World Cup vs Wimbledon
June 29th, 2006 by wsdiyana
vs
*********************************************
vs
p/s: Ihiks… Dua2 aku suka… =D lalalala…
vs
*********************************************
vs
p/s: Ihiks… Dua2 aku suka… =D lalalala…
Kali ni aku still nak cakap pasal isu2 kawen :-p. Yg pasti bukan pasal benda2 mengarut & tak dak isi, tapi harapnya dpt dijadikan pedoman..
Dlm paper utusan kelmarin dulu, aku baca laa satu cerita kat segmen sembang2 Keluarga dlm Mega, pasal cek tendang jadi hantaran kawen… Hohoho…seriyes ngeri dong. So aku setakat leh ringkaskan jer laa cerita dia..(buat bacaan org yg tak baca paper kelmarin dulu :-p)
Kesahnya sepasang pengantin Mastura & Azlan yg selamat dikahwinkan & majlis kenduri diorang kiranya gempak gak laa dlm sejarah family pengantin perempuan. Masa kenduri tu memang tak derlaa cacat celanya & org ramai pun memang impressed. Pulak tu hantaran semua grand2 & byk brg imported. Duit hantaran lak bg dlm bentuk cek, RM 10,000. So dipendekkan cerita kenduri tu settle laa & pengantin pun dah pi honeymoon. Dlm masa diorang pegi honeymoon, ayah pengantin pompuan pegilaa bank nak cash in cek rm10000 tu. Rupa-rupanya cek tu cek tendang! Akaun pemberi tu kosong, tak dak satu sen pun! Erm…malangnya nasib… So, mestilaa family belah pompuan mengamuk sakan.. Pengantin yg tgh honeymoon pun kena paksa balik. Bila dah balik rumah, kena halau laa pulak dari rumah…huhuhuhu…tragis tragis… Sblm kena halau tu, pengantin baru nak terus-terang yg memang cek tu kosong sebabnya pihak laki tak mampu lg nak sediakan duit rm10000 tu. So, pengantin laki cakap dia akan usahakan jugak cari duit tu.. Erm…
So, pengajaran cerita ni ialah kalau tak mampu, terus-terang jer cakap tak mampu. Tak payah nak cover2 ngan hantaran yg grand, majlis gah bagai nak ghak tapi sebenarnya habuk pun tak der. IMHO, kalau setakat nak berlagak majlis grand2 tapi sebenarnya tak mampu, better lagi majlis yg sederhana & kecik2 jer.. Biarlah org nak mengata pun janji majlis tu berkat tul dak? Tapi bukan nak menuduh saper2, maybe dua2 pihak kena compromise jugak. Pihak laki rasanya kena bgtau awal2 kat pihak pompuan kata tak mampu, tak payah selindung sebab hal kawen ni hal seriyes. Mungkin gak pihak laki tak cerita benda betul sebab pihak pompuan letak harapan & hantaran tinggi kot.. Maybe diorang ingat sebabkan Azlan tu keja pegawai so tak der masalah laa letak rm10000. Huhuh… Anyway, harap2 cerita ni dpt dijadikan pedoman…
p/s: Sediakan payung sebelum hujan… Sediakan duit sebelum hantaran.. ahaks.. =D
Erm… Smlm aku tgk Oprah yg wat discussion pasal losing identity because of marriage. Diorang jemput Kristin Armstrong, ex-wife Lance Armstrong (pelumba basikal). Kristin & Lance kahwin agak lama jugak & diorang ada 3 org anak. Tapi, tak der angin tak der ribut tetiba diorang divorce. So, dlm Oprah smlm Kristin cerita kenapa dia bercerai & rupa-rupanya punca dia bercerai sebab dia rasa dia hilang identiti dia sendiri lepas dia kahwin tanpa dia sedari. Dari luahan Kristin, dia cakap disebabkan dia terlalu nak jadi seorang isteri & ibu yang perfect utk family dia, jadi dia tak kesah kalau dia sacrifice. Tapi lama-lama baru dia sedar yg ada something missing dlm life dia. Dia dah hilang identiti sebenar dia.
