memang dari loan MARA aku semata-mata. So, bab bergaya2 ni letak tepi dululah kiranya. Kalau rasa ada duit lebih tu, baru laa shopping benda2 yg perlu. Barang branded lak jarang gila aku nak beli sebab family aku pun bukannya pakai brg2 branded.. Buat perabis duit jer kalo beli brg branded tapi tak reti nak jaga.. tul dak? ;-) So, senang cerita peganglaa prinsip "Ukur baju di badan sendiri..".. Enggak gitu? =D

p/s: Kalau betul2 mampu, tak der masalah… Jgn lepas2 shopping sakan tu, sampai nak makan pun tak der duit… :-p Berjimat-cermat amalan mulia…

2 Responses to “J-Card Day!! :-p”

  1. FARIDA Says:

    ya betulll….tak salah kalau berjimat…n tak salah kalau nak shopping barang2 branded kalau mampu….janji tak kawau orang…… dahler pas tu nak pinjam2 duit plak kan?

  2. -Safra ChEeKyE- Says:

    yerp… tak guna shopping brg2 branded kalo setakat nak tayang kat org. Padahal sanggup ikat perut semata-mata nak bergaya/berlagak.. Kalo niat dah tak betul, camana lah nak dpt keberkatan hidup.. :-p

Leave a Reply