Aku tak tahu nak komen cammana sebab aku tak kawen lg, tapi bila smlm aku dgr cerita Kristin & guests yg lain, terasa kecut perut lak pasal kawen ni. :-p (tak apa2 lg dah kecut perut..ahhaha..) Semua org mesti ada angan2 mcm fairytale kan? Kawen & hidup bahagia selama-lamanya? Tapi rasanya keadaan tu tak wujud pun dlm realiti. Pada aku la, marriage bukan pasal komitmen semata-mata, tapi pasal camana nak belajar selesaikan masalah. Kekadang kita rasa satu2 masalah tu remeh, tak payah pk tapi sebenarnya bila kita simpan lama2 akan jadi isu & masalah besar sebenarnya. Contoh yg Oprah bg smlm pasal isteri suka sgt bela anjing, tapi laki tak suka. Sampai satu tahap tu, laki tu gila2 nyer cemburu kat anjing diorang sampai dia paksa isteri dia kena wat sex ngan dia pagi2 sblm isteri dia look after anjing diorang. So, senang cerita diorang divorce. Erm…
So, apa yg nak diceritakan kat sini is kita kena paham betul2 bakal suami/isteri kita sebelum kawen. Satu lg, jgn cuba berselindung atau menipu sebab kalau kita asyik tipu dgn alasan nak cover & tak nak lukakan hati org yg kita sayang, lama2 jadi lagi parah. Maybe kat area Asia ni kes divorce tak laa setinggi kat Western countries. Sebab aku rasa org Asia ni ada pegangan agama atau prinsip yg kuat nak banding ngan Westerners. Tapi sblm jadi apa2, baik kita bersedia & berhati-hati.. tul dak?
p/s: Nak tau penjelasan pasal perkahwinan & peranan suami/isteri dari segi agama lak.. Can anybody help me? =D
Thank U. Allah. Thank U. mama abah. Thank U. family. Thank U. Taufiq. Thank U. CheE-KyE. Thank U. MMU. Thank U. Melaka. Thank U. FIST. Thank U. lecturers. Thank U. tutors. Thank U. lab instructors. Thank U. EP. Thank U. SFC. Thank U. JJ. Thank U. MP. Thank U. Melaka Raya. Thank U. Hang Tuah Mall. Thank U. Gloria Jeans. Thank U. Coffee Bean. Thank U. Starbucks. Thank U. RSI. Thank U. RSU. Thank U. Hj. Azman TomYam. Thank U. kedai Misbun (bukan nama sebenar :-p). Thank U. Subaidah. Thank U. food court. Thank U. old food court. Thank U. exam hall. Thank U. main hall. Thank U. src room. Thank U. CLC. Thank U. Finance. Thank U. ERU. Thank U. Admission. Thank U. FOSSEE. Thank U. Mak Cik Shima. Thank U. BCB. Thank U. STAD. Thank U. Din’s Cafe. Thank U. Mosque Square. Thank U. Masjid Al-Irsyad. Thank U. labs. Thank U. kedai air buah. Thank U. makcik kabut. Thank U. mak usu. Thank U. hostel. Thank U. CITS. Thank U. housemate. Thank U. groupmates. Thank U. classmates. Thank U. LOTR. Thank U. Elizabethtown. Thank U. Wimbledon. Thank U. Melaka Sentral. Thank U. Tesco. Thank U. A Famosa. Thank U. Kota St. John. Thank U. Portuguese Settlement. Thank U. Taman Buaya. Thank U. Zoo Melaka. Thank U. Umbai. Thank U. Umbai Baru. Thank U. Serkam. Thank U. Jasin. Thank U. Jonker Street. Thank U. Hotel Orkid. Thank U. Hotel Accordian. Thank U. City Bayview. Thank U. Equatorial. Thank U. Seri Malaysia. Thank U. Riviera. Thank U. Klebang. Thank U. Pantai Kundur. Thank U. Mama Chop Papa Grill. Thank U. Malim. Thank U. Kenangan Semalam. Thank U. Mahkota Medical Centre. Thank U. Pantai Hospital. Thank U. Hotel Emperor. Thank U. McDonald. Thank U. KFC. Thank U. Pizza Hut. Thank U. Shakey’s Pizza. Thank U. Nando’s. Thank U. GSC. Thank U. Body Shop. Thank U. Reject Shop. Thank U. FOS. Thank U. Bum City. Thank U. Deli France. Thank U. BBU. Thank U. BBI. Thank U. Bunga Raya. Thank U. UA. Thank U. Melawis. Thank U. Time Millennium. Thank U. Windmill. Thank U. Wolkswagon. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. Thank U. semuaaaaa!!!! =D
p/s: Thanks for all sweet memories throughout these 4 years in MMU Melaka.. You’ll always be in my heart…
Cheers!! ~Peace~
Alhamdulillah….
Result dah kuar…
I’m officially graduated!!!!!!
YAHOOOOOOOOOO!!!!!!!!
Wat member2 seperjuangan, kita berjumpa time konvokesyen nanti!!!!
Thank u FIST!!! Thank u MMU!!! Thank u Melaka!!! Thank u semuaaa!!!! =D
Skrang ni musim kenduri… Tak kiralah kenduri kawen ker, kesyukuran ker, bertunang ker, arwah ker, janji skrang musim kenduri. Sebabnya skrang cuti sekolah. So, kat umah aku ni dah brapa hari dapur tak berasap…muahahah… :-p Apapun, tetiba aku rasa suka lak attend kenduri sejak akhir2 ni. Dulu aku tak cam ni… Agak2 naper ek?? :-p
p/s: Tahniah wat cousin aku, Wan Naim (bukan nama penuh :-p) dgn Rosmanisah yg bertunang kelmarin kat KT… Aku rasa tu ler rombongan bertunang plg besar yg aku join, 18 buah kereta berarak ke t’ganu from seremban, pahang & kb..
wallaaa!!
Aku baru tengok cerita ni kelmarin. Masa aku beli vcd cerita ni, aku tak letak harapan yg tinggi sebabnya bila tgk cover depan vcd ni cam menunjukkan cerita ni ibarat satu kisah yg seriyes pasal tenis. Disebabkan aku ada pengalaman belajar tenis time gamma dulu, so adalaa sket2 terdorong perasaan minat nak tgk cerita ni..hahahha… =D Actually, kalo korang nak tau dah lama gila aku nak beli vcd cerita ni. Tapi asyik2 pk byk kali and last2 tak beli jugak. So, kelmarin memang aku nekad nak beli selepas beberapa bulan asyik cancel jer.. :-p
Masa starting cerita ni, aku cam tersentak sket. Sebabnya intro dia cachy & cumel..hihihi… Jadi bermulalah journey aku utk dibuai perasaan dlm cerita ni…hahaha… Walaupun aku tak pernah minat Paul Bettany & Kirsten Dunst sebelum ni, tapi aku rasa aku dah jatuh cinta ngan acting diorang especially Paul Bettany dlm cerita ni.
Ok, cerita ni mengisahkan tentang 2 org tennis player yg sama2 bertanding utk Wimbledon Tournament kat London. Peter Colt (Paul Bettany) ni leh dikatanan berada di ambang kejatuhan dan tunggu masa jer utk bersara dari tennis. Ranking dia #119 dan dpt join Wimbledon pun sebab wild card. Dlm masa tu, dia berkenalan ngan Lizzie Bradbury (Kirsten Dunst) yg rankingnya #2 dunia. Peter dah decide Wimbledon yg dia join kali ni adalah yg last utk dia sblm dia retired & ekceli dia tak letakkan apa2 harapan pun dlm tournament tu. Tapi sejak dia berkenalan ngan Lizzie, semangat dia jadi berkobar2 dan menang each game sampailah ker final. However, unfortunately Lizzie punya fate tak sebaik Peter sebab dia terkandas masa semi-final. So, Lizzie cam menyalahkan Peter sebab dia rasa relationship diorang yg m’buatkan tumpuan dia lari. Well…biasalaa pompuan.. :-p hahhahah…
Ok, ok. Apa yg aku suka pasal cerita ni ialah unsur2 komedi dia..hehehe… Pada aku, watak Peter ni sorang yg sgt witty walaupun dia sorang yg cepat melatah. Aku seriyes tak expect yg cerita ni sebenarnya enjoyable & charming. So, bak kata pepatah, don’t judge a vcd by its cover.. =)) hahahah… Dan aku rasa tak rugi aku beli vcd ni..yaaaa…
Satu lg yg aku suka ialah watak2 sampingan (picisan :-p) cam ayah Peter (Bernard Hill - King Theoden dlm LOTR), mak Peter, adik dia etc. Diorang semua sebenarnya membawak peranan yg besar dlm cerita ni. Next, aku suka gila time Peter bermonolog sorang2…hahahha…. Aku rasa sgt realistik sebab aku rasa leh paham dengan org yg berpkran bercelaru ni camana.. kuang kuang kuang… :-p
Ending cerita ni? Tekalah sendiri… :-p rasanya semua org tau yg cerita2 cam ni mestilaa happy ending.
Yang bestnya pasal cerita ni ialah kita dpt rasa cam tgk satu match yg real, sampai tahap nak melompat seronok pun ada bila Peter dpt satu2 point tu…hahahah… Nasib baik aku tak tgk kat cinema, kalo tak sah2 aku sorang excited bangkit dari kerusi sebab seronok.. =)) hahahha….
Anyway, aku rate cerita ni 8/10… =D
p/s: Cerita ini telah membangkitkan balik angan-angan aku yg tak berkesudahan…hahahha… :-p
***********************************************************************************************p/s: Kenangku di dalam doamu….
********************************************************************************p/s: Mamat ini bisa meruntunkan jiwa aku….
(demam Marc Anthony balik…huwaarghhhhh!!!!)
"A sword day! A red day! Ere the sun rises!" - King Theoden, Return of The King
"Hold your ground! Hold your ground! Sons of Gondor, of Rohan! My brothers! I see in your eyes the same fear that would take the heart of me! A day may come when the courage of men fails, when we forsake our friends and break all bonds of fellowship. But it is not this day. An hour of wolves and shattered shields, when the age of men comes crashing down. But it is not this day! This day we fight! By all that you hold dear on this good Earth. I bid you stand, Men of the West!" - Aragorn, Return of The King
p/s: Good luck to all!!! Let’s fight to the end!!!! Yakin boleh!!